feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Puasa Sunat Syawal Dan Qadha Ramadhan

Labels:


Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha Ramadhan

Sebagai umat Islam kita sentiasa ingin melakukan yang terbaik dalam menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Pengasih kepada hambaNya. Setelah sebulan menjalani ibadah wajib iaitu berpuasa di bulan Ramadhan kini tiba pula bulan yang penuh keberkatan iaitu Syawal.

Di bulan ini kita selalu berebut untuk mengambil keberkatan pahala dengan berpuasa sunat Syawal. Selalu timbul kekeliruan berkenaan hal penggabungan di antara puasa ganti ramadhan dengan puasa sunat Syawal - samada boleh digabungkan atau tidak DAN sekiranya TIDAK, yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Umum seharusnya memahami, di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha, sudah tentu kita wajib mengutamakan puasa Qadha (bagi mereka yang terpaksa meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana uzur– disebabkan haid/nifas/kesihatan), kerana puasa Ramadhan adalah fardhu dan mengqadhakannya adalah wajib. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih;

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021).

Walau bagaimanapun, dari segi praktikal ada kelonggaran menurut keadaan diri atau kemampuan seseorang.

Maksudnya, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan diyakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha Ramadhan (sepanjang tahun).

Namun, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya walaupun sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah, kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT. Sebaliknya seseorang yang mati setelah menggantikan, Qahda puasa Ramadhannya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tidak akan menghadapi sebarang masalah, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w;

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” (Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah dituntut berbanding dengan puasa sunat Syawal. Ini kerana, puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Penggabungan Puasa Sunat & Qadha

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) serta mampu melakukannya secara berasingan. Ini kerana, tiada dalil yang membuktikan Rasulullah s.a.w pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Rasulullah, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik, kerana pilihan baginda dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan;

1. Jika seseorang mengatakan boleh digabungkan puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib.

2. Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : "Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban ( Riwayat Muslim, no 101).

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat/pasti), maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Berdasarkan itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawatindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwalkerana ia tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23).

5. Malah ada pula hujjah mengatakan bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga disebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w;

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulamak yang mengharuskannya adalah berdasarkan hadis;
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.”
(Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Hujjah di atas agak umum. Memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang dicadangkan dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram disebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada disiplinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati dalam ibadah.

Antara ulamak yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Kesimpulannya, adalah lebih baik kita tidak menggabungkan puasa sunat Syawal dan puasa qadha Ramadhan andai kita mampu melakukannya secara berasingan. Lainlah jika kita tidak mampu di atas sebab kesihatan ia boleh diterima sebagai rukhsah "keringanan". Ia bertujuan supaya kita mendapat pahala lebih hasil dari keikhlasan dalam melakukan ibadah di samping mengelakkan sebarang kekeliruan dalam ibadah. Bahkan, amat baik jika kita mendahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat syawal.

Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca...






0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."