feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Islam Dan Iman: Jatidiri Generasi Muda

Labels: ,


Alhamdulillah! Perhatikanlah berita gembira dari Allah سبحانه وتعالى‎ :

Adapun orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, dia termasuk dalam orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Qasas ayat 67)

Ya, orang-orang yang beruntung! Beruntunglah orang-orang yang merasai kemanisan iman dan kebahagiaan taqwa. Semoga kita semua diberkati oleh Allah dengan kemuliaan dan kejayaan.

Mampukah kita menjadi umat yang hebat dengan mencontohi kehidupan beragama 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah...?


Senarai 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga:


1. Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه
2.
Umar Al-Khattab رضي الله عنه
3.
Uthman Al-Affan رضي الله عنه
4.
Ali Bin Abu Talib رضي الله عنه
5.
Talhah Bin Ubaidillah رضي الله عنه
6.
Zubair Bin Awwam رضي الله عنه
7.
Sa’ad Bin Abi Waqqas رضي الله عنه
8.
Abdul Rahman Bin Auf رضي الله عنه
9.
Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah رضي الله عنه
10.
Sa’id Bin Zaid رضي الله عنه


Saat-saat Bertemu KEKASIH


Berkenaan pengisian keimanan, seperti mana yang telah dihuraikan dalam rencana sebelum ini, kita wajib mendirikan solat fardhu 5 waktu, di samping teramat perlu pula kita menjaga kekusyukan sewaktu mendirikannya. Marilah kita bersama-sama terus menunai, memelihara dan menghidupkan solat kita dengan khusyu' sebelum tiba masanya kita disolatkan! Semoga dengan solat yang khusyu', kita kian jatuh cinta kepada Allah! Inilah saatnya kita bertemu dengan kekasih yang agung, yang mencipta kita dan menguasai setiap sesuatu.


Sempurnakah Solat Kita?

Menghayati Perasaan-perasaan Islam


Pernahkah kita bermuhasabah diri dan “Menghayati Perasaan-perasaan Islam dengan mengajukan soalan kepada diri sendiri seperti “Pernahkah kita merasai Kemanisan Iman dan Kebahagiaan Taqwa?” dan diikuti dengan persoalan “Banggakah kita menjadi Muslim?”.


Mengapa persoalan-persoalan ini perlu diberi penekanan dan memerlukan jawapan? Ini kerana realiti semasa hari ini jelas menunjukkan satu trend, di mana “too many people wear the title of a Muslim, but they don’t practise Islam!“. Alhamdulillah, ramai yang telah menjadi Muslim pada nama dan kad pengenalannya, tetapi tidak pada perasaan, percakapan dan tindakannya. Apapun, perlu dinyatakan betapa masih ramai dalam kalangan umat Islam yang terus kekal dengan prinsip Islamnya.


Senario di atas dinyatakan sebagai satu dilemma nyata yang perlukan perhatian holistik secara bersama. Mudah-mudahan dengan teori retorika yang disepadukan dengan kemahuan membara untuk beramal, akan dapat menghindari kejahilan penghayatan beragama, lalu menyemarakkan penghasilan umat Islam yang berminda sedar akan ad-deen, iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup.


Krisis Identiti dan Krisis Idola


Generasi muda adalah aset penting dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan sekaligus menjadikan kebangkitan pemuda sebagai agenda penting dalam senarai teratas pemerkasaan tamadun Islam.


Daripada pengamatan semasa, ramai bersetuju betapa cabaran utama generasi muda, malah umat Islam secara umum, adalah krisis identiti dan krisis idola! Mungkin idola bukanlah perkataan terbaik dan qudwah hasanah lebih bermakna, tetapi idola adalah perkataan diterima umum yang sedia dimaklumi oleh generasi masa kini.


Menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak lain adalah perkara termudah untuk lari dari krisis-krisis ini. Temasya pencarian ‘kambing hitam’ untuk menanggung bebanan sekaligus dipersalahkan dalam hal sebegini juga terlalu mudah diungkap dan diwar-warkan di sana-sini. Huru-hara pemikiran dan kecelaruan perlakuan yang dialami oleh kebanyakan (bukan semua) umat Islam hari ini boleh saja disandarkan kepada pengaruh Barat/ konspirasi Yahudi/ Illuminati/ Freemasons/ gerakan Kristianisasi, parti pemerintah yang sekular, pengaruh media massa dan lain sebagainya.


Tidak dinafikan, perkara-perkara di atas sememangnya mempunyai peranannya tersendiri dalam meruntuhkan benteng iman dalam diri Muslim, tetapi ianya adalah faktor luaran yang darjah pengaruhnya masihlah relatif kecil berbanding faktor dalaman iaitu jatidiri Muslim.


Bangga Dan Bersyukur Menjadi Muslim


Apakah makna jatidiri? Jatidiri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jatidiri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Maknanya jatidiri Muslim ialah identiti pada Muslim yang menggambarkan keutuhan beragamanya dan kebanggaannya pada kepercayaan betapa “La ilaha illalLah, wa Muhammadur Rasulullah” yakni “Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah”.


Profesor Hamka menyebut: “20 ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya, sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menjalankan pedati, tentu harganya akan lebih kurang sama. Akan tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama ‘harganya’. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Namun bagi manusia, peribadinya!”

Saudara Sharudin di dalam blognya Sharudin.com menukilkan tentang ‘bangga’nya Sami Buddha dengan kepercayaannya seperti berikut:

"Saya memetik sami Buddha ini beberapa kali di dalam tulisan saya. Kerana saya cukup terkesan dengan apa yang saya lihat di Manchester, sewaktu belajar dulu. Punya tenangnya mereka, berjalan di bandar besar tersebut. Masih ada yang berkaki ayam. Apa peduli orang lain kata. Aku dengan tuhan aku. Aku cinta tuhan aku. Engkau ada apa? Begitu tebalnya percaya di dalam jiwa mereka, letaklah api di jalan, dia tak berhenti berjalan, kecuali ada semut api, kerana bukan takutkan apinya tapi takutkan semutnya. Ajaran Buddha melarang sama sekali membunuh binatang, apatah lagi membunuh orang … macam 911 tu!"


Monk Procession


"Sudah pasti seorang Muslim tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh si Buddha tadi. Jumud. Ketinggalan. Macam manalah agama mereka ni? Maka timbul angkuh di hati mereka. Terutama apabila membaca di dalam Al-Quran yang Allah bersama dengan orang-orang Islam (Muslim). Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Sobirin. Khalisin. Mukminin. Muttaqin dan pelbagai lagi.


Kita bukan tak terfikir seperti mereka (sami) berfikir. Tuhan engkau tu salah. Tuhan aku ni yang betul. Cikgu aku ajar begini begini. Kau ni sesat, sekurang-kurang dalam hati. Tetapi tidakkah kita tambahkan sedikit pemikiran kita untuk bertanya kepada diri, soalan-soalan yang mengarah kepada membuktikan kepercayaan kita."

Nota: Tanyakanlah juga kepada diri soalan-soalan yang memungkinkan kita lebih komited kepada Islam dan keimanan. Mudah-mudahan ia menjadi wacana ke arah merasai kemanisan iman dan kebahagiaan taqwa!''

Bagaimana pula dengan kita? Masih malu untuk beragama? Masih segan untuk membuktikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dari manusia seluruhnya? Masih tersipu-sipu malu untuk menzahirkan dan berkata, “Yes, I’m a Muslim and proud of it“? Tepuk dada, tanyalah iman. Buat mereka yang terus bahagia dengan beragama dan hidup berTuhan, bersyukur dan istiqamahlah! Buat mereka yang buta syariat agama, belajar dan carilah murabbi!


Buat generasi muda yang masih mencari, teruskan pencarian dan doamu sehingga dirimu mengenal Allah! Buat mereka yang berdosa dan sering tergoda, bertaubatlah sehingga taubatmu bertahan, taubatlah berkali-kali! Lambat laun taubatmu akan diterima, asal saja ianya lahir dari hati yang insaf dan ikhlas! Sesungguhnya "Life does'nt begin at 40!" Tetapi... "Life begins once Allah The Almighty has given you your soul, from the very moment you were existed in your mom's womb!" Dosa dan pahala akan mengiringi setiap niat, tutur kata dan perlakuan setiap dari kita, seawal usia kita mula baligh..! Janganlah terlena dalam bisikan syaitan dan arus tamadun sekular sehingga merosakkan pendidikan dan pendirian agama Islam dalam diri kita..!

Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa? Kita Pernah Berjaya Dan Menguasai 2/3 Dunia!

Akhirnya, perhatikan semula senarai 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang disenaraikan di awal entri ini. Tanyalah diri, daripada 10 orang itu berapa ramaikah yang sudah kita kenal biodata, sejarah perjuangan, kehebatan pengorbanan dan kehidupan beragama mereka? Ataukah kita juga sebenarnya mengalami krisis idola? Kerana Akademi Fantasia (AF), ramai yang sudah amat kenal dengan juara-juaranya yang belum tentu masuk Syurga! Kerana "Demam Bola Sepak" menerusi Liga Euro, World Cup 2010, puluhan pemain bola sepak yang belum tentu ahli Syurga menjadi buah mulut dan dijadikan idola! Saban malam setiap ahli keluarga dan sahabat handai akan terpacak menonton dalam kekusyukan, namun 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga, tidak terdetikkah untuk kita membaca sirahnya dan menjadikannya qudwah hasanah? Tepuk dada, tanya iman!

Wassalam.


~SUE~


Rujukan: Al-Ghazali, Muhtar Hj Suhaili.








Salam Maulidur Rasul: 12 Rabiul Awal 1431

Labels: ,




Ya Nabi Salam 'alaika....
Wahai junjungan, sejahteralah dikau bersamaNya di sana
Pengorbananmu demi kebahagiaan kami umatmu
Tiada insan setanding dengan mu
kesungguhanmu, keikhlasanmu
tiada taranya...
Islam menyerlah ke seluruh maya...!

Ya Rasul Salam 'alaika...
Hatiku berbunga kasih dan rindu padamu
Meski ku tahu antara kita jauh berbeda
Makrifatmu menyerlah ke seluruh alam
Doa dan syafaatmu ku harap selalu
Semoga diriku mengikuti sunnahmu
Semoga diriku tak alpa selalu....

Ya Habib Salam 'alaika...
Dikaulah penyuluh cahaya
Kelam mentari dek sinar imanmu
Malap purnama dek seri munajatmu

Ya Muhammad Salam 'alaika...
Dunia dan akhirat tiada bedanya
Sifat terpuji pada dirimu bertakhta
Di sini engkau dimuliai
Di sana engkau dikasihi

Ya Nabi... Solawattullah 'alaika....!
Engkaulah Rasulullah... kekasih Allah..!





Rahsia Khusyuk Solat

Labels:


Umat Islam wajib mendirikan 5 waktu solat fardhu sehari.Namun, jika tidak dilakukan dengan hati yang KHUSYUK, maka hilanglah barakah dan kenikmatan dalam solat. Bahkan, syarat mukmin untuk berjaya adalah khusyuk dalam solat sebagaimana yang telah Allah gariskan dalam ayat 1-2 surah Al-Mu'minun yang bermaksud:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) Mereka yang khusyuk dalam solatnya."

Kita perlu sedar bahawa perintah pensyariatan solat ini bukan semata-mata sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang beriman, bahkan ia adalah satu wasilah untuk menghubungkan hati, jasad dan akal kita secara langsung kepada Allah s.w.t. Solat adalah wasilah untuk kita berbual terus dengan Allah s.w.t.



Sebab itulah, solat sepatutnya memberi kekuatan luar biasa pada orang yang melakukannya. Kerana Allah telah sebutkan beberapa ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara kejahatan dan kemungkaran."


Majoriti masyarakat Islam pada hari ini telah hilang kekuatan luar biasa daripada solat. Khusyuk adalah salah satu punca utama. Bagaimana mahu khusyuk dalam solat?

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

1) Dosa adalah penghalang, mohonlah keampunan

Dosa kita selalunya menjadi hijab (penghalang) untuk hati kita berhubung dengan Allah. Dosa yang berpunca daripada banyak kelalaian dan kealpaan ini mengakibatkan hati kita yang fitrahnya putih menjadi hitam diselaputi oleh dosa. Hati menjadi gelap apabila terlalu banyak dosa dilakukan dan tidak akan dapat melihat cahaya petunjuk daripada Allah s.w.t.

Banyak melakukan dosa juga menyebabkan hati kita keras, hilang kelembutan dan sensitivitinya. Tidak peka terhadap hal-hal dosa dan pahala. Hati akan hilang rasa takut terhadap Allah s.w.t.

Justeru, kita harus keluar daripada kepompong dosa ini. Bagaimana caranya? Mohonlah keampunan daripada Allah dan sentiasalah bertaubat. Taubat dalam erti kata sebenar adalah kembali kepada Allah swt. Kita tidak akan dapat kembali kepada Allah jika tidak dapat meninggalkan perbuatan yang berdosa. Maka, setelah memohon keampunan daripada Allah, kita wajib berazam bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa itu dan tidak mengulanginya lag. Barulah kita mempunyai harapan bahawa Allah swt menerima taubat kita dan mengampuni kita dari dosa-dosa yang telah kita lakukan.

2) Jangan lalai dalam kemewahan dan kesenangan.

Berada dalam kesenangan dan kemewahan mengakibatkan hati kita sentiasa dilitupi oleh satu lapisan yang kita sebutkan sebagai 'COMFORT ZONE' yang menghijab kita untuk lebih dekat kepada Allah. Zon ini menjadikan seseorang itu manja dan lalai, hati yang tidak kuat dan tidak sabar bila diuji dengan kesusahan. Hati yang sentiasa susah untuk khusyuk dalam solat. 'Comfort zone' ini telah menyebabkan hati kita terlalu selesa dan membuatkan diri kita malas untuk bermujahadah atau bersungguh-sungguh dalam amal ibadah kita.

Tidak salah untuk memiliki kesenangan dan kemewahan kerana itu adalah hak makhluk bernama manusia. Sedangkan Allah swt telah menyeru manusia agar mencari kesenangan di muka bumiNya mengikut cara yang dihalalkan. Tetapi, perlu diingat, jangan menjadikan kesenangan membataskan hubungan kita dengan Allah. Apabila hubungan terbatas, maka sukarlah untuk mendapat kekhusyukan dalam solat.

Gunakanlah kesenangan dan kemewahan sebaiknya di jalan Allah. Agar ia tidak akan melalaikan kita. Malah apabila kita ikhlas memberi sumbangan harta kepada orang yang dalam kesusahan dan memerlukan, hati kita akan terasa lebih lapang dan luas.


3) Fahamilah bacaan-bacaan dalam solat.

Ada banyak bacaan dalam solat. Ada bacaan ketika rukuk, sujud, tahiyat awal dan akhir, bacaan Al-Fatihah, bacaan duduk antara dua sujud dan sebagainya.
Banyak bacaan dalam solat, tapi adakah kita memahami isi kandungan bacaan-bacaan tersebut?

Sebenarnya bacaan di dalam solat ini banyak mengajar kita untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh serta menyerahkan diri kita kepada Allah. Sebagai contoh, bacaan ketika rukuk: "Maha Suci bagi Allah Yang Maha Agung serta pujian ke atas-Nya". Jika dibaca dengan akal dan hati, maka akan terserlahlah kuasa daripada bacaan itu. Sebab itulah, orang yang solat dalam keadaan tidak memahami apa yang dibacanya, maka hatinya akan jauh daripada kekusyukan dalam solat.

Kita pernah mendengar dan melihat, ada orang yang menangis ketika bersolat. Kuasa bacaan itu telah menyerap ke dalam hati mereka, lalu menjadikan mereka benar-benar menghayati suasana solat itu. Mereka menginsafi kekerdilan diri dan mengagungi kekuasaan Allah swt, Tuhan yang satu, Yang Maha Pencipta dan menguasai segala-galanya.

4) Buatlah persediaan sebelum solat

Solat adalah kunci utama kepada iman kita. Sebab itulah pentingnya kita memastikan agar solat ini dilakukan dengan baik. Tiada solat maka runtuhlah iman. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Solat adalah tiang agama"

Pentingnya melakukan persediaan sebelum solat supaya solat mampu terlaksana dengan baik dan kita juga mampu untuk khusyuk dalam melakukannya. Persediaan ini haruslah meliputi semua aspek, baik persediaan daripada aspek akal, hati mahu pun jasad.

a) Persediaan daripada aspek akal; kita mengawal minda kita untuk fokus terhadap solat dan berusaha memahami makna bacaan dalam solat.

b) Persediaan daripada aspek hati; kita beristighfar sebelum solat, bermohon agar Allah membersihkan hati kita supaya dapat bertemuNya dalam keadaan hati yang tenang.

c) Persediaan daripada aspek jasad; kita sedaya upaya memenuhi saf pertama, tidak berbual-bual lagi dengan manusia dan bersolat dalam keadaan badan yang bersih dan wangi.

Telah disebutkan bahawa orang yang berjaya adalah orang beriman yang khusuk dalam solatnya. . Marilah kita berusaha agar solat diterima oleh Allah swt sebagai amalan yang akan menyelamatkan kita daripada azab neraka Allah di akhirat nanti! InsyaAllah...!





Happy Birthday, Nor..!

Labels:

Hari ini adalah hari istimewa buat Nor (lebih dikenali sebagai Kak Nor), di Terengganu.... Seorang isteri dan ibu yang penyayang dan teman siber yang jujur pada pandangan mata hati Kak Sue... Sudah banyak resepi2 istimewanya yang kak Sue telah cuba dan berjaya memikat selera anak2 dan suami Kak Sue... Terima kasih daun keladi ya Nor...



Happy Birthday Nor...!
Semoga Diberkati Allah Di Dunia & Akhirat...

Salam Kasih Sayang Dari Kak Sue




Ke mana perginya wang saya?

Labels: ,

Fail:Ringgit.jpg

Sudah sebulan tak menulis di blog ni.... Sudah berhabuk dan bersawang! Berada di Kota Bharu selama sebulan benar-benar memisahkan kak Sue dari dunia siber, setiap masa yang ada dimanfaatkan untuk merawat mak. Alhamdulillah! Dengan rawatan perubatan dan penjagaan pemakanan yang betul, mak kak Sue telah hampir sembuh sepenuhnya... Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..! Sewaktu kak Sue tinggalkan mak untuk kembali ke Melaka, mak sudah boleh tersenyum dan melambaikan tangan mengucapkan selamat jalan.. Buat mak, semoga jangan bersedih kerana kami terpaksa kembali berjauhan demi melaksanakan tugas masing-masing yang sekian lama tertunggak demi merawat ibu (nenek) tercinta... Kami pergi buat seketika, semoga cepat bertemu kembali....!

Pesanan buat mak:

"Jangan lupa minum jus manggis dan madu, di samping rajin melakukan rawatan Sonotron bagi memulihkan kesihatan...Okay..? Juga, jangan jemu makan ubat-ubat doktor ya maakk..?"

Bercerita pasal mak mengingatkan kak Sue pada perbualan dengan suami sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu... Kata suami kak Sue, selepas selesai solat berjemaah bersama rakan-rakan kerjanya, seorang rakan menyatakan kepada imam (seorang sahabat yang lebih tua dan tinggi ilmu agamanya), bahawa dia berasa amat hairan, ke mana perginya wang gaji bulanan yang diperolehinya setiap bulan, sehingga dia merasakan sentiasa kekurangan dan tidak mencukupi... Walhal keluarganya kecil, keperluan hidupnya tidak banyak atau berbagai. Malah, dia sentiasa mengamalkan hidup bersederhana bersama isteri dan anak-anaknya. Gajinya pula mencecah 5 angka. Wang gajinya tidak pernah berbaki lama dalam akaun banknya. Selalunya akan ada saja keperluan atau masalah yang memerlukannya menggunakan wang gajinya sehingga akaunnya tinggal '0'!

Setelah mendengar keluhan rakan ini, imam itu pun tersenyum, lalu menyoal kembali....

"Adakah tuan memberikan sedikit dari wang gaji itu kepada emak tuan..?"

Dengan wajah tergamam rakan ini menjawab, " Tidak..."

"Cubalah dahulu, mungkin tuan akan merasai perubahannya!" Balas imam tersebut sambil tersenyum.

Kak Sue teringat seorang saudara kak Sue, seorang guru sekolah rendah manakala suaminya seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu kota. Ke duanya anak bongsu di dalam keluarga masing-masing, namun tanggungjawab yang mereka pikul seolah merekalah anak sulung dalam keluarga. Dengan anak seramai 3 orang, pasangan ini turut menanggung perbelanjaan ibu masing-masing, di mana ibu si isteri tinggal bersama di rumah pasangan ini, manakala ibu si suami walaupun tinggal berasingan, namun masih di kawasan taman perumahan yang sama dengan anaknya.

Pasangan ini melayani ibu mereka dengan penuh kasih sayang, serta tidak pernah meninggikan suara kepada ibu mereka. Segala keperluan ibu mereka diadakan mengikut kemampuan mereka. Ibu si isteri sudah lanjut usia dan berpenyakit pelupa sehingga lupa kepada nama dan dirinya sendiri. Si ibu juga tidak lagi mengingati siapa dan nama anak-anaknya sehingga terpaksa dberitahu berkali-kali. Si ibu juga kerap membuang air besar dan kecil di merata tempat di dalam rumah. Namun...baik isteri (anaknya), mahupun suami (menantunya), bahkan cucu-cucunya yang berumur di antara 7 tahun hingga 14 tahun itu, tidak pernah merungut, jauh sekali dari memarahi si ibu tadi. Apa yang kak Sue perhatikan, rumah mereka sentiasa melimpah dengan kasih sayang di antara mereka dan barakah dari Allah s.w.t.

Di pihak suami pula, seperti mana isterinya, dia sendiri juga dengan penuh melayani ibunyahormat dan kasih sayang. Setiap pagi sebelum ke pejabat beliau akan singgah di rumah ibunya untuk mencium tangan si ibu dan memohon restu dari si ibu. Sebaik pulang dari pejabat, samada beliau akan singgah dahulu ke rumah ibunya atau pulang sekejap ke rumahnya dan kemudian akan pergi ke rumah ibunya untuk beberapa ketika sebelum pulang ke rumahnya sendiri.

Pernah di suatu ketika, pasangan ini merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak mereka setelah sekian lama sibuk dengan tugasan masing-masing, namun apabila si ibu kepada suami mengajak anak dan menantunya menghadiri sebuah kenduri seorang kenalannya, langsung tanpa banyak bicara percutian keluarga itu dibatalkan dan mereka menemani si ibu ke majlis kenduri tersebut...

Sudah pasti banyak wang yang dibelanjakan untuk menampung keluarga sendiri dan ibu masing-masing pasangan ini. Maklumlah, semakin lanjut usia, semakin banyak penyakit yang singgah. Kos perubatan dan saraan diri warga emas memang memeningkan kepala jika tidak bijak merancang dan menilai, belum dikira tenaga dan masa... Yang menghairankan, selain berupaya menggaji pembantu rumah (merangkap pelayan si ibu di rumah), pasangan ini mampu memiliki 2 buah kereta yang agak berjenama (Toyota dan Honda), di samping memiliki 4 atau 5 buah hartanah (rumah) yang disewakan. Kesemuanya mungkin kerana barakah dari Allah s.w.t. di atas rezeki yang mereka perolehi kerana layanan mereka yang sebegitu rupa kepada ibu dan ibu mertua masing-masing. Alangkah bahagianya ibu dan ibu mertua yang mempunyai anak dan menantu sebegini.

Keberkatan ini turut menyerlah ke dalam diri ke 3 anak pasangan ini, di mana, ke semuanya amat pintar dan berdaya kepimpinan, disertai dengan budi bahasa yang tinggi di dalam diri masing-masing.

Kak Sue dan suami bermuhasabah diri, merenungi kekurangan yang ada pada diri dan keluarga kami. Sesekali, jauh di sudut hati terasa bahawa apa yang kami lakukan untuk ke 2 ibu kami amat jauh dari mencukupi berbanding dengan apa yang dilakukan pasangan ini terhadap ibu mereka. Bagaimana pun, kami cuba melakukan sedaya yang mampu, kerana jarak dan waktu yang memisahkan di antara kami dan ibu. Namun tidak salah jika kita mulakan dengan niat untuk berbuat baik, dan jika tiba waktunya nanti, kita laksanakanlah sebaik mungkin...

Kasih ibu membawa ke syurga..! Apalah nilainya wang dan kekayaan bagi kita, jika dibandingkan dengan segala kesusahan ibu sewaktu mengandung, melahir dan membesarkan kita... Baik dari segi wang mahu pun kasih sayang, berikanlah terbaik dan termampu buat ibu dan bapa kita... Jangan nanti kita menyesal hanya setelah mereka 'pergi' meninggalkan kita buat selamanya!

Benar seperti kata rakan suami di atas, 'ke mana perginya wang saya?' Semakin kita mengejar harta dan kekayaan, semakin ia menjauhi kita jika jalan yang kita tuju tidak diberkati Allah s.w.t. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah pada kesukaan (restu) ibu dan bapa, dan kemurkaan Allah pula adalah pada kemarahan ibu dan bapa! Sebanyak mana pun harta dan kekayaan yang kita perolehi, jika ianya tanpa keredhaan Allah, akan ada sahaja musibah yang menimpa, sehingga ia hilang atau hancur begitu sahaja setelah sekian lama berusaha dan bersusah payah untuk mendapatkannya. Malah, balasan dari Allah s.w.t. terhadap anak-anak yang mengabaikan ibu dan bapa kadang-kadang menjadikan seseorang itu mati kerana kekayaan yang dimilikinya! Berikanlah yang terbaik buat ibu dan bapa kita, semoga Allah s.w.t. memberikan yang terbaik pula untuk kita dan zuriat kita...


Kepada teman-teman yang belum melakukannya, mulailah sekarang dan lakukanlah dengan ikhlas, pastinya anda akan merasai tenang, bahagia dan diberkati Allah dalam segala urusan dunia dan akhirat anda. Mulakanlah hari ini, walaupun hanya dengan bertanya khabar dan mengucapkan kata "....saya sayang emak (ayah)...!". Berikanlah sedikit dari rezeki anda kepada ibu dan ayah, walaupun hanya $20 atau $50 sebulan! Pasti mereka akan tersenyum! Bukan jumlah wang yang mereka kira, tetapi 'nilai kasih dan ingatan' dari anaknya...

Di sini kak sue catatkan antara himpunan firman Allah dan sabda Rasulullah yang menyeru manusia berbuat baik dan mengutamakan ibu bapa...

1-Firman Allah s.w.t bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua, sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku sewaktu kecil" (Surah al-Isra' ayat 24).

2-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa" (Hadis riwayat at-Tarmizi).

3-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" (Hadis riwayat Muslim)

4-Sabda Rasulullah s.a.w: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan orang tua (ibu bapa), dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan orangtua" (Hadis riwayat at-Tarmizi)

5-Sabda Rasulullah s.a.w: "3 perkara yang disukai oleh Allah s.w.t;
1-Solat pada waktunya
2-Berbakti kepada ibu bapa
3-Berjihad pada jalan Allah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika kita perhatikan kepada sabda Rasulullah di atas, jelas bahawa Allah s.w.t MURKA (marah) pada seseorang anak apabila dia menimbulkan kemarahan ibu bapanya. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih diutamakan Allah s.w.t berbanding dengan berjihad di jalan Allah.

Sepertimana 'beratnya' ibadah solat, begitulah beratnya seruan Allah dan Rasul supaya berbakti dan menghormati ibu bapa. Jika tidak sempurna solat seseorang, maka tiadalah ganjaran Allah untuk kebaikannya yang lain. Justeru,
apa guna kita berjihad jika ibu bapa sendiri diabaikan? Setelah berbakti kepada mereka, barulah kita boleh mengorak langkah untuk berjihad dalam keredhaan Allah dan ibu bapa kita...

Maha Suci Allah telah menentukan segala hukum dan peraturan kepada hambaNya. Semoga kita semua diredhai dan diberkati Allah s.w.t. Wassalam.

~Sue~




Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."