AL-FATIHAH
*************************
*************************Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.

Al-Fatihah...
Alam Roh
1) Pesanan Roh
Apabila roh manusia keluar dari jasadnya, ia akan berkata-kata dan berpesan, lalu seluruh isi alam dapat mendengar kecuali manusia dan jin.
Apabila mayat dibawa untuk dimandikan, roh berpesan: "Wahai orang yang memandikan, aku mohon dengan nama Allah, tanggalkanlah pakaianku perlahan-lahan kerana pada saat ini aku baru sahaja terlepas dari seretan malaikat maut yang amat menyiksakan".
Apabila dimandikan, roh merayu: "Janganlah engkau menuangkan air yang terlalu dingin, serta janganlah engkau menggosok dengan kuat, kerana tubuhku baru sahaja terbakar dan luka-luka sewaktu keluarnya rohku dari jasad".
Sewaktu mayat jasadnya akan dikafankan dan kakinya diikat, roh memanggil-manggil dan merayu lagi: "Wahai saudaraku, janganlah engkau ikat terlalu kuat dan janganlah kau kafani kepalaku, kerana akan menghalang aku dari melihat wajahku sendiri serta anak-anak, isteri (atau suami), pada saat-saat terakhir, kerana aku tidak akan dapat melihat mereka lagi sehinggalah hari Kiamat".
Sebaik dibawa keluar dari rumahnya roh berpesan: " Wahai saudara-saudaraku, hari ini telah ku tinggalkan isteriku menjadi balu, anak-anakku menjadi yatim, janganlah engkau menyakiti mereka... Sesungguhnya aku tidak akan dapat kembali lagi untuk melindungi mereka".
Apabila mayat diletakkan di atas pengusung keranda, roh menyeru kepada jemaah: " Wahai saudara-saudaraku, janganlah engkau percepatkan penghantaranku ke kubur sebelum aku mendengar suara anak-anak, isteri (atau suami) dan saudara-saudaraku buat kali terakhir". Setelah dibawa melangkah sejauh tiga langkah, roh berpesan: " Wahai anak-anakku, wahai isteriku (suamiku) dan saudara-saudaraku, jangan engkau terpedaya oleh dunia sebagaimana ia telah melalaikan aku. Sesungguhnya pada hari ini, aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk diwariskan, dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahan dan dosa-dosaku. Allah menghisab amalanku, sedangkan mereka bersenang-senang dengan harta yang ku tinggalkan untuk mereka. Sedikitpun mereka tidak mendoakan untukku..."

2) Cara Malaikat Mengeluarkan Roh dari Jasad Manusia
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: " Apabila telah sampai ajal sesorang itu, maka malaikat maut masuk ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan menarik roh dalam jasadnya melalui ke dua-dua tapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu ditarik pula rohnya dari perut ke dadanya, kemudian dari dada ke kerongkongnya dan saat ini jasad berada dalam keadaan nazak.
Sabda Rasulullah lagi: " Jika orang yang nazak itu seorang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan supaya orang yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga dan lupalah dia akan orang di sekelilingnya kerana sangat rindunya kepada syurga. Sebaliknya jika orang yang nazak itu seorang yang munafik, maka malaikat Jibrail akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kiri supaya orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan lupalah dia akan orang yang di sekelilingnya kerana sangat takut melihat neraka yang bakal dihuninya".
Sebuah hadis meriwayatkan bahawa jika Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut, maka keluarlah zikir dari mulutnya dan berkata:" Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t.". Setelah itu malaikat maut cuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan, lalu berkatalah tangan:" Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari arah ini, kerana tangan inilah yang digunanya untuk bersedekah, mengusapi kepala anak-anak yatim dan menulis ilmu yang membawa kebaikan".
Malaikat maut mencuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari arah kaki, lalu berkatalah kaki: " Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari jalan ini kerana kaki inilah yang berulang alik untuk menunaikan solat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu". Lalu malaikat maut mencuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari telinganya, lalu berkata pula telinga: " Tdak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari arah ini kerana telinga inilah yang digunanya untuk mendengar bacaan Qur'an dan zikirullah". Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah mata, lalu berkatalah mata: " Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut rohnya dari arah ini kerana mata inilah yang selalu menangis kerana takutkan Allah s.w.t.".
Setelah gagal mencabut roh orang mukmin itu malaikat maut pun kembali mengadap Allah s.w.t dan menceritakan apa yang telah berlaku. Lalu Allah berfirman: " Wahai malaikatku, tuliskanlah asma'Ku di tapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada roh hambaKu itu". Setelah mendapat perintah Allah s.w.t. malaikat pun menghampiri roh orang mukmin itu dan menunjukkan asma' Allah kepadanya. Sebaik melihat asma' Allah, maka keluarlah roh orang mukmin itu dari jasadnya melalui arah mulutnya dengan tenang, kerana cintanya yang amat sangat kepada Allah s.w.t.

3) Ke mana Roh Pergi Selepas Kematian
1- Roh para nabi dan utusan Allah menuju ke syurga Adnin.
2- Roh para ulama' menuju ke syurga Firdaus.
3- Roh orang-orang beriman akan menuju ke syurga Illiyyin.
4- Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5- Roh orang Islam yang berdosa tergantung di udara (tidak di bumi dan tidak di langit),
sehinggalah tiba hari Kiamat.
6- Roh orang kafir akan berada di dalam neraka Sijjin dan akan disiksa bersama jasadnya sehinggalah tiba hari Kiamat.
4) Apa Yang Akan Ditanya
Malaikat Munkar dan Nangkir akan mendatangi setiap roh dan jasad sebaik tiba ke dalam kubur, iaitu setelah jemaah meninggalkan kubur sejauh tiga langkah. Dalam setiap soal jawab, perkara yang paling asas ditanya adalah apakah perbuatan dan amalan yang setiap hamba Allah lakukan pada setiap kali nafasnya dihela masuk dan dihembus keluar. Sedangkan manusia bernafas sekitar 4320 kali dalam sejam, selama beberapa tahun kehidupannya di dunia...
5) Tiga Kelompok Manusia
Rasullah s.a.w. bersabda: " Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh malaikat sebaik keluar dari kubur mereka ialah:
1- Orang yang mati syahid kerana menyebar dan mempertahankan Islam.
2- Orang yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan.
3- Orang yang berpuasa pada hari Arafah.
6) Tiga Cahaya di Hari Kiamat
Ada tiga cahaya yang bersinar di hari Kiamat:
1- Cahaya seperti sinaran bintang-bintang.
~adalah dari sinaran wajah mereka yang meninggalkan pekerjaan mereka dan terus berwuduk, serta segera menunaikan solat apabila mendengar azan.
2- Cahaya seperti sinaran bulan.
~adalah dari sinaran wajah mereka yang mengambil wuduk sebelum mendengar azan.
3- Cahaya seperti sinaran matahari.
~adalah sinaran dari wajah mereka yang bersiap sedia di dalam masjid untuk bersolat,
sebelum mendegar azan.
7) Kala jengking Neraka
Di hari Kiamat nanti akan keluar seekor binatang dari neraka Jahanam bernama 'Huraisy' yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini adalah dari timur ke barat dan panjangnya adalah sejauh jarak langit dan bumi.
Malaikat Jirail menyapa Huraisy: " Hai Huraisy, engkau hendak ke mana dan siapakah yang engkau cari?" Lalu Huraisy menjawab: " Aku hendak mencari lima golongan orang. Pertama orang yang meninggalkan solat, kedua orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, ketiga orang yang menderhaka kepada ibu bapanya, keempat orang yang bercakap (membesarkan) dunia di dalam masjid dan kelima orang yang suka minum arak".

Monday, September 07, 2009 | 0 Comments
Tanda-Tanda Kematian
Kematian adalah kesudahan bagi setiap hayat yang bernyawa. Setiap insan pasti tidak dapat memungkiri janji Allah apabila ajal datang menjemput, walau sedetik pun, dan biar di mana pun kita berada, di darat, di laut, di angkasa, mahupun bersembunyi di dalam kubu yang amat kebal, malaikat maut pasti datang menarik roh keluar dari jasad, untuk kembali mengadap Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi hambaNya. Tanda-tanda isyarat kematian yang Allah berikan, meskipun amat mengerikan, bertujuan agar kita dapat bersedia dalam perjalanan terakhir mengadap Allah s.w.t. dengan segera bertaubat, serta menggandakan amalan kita. Malah kita juga dapat menyediakan keadaan diri (jasad) dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan penyempurnaan jenazah kita untuk dikebumikan. Seandainya kita dapat merasai tanda-tanda kematian kita, maka sempatlah pula kita berpesan atau berwasiat kepada anak, isteri atau suami, serta sanak saudara yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya nanti. Semua tanda-tanda kematian ini diberikan Allah kepada umat Islam, terutama golongan mukminin, manakala orang-orang kafir dan yang mengingkari perintah Allah semasa hayatnya akan direntap rohnya dengan kasar tanpa sebarang peringatan atau tanda-tanda, sesuai dengan kekufuran mereka terhadap kekuasaan Allah s.w.t.
Rasulullah s.aw. di saat akhir kewafatan baginda, mampu menceritakan kesukaran menghadapi sakaratul maut, dari awal hinggalah berakhirnya hayat baginda. Baginda menceritakan bagaimana malaikat Izrail menangis kesedihan kerana tidak sanggup memisahkan roh dari jasad baginda serta tidak sanggup pula melihat baginda kesakitan sewaktu perjalanan roh baginda ditarik keluar dari jasad, sedangkan Allah telah memerintahkan malaikat Izrail menarik roh baginda dengan cara yang paling lembut di antara hambaNya yang lain. Imam Ghazali pula diriwayatkan memperolehi tanda-tanda kematian beliau sehingga beliau sempat melakukan sendiri sebahagian besar persiapan menghadapi sakaratul maut. Beliau dikatakan dapat memandikan, mewudukkan dan mengkafankan diri beliau sendiri sehinggalah apabila perjalanan rohnya telah sampai ke bahagian kepalanya, beliau terpaksa meminta bantuan abangnya Imam Ahmad Hambali untuk menyambung penyempurnaan jenazah beliau.
Sesungguhnya tanda-tanda kematian itu berlaku dalam beberapa peringkat:
Tanda 100 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar, sama ada disedari atau tidak oleh mereka yang mendapatnya. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran yang seakan-akan menggiggil. Tanda-tanda awal ini jika disedari amat menguntungkan kerana kita mempunyai masa untuk meyiapkan diri mengadap Illahi membayar segala hutang piutang kita terhadap Allah s.w.t. dan sesama manusia.
Tanda 40 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Ketika ini daun yang tertulis nama kita gugur dari pohon yang terletak di Arash. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya untuk memisahkan roh dari jasad kita. Ia akan mengikuti kita sepanjang masa dan akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu kepada kita, dan jika ini terjadi, kita akan menjadi bingung seketika. Malaikat maut ini cuma satu namun kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum mati:
Tanda ini diberikan kepada mereka yang diberi musibah kesakitan, di mana orang yang sakit tenat atau tidak makan akan tiba-tiba berasa sihat dan berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum mati:
Bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi sebelah kiri dan kanan akan berdenyut-denyut. Apabila tanda-tanda ini datang, hendaklah kita berpuasa supaya usus kita tidak mengandungi banyak najis untuk memudahkan urusan memandikan jenazah kita nanti. Ketika ini mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi dan kedudukan hidung kita agak jatuh sedikit jika dilihat dari bahagian sisi. Telinga kita juga akan layu iaitu di bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Tapak kaki kita jika dilunjurkan akan jatuh dan sukar ditegakkan seperti kebiasaannya.
Tanda 1 hari sebelum mati:
Ia juga berlaku selepas waktu Asar. Ubun-ubun di atas kepala kita akan berdenyut-denyut menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokkan harinya.
Tanda akhir sebelum mati:
Bahagian pusat kita akan kesejukan dan ia akan turun ke bahagian pinggang dan seterusnya kesejukan ini akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, janganlah sesekali kita lalai dari mengingati Allah. Ucapkanlah kalimah Syahadah dan berdiam dirilah menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput roh kita kembali kepada Maha Pencipta yang menghidupkan kita selama ini, dan kini mematikan kita pula.

Sue~ Sesungguhnya marilah kita beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Mengasihi dan Maha Mengampuni, semoga setiap helaan nafas dan gerak jantung kita dipenuhi dengan zikirullah yang menjadikan kita hambaNya yang diberkati. Berdoalah kita agar diberi kesedaran dan peka dengan tanda-tanda kematian kita, semoga kita sempat membuat persiapan terakhir sebelum roh bercerai dari jasad. Dari Allah kita semua datang, kepadaNya jugalah kita akan kembali.
Sunday, September 06, 2009 | 2 Comments
Mutiara Iman: Sabda Rasulullah s.a.w.
Posted by
Sueozana
Labels:
Hadis nabi
~ Sabda Rasulullah s.a.w:
" Barangsiapa sentiasa mengucap tujuh kalimat, dia dimuliakan di sisi Allah s.w.t dan para malaikat dan diampuni segala dosanya walau sebanyak buih di laut "
Tujuh kalimat itu adalah:
"Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain didunia ini kecuali ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat."
(HR Muslim(4692)
"Aku menjamin sebuah rumah dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah ditempat tertinggi syurga bagi orang yang membaikkan budi perkertinya."
(HR Abu Daud(4167)
Tujuh kalimat itu adalah:
1~ Bismillah pada setiap kali hendak memulakan sesuatu.
2~ Alhamdulillah setelah selesai melakukan setiap sesuatu.
3~ Astaghfirullah jika tersilap berkata-kata yang yang tidak sepatutnya.
4~ Insya'Allah pada setiap perancangan yang akan dilakukan.
5~ La haula wala kuwwata illa billah hil 'aliy ul'azim apabila menghadapi kesukaran.
6~ Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun apabila ditimpa musibah.
7~ La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah setiap ketika pada hati dan lidah.

~ Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain didunia ini kecuali ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat."
(HR Muslim(4692)
"Aku menjamin sebuah rumah dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah ditempat tertinggi syurga bagi orang yang membaikkan budi perkertinya."
(HR Abu Daud(4167)
Sunday, September 06, 2009 | 0 Comments
Mutiara Iman: Sabda Rasulullah s.a.w.
Posted by
Sueozana
Labels:
Hadis nabi
~ " Sampaikanlah pesananku walaupun sepotong ayat ""' ~
~ " Utamakan selamat & sihat untuk duniamu, utamakan solat & zakat untuk akhiratmu " ~
Sunday, September 06, 2009 | 0 Comments
Israel...O! Israel..!
Posted by
Sueozana
Labels:
kekejaman Israel
Saturday, September 05, 2009 | 0 Comments
Rahsia Solat
Posted by
Sueozana
Labels:
Solat
Wahai anak-anak, saudara dan rakan taulanku yang dikasihi...
Perkara yang paling asas dalam Islam adalah solat, iaitu rukun Islam yang ke dua. Allah s.w.t. mewajibkan solat ke atas hambaNya walau dalam keadaan apa sekali pun. Solat umpama tiang seri agama suci kita. Sebaik mana pun amalan dan perlakuan kita tanpa bersolat 5 kali sehari semalam, maka berguguranlah pahala yang sepatutnya kita perolehi dari amalan yang lain, umpama dedaunan kering yang bertebaran di bumi... reput ditelan masa.
Perhatikanlah, indahnya wajah-wajah muslimin yang beriman, tatkala menunaikan solat, penuh khusyuk mengadapkan muka dan menyerahkan dirinya ke hadrat Illahi, pencipta mereka dan alam semesta yang ditumpangi.
Lihat pula wajah-wajah yang jarang bersolat (malah ada yang tidak pernah bersolat), suram dan kusam tanpa seri cahaya keimanan, meski setampan mana atau secantik mana pun rupa mereka, namun seolah ada sesuatu yang kekurangan...
Sesungguhnya solat itu amat mudah tetapi sukar untuk didirikan terutama bagi mereka yang belum benar-benar beriman dan tidak mengetahui rahsia bersolat. Bersolat amat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit dari waktu kita untuk melaksanakannya. Ia juga amat mudah kerana Allah s.w.t. telah meringankan hambaNya dalam melakukan solat, sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Namun bagi sesetengah hambaNya yang lalai dan tidak bersyukur di atas kurniaan Allah yang menciptakannya ke alam ini, bersolat itu dianggap remeh dan amat berat untuk melaksanakannya.
Buat renungan semua, inilah rahsia yang terkandung disebalik rukun dan perlakuan solat:
1. Niat Solat
Ia memelihara taubat kita dari dunia ke akhirat.
2. Berdiri (Qiam)
Fadhilatnya ketika mati ia dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. Perhatikanlah, indahnya wajah-wajah muslimin yang beriman, tatkala menunaikan solat, penuh khusyuk mengadapkan muka dan menyerahkan dirinya ke hadrat Illahi, pencipta mereka dan alam semesta yang ditumpangi.
Lihat pula wajah-wajah yang jarang bersolat (malah ada yang tidak pernah bersolat), suram dan kusam tanpa seri cahaya keimanan, meski setampan mana atau secantik mana pun rupa mereka, namun seolah ada sesuatu yang kekurangan...
Sesungguhnya solat itu amat mudah tetapi sukar untuk didirikan terutama bagi mereka yang belum benar-benar beriman dan tidak mengetahui rahsia bersolat. Bersolat amat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit dari waktu kita untuk melaksanakannya. Ia juga amat mudah kerana Allah s.w.t. telah meringankan hambaNya dalam melakukan solat, sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Namun bagi sesetengah hambaNya yang lalai dan tidak bersyukur di atas kurniaan Allah yang menciptakannya ke alam ini, bersolat itu dianggap remeh dan amat berat untuk melaksanakannya.
Buat renungan semua, inilah rahsia yang terkandung disebalik rukun dan perlakuan solat:
1. Niat Solat
Ia memelihara taubat kita dari dunia ke akhirat.
2. Berdiri (Qiam)
3. Takbir-Ratul Ihram
Fadhilatnya sebagai cahaya yang menerangi kita dari kegelapan alam kubur.
4. Bacaan Fatihah
Ia menjadi pakaian kita yang indah di dalam kubur.
5. Ruku'
Sebagai alas atau tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal
Akan memberi kita minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di alam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratol-Mustaqim.
8. Duduk Di antara Dua Sujud
Akan dapat bernaung di bawah panji-panji nabi kita di alam kubur.
9. Duduk Di antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab soalan yang dikemukakan malaikat Munkar/Nangkir dalam kubur.
11. Selawat Nabi
Sebagai pendinding kita dari api neraka.
12. Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib
Untuk pertemuan kita dengan Allah sw.t.
Semoga kita semua mendapat manfaat dari rahsia solat ini, dan sama-samalah kita ingat-mengingati ke arah perkara kebaikan. Semoga Allah memberkati kita dan membukakan pintu syurgaNya buat kita semua. Sesungguhnya hisab Allah itu adalah benar dan siksaan Allah itu amat perit sekali. Renungkanlah....
Sekian, salam sayang dari Sue untuk semua.
Rujukan:
-Sakit Apakah Ubatnya: Penelitian dari Al-Qur'an dan Hadis-W Md Jamal Hj W Md Saman,
WJSB Resources 2007.
-Wasiat Imam Syafi'e- Abu Qamar Salahuddin, www.darulnuman.com.
Friday, September 04, 2009 | 0 Comments
Ilmu Membina Tamadun Ummah
Posted by
Sueozana
Labels:
Pendidikan,
Tamadun Islam
Wahyu pertama yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah Iqra' dalam surah Al-'Alaq. Melalui surah ini Allah telah menyeru manusia agar membaca,belajar dan menerokai ilmu pengetahuan. Islam menobatkan ilmu pengetahuan sebagai asas yang mencorak peradaban dan ketamadunan manusia. Era Islamisasi telah melahirkan dua jurang zaman iaitu zaman jahiliah dan zaman Islam sebagai addin yang menggariskan dengan terperinci etika kehidupan yang berperadaban. Umat Islam terdahulu telah membuktikan adaptasi ajaran Islam sebagai satu cara hidup boleh membangunkan sosio-ekonomi dan sosiolisasi masyarakat di bumi Arab. Kota Madinah terbina dari kemantapan gabungan ilmu pengetahuan kaum Muhajirin dan Ansar setelah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bersama pengikut Islam dari Kota Mekah, yang dipenuhi oleh Arab jahiliah. Kota Madinah kemudiannya berkembang sebagai kota ilmu dan perdagangan dunia.
Ulama' Islam tersohor iaitu Imam Syafi'e telah berpesan, bahawa manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi akan dimuliakan dalam masyarakat. Seorang ahli sosiologi Islam, Ibnu Khaldun dalam kitabnya, Al-Mukddimah pula menegaskan, ilmu itu perlu dipraktikkan demi melahirkan ummah ulul al-bab, iaitu yang beriman, bertanggungjawab, beramanah serta mempunyai keupayaan daya fikiran yang tinggi. Pengabaian dalam mendidik generasi muda akan menyebabkan ketamadunan sesuatu bangsa hancur dan pupus kerana tidak ada kemampuan untuk meneruskannya.
Dilema yang dihadapi dalam membangunkan ummah hari ini adalah pembentukan suatu format yang tidak formal bagi penjanaan model 'pendidikan kehidupan' yang mempunyai nilai dan etika murni untuk dijadikan teladan, di rumah dan di persekitaran, selain pendidikan formal di institusi pendidikan. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah amat besar pengaruhnya ke atas generasi muda, selain pengaruh persekitaran dan masyarakat. Ruang pengajaran dan pembelajaran ilmu pengetahuan yang positif akan memberikan impak yang positif kepada anak-anak dan generasi muda. Begitu pula sebaliknya, kegagalan ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan awal dan keimanan yang mantap akan menyebabkan mereka terdedah dan cepat terpengaruh dengan nilai-nilai negatif dari persekitaran dan segelintir masyarakat. Justeru, pendidikan kehidupan seawal dalam kandungan perlu dipraktikkan demi menjamin masa depan ummah yang berkualiti. Ibu-ibu mengandung disaran memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an kerana janin mereka boleh mendengar bacaan tersebut.
Islam adalah agama yang lengkap. Kalimah-kalimah azan misalnya, menyeru manusia mentauhidkan Allah, tuhan yang Maha Pencipta serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. (memberi hak untuk dihormati dan diikuti kepada pemilik dan pemimpin), menyeru manusia mengerjakan solat( iaitu mengajar manusia berdisiplin dan mempraktikkan rukun serta perundangan, bukan sekadar ucapan), dan akhirnya azan menyeru manusia bersama menuju kejayaan (dengan ilmu pengetahuan dan etika kehidupan yang lengkap manusia berpeluang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat). Jika kalimah-kalimah azan dan pengertiannya dipraktikkan, setiap manusia akan membina kendiri yang unggul.
Permasaalahan sumber mendapatkan ilmu pengetahuan juga dihadapi oleh umat Islam di peringkat global. Pembangunan ketamadunan umat Islam telah jauh tercicir dan diungguli oleh negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Di Amerika, dengan jumlah penduduknya hanya 5 peratus dari penduduk dunia, terdapat 54 buah, iaitu 27 peratus dari 200 buah universiti terbaik dunia. Di kalangan 46 buah negara-negara Islam di dunia yang majoriti penduduknya Muslim (yang membentuk 16 peratus dari penduduk dunia), hanya dua buah universiti yang tersenarai dalam Times Higher Education Supplement (THES). Ke dua universiti ini terletak di Asia Tenggara, di Malaysia, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM), yang hanya berjaya menduduki tempat ke 185 dan 192.
Demi membangkitkan semula ketamadunan ummah, umat Islam menerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), perlu bertindak segera menubuhkan sekretariat pendidikan dunia Islam, demi memberi acuan pendidikan bercorak Islam dengan meminggirkan kepentingan politik, ketenteraan, serta perbezaan mazhab dan pendapat. Bangkitkan kembali kota-kota ilmu dunia Islam seperti kota-kota Damsyik, Baghdad dan Kaherah di era kecemerlangan Islam dahulu. Usaha ini perlu disegerakan jika umat Islam tidak mahu ketamadunan ummah tenggelam oleh acuan negara Barat dan menjadi warga dunia yang kehilangan tamadun, yang akhirnya akan membawa kepada kepupusan ummah. Penghapusan etnik Islam Palestin oleh Yahudi (Israel) dan Islam Kosovo oleh puak Serbia, serta kependudukan masyarakat Khatolik Portugal dan Sepanyol di Kota Andulisia sepatutnya menjadi tamparan dan pengajaran supaya umat Islam bersatu dan bangkit mengejar pembangunan dan ketamadunan agar tidak terus ditindas.
Sehingga bertemu lagi, Salam ukhwah dari Sue.
Rujukan: - PembinaanTamadun: Md Shukri Shuib, Al-Islam Jun 2007
- Wasiat Imam Syafi'e: Abu Qamar Salahuddin, www.Darulnuman.
- Bimbingan Mukminin: Imam Al-Ghazali

Wednesday, September 02, 2009 | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:

YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."

Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!

Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...? *The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."