feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Dilema Pelacur Perempuan dan Lelaki

Labels: ,


Sekitar tahun 1960an hingga 1980an, umum mengetahui jika disebut pelacur pastilah dia seorang wanita. Terbahagi kepada beberapa kategori, yang jelasnya golongan hi-class terdiri dari mereka yang berwajah cantik, berkulit putih gebu dengan susuk badan yang menggiurkan serta berpenampilan menarik dengan gaya tersendiri dan sentiasa berpakaian mewah dari butik-butik eksklusif. Rumah dan kereta mereka..? Tentulah besar dan mewah, Pendapatan mereka menyamai malah melebihi kemewahan orang yang bertungkus-lumus, bertahun-tahun belajar di menara gading dan menjawat jawatan yang tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta...

Mereka (pelacur hi-class) ini 'mencari makan' samada secara persendirian melalui personal contacts atau melalui agensi yang menjaga mereka dan golongan ini lebih dikenali sebagai Social Escorts yang menemani golongan berkemampuan seperti jutawan, golongan berkedudukan dalam pentadbiran atau business man yang berjaya. Kebanyakan social escorts 'bertugas' ke luar negara bersama pelanggannya mengikut jangka waktu yang ditentukan oleh client masing-masing... Katakan client tersebut ke London, Paris atau Perth selama 2 minggu biasanya 'cik' social escort yang jelita itu akan menemaninya selama 2 minggu juga, tanpa diketahui oleh 'puan' isteri yang sah dan anak-anak yang ditinggalkan di rumah.

Bayaran untuk social escorts lebih mahal berbanding pelacur hi-class yang biasa. Jika pada tahun 1960an hingga 1980an pelacur hi-class biasa menetapkan bayaran perkhidmatan seks mereka antara $1000 - $2000 satu malam atau satu sessi (2 jam hingga 3 jam), manakala social escorts melalui agensi masing-masing biasanya akan mengenakan package bayaran antara $5000 hingga $10,000 sehari bekerja. Ini tidak termasuk tanggungan makan-minum, tempat tinggal serta duit poket untuk shopping yang kesemuanya harus disediakan oleh pihak pelanggan secara relatif, mengikut persetujuan bersama dengan cik social escort. Ada juga segelintir dari kalangan social escorts ini yang 'bernasib baik' kemudiannya dijadikan isteri ke dua yang sah nikah oleh pelanggan mereka.

Inilah pekerjaan yang senang yang menjanjikan pendapatan lumayan, yang diperolehi di atas kesempatan yang diambil dari kesempurnaan rupa paras dan bentuk tubuh yang menarik dari anugerah Allah s.w.t. Kebanyakan mereka ini rata-ratanya tidak berpeluang mendapat pendidikan hingga ke institusi pendidikan tinggi atau menara gading. Kelulusan mereka sekadar MCE atau SPM dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Tidak menghairankan, kebanyakan mereka (bukan semua) dari kalangan pelakon dan model yang mencipta nama dalam negara pada waktu itu. [Saya menulis di atas pengalaman bercampur dengan golongan pelakon-pelakon dan model-model terkenal dan ada sebahagian mereka 'menyebutkan' senarai beberapa nama rakan mereka yang terlibat dengan kegiatan tidak bermaruah ini berserta dengan senarai nama clientsterhormat mereka, malah menyebutkan destinasi tempat mereka berpeleseran di luar negara].

Pelacur-pelacur golongan pertengahan dan bawahan pula tentunya mengenakan bayaran yang lebih rendah mengikut persetujuan yang dicapai bersama pelanggan masing-masing. Pelacur kelas pertengahan boleh didapati di hotel-hotel 3 bintang atau 4 bintang, manakala kelas bawahan pula 'tersadai' di orong-lorong gelap contohnya seperti di Lorong Haji Taib dan lain-lain sekitar Kuala Lumpur. [Saya tidak arif mengenai negeri lain kerana pengalaman bertemu golongan ini hanya saya dapati sewaktu menjalankan kajian untuk thesis tahun akhir saya di sebuah universiti tempatan].

Berbeza dengan zaman sekarang, 'jawatan' pelacur tidak lagi terhad kepada golongan wanita yang kecundang atau tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang baik untuk menyara hidup mereka (dan ibu-bapa serta adik-beradik mereka di kampung!). Bahkan mereka sekarang terdiri dari wanita tempatan yang bijak pandai yang sedang menuntut di universiti-universiti tempatan dan luar negara .

Jika pada tahun 1970an dan 1980an golongan lelaki lembut, gay dan heterosexual atau biseksual jarang-jarang dijumpai walaupun disedari kewujudannya di kalangan masyarakat, namun kini golongan ini seakan common dan 'bersepah' di mana-mana ceruk tanah air kita, terutama di bandar-bandar besar.

Adalah difahami dan diterima ramai bahawa kita tidak boleh menyalahkan lelaki lembutatau mak nyah yang dilahirkan dengan dua sifat iaitu golongan khunsa. Itu sudah takdir Allah s.w.t dan terpulang kepada mereka untuk memilih cara hidup mereka sama ada sebagai 'lelaki' atau 'wanita' tetapi mereka pada masa yang sama mesti akur pada kewajipan mereka sebagai hamba Allah dan ahli masyarakat. Ramai golongan ini yang proaktif dengan keadaan diri mereka malah boleh berjaya dalam hidup seperti lelaki atau wanita yang dilahirkan sempurna dan diterima oleh masyarakat seadanya.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana dan apakah faktor penggalak yang menjadikan golongan gay ini semakin bertambah dan menjadi-jadi bilangannya dalam masyarakat Malaysia yang agama rasminya Islam? Bukan lagi secara sembunyi-sembunyi malah secara terang-terangan golongan ini membentuk community yang semakin membesar serta menjalankan aktiviti yang menyimpang dari hukum Allah s.w.t sebagaimana kaum Nabi Luth a.s dan ia juga terbias dari penerimaan masyarakat normal. Jika suatu waktu dahulu Kelab Sultan Sulaiman atau Padang Merdeka yang menjadi sasaran mereka, sekarang ia melata ke tengah kota seperti di sekitar Bukit Bintang dan lain-lain.

Dahulu, bila disebut gay, maka kita terbayang mereka adalah golongan mak nyah atau lelaki lembut semata-mata yang melayani kaum sejenis mereka untuk keseronokan nafsu sama ada mereka dibayar atau mereka menjadi pelanggan yang membayar perkhidmatan! Zaman ini kategori lelaki seperti itu adalah kelas bawahan dalam kategori gay. Majoriti gay sekarang adalah dari lelaki yang berperwatakan luarannya 'lelaki sejati' yang kacak, bergaya hebat serta berjawatan stabil di sektor kerajaan mahu pun swasta. Mereka bukan golongan jalanan. Mereka berkerjaya!

Jika pelacur-pelacur wanita hanya menerima langganan dari kaum lelaki yang berkemampuan, pelacur-pelacur lelaki yang dikenali dengan jolokan 'Gay for pay' ini pula menerima langganan dari kaum sejenis mereka juaga - lelaki yang berkemampuan yang mempunyai nafsu serakah terhadap kaum sejenis.

Apa yang menyedihkan terdapat ramai di kalangan yang menjadi 'gay for pay' ini adalah juga dari kalangan pelajar-pelajar lelaki yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Mereka sanggup menjual diri mereka sebagai pelacur lelaki untuk di layan rakus oleh nafsu seks songsang lelaki-lelaki yang membayar mereka dengan sejumlah wang yang dengannya mereka belanjakan untuk membeli makanan yang menjadi darah daging mereka! Paling mengaibkan bila mereka hanya dibayar antara $ 200 hingga $ 300 sahaja untuk setiap perkhidmatan! Begitu murah nilai iman dan moral mereka.Mereka, sebagaimana pelacur-pelacur wanita dari kalangan pelajar-pelajar universiti juga, hanyut mengejar kemewahan hidup tanpa memikirkan impak besar di sebalik kegiatan tidak bermoral mereka.

Sayang sekali golongan cerdik pandai yang berpenyakit moral serta di hiasi pula dengan penyakit AIDS dan seumpamanya inilah yang bakal menerajui negara, serta membentuk hala-tuju generasi Malaysia masa hadapan. Amat memilukan malah memualkan.

Jika dahulu kita takuti anak-anak perempuan terseret ke lembah kehinaan ini lalu ramai ibu-bapa yang mengongkong atau memantau pergerakan anak-anak gadis mereka, namun sekarang, di zaman celik IT ini, anak-anak lelaki juga harus dipantau dan dipastikan pergerakan serta pegaulan mereka agar tidak tersasar dari hukum Allah s.w.t dan terjebak dalam aktiviti mejijikkan, semata-mata kerana mengejar kemewahan hidup secara mudah.

Generasi baru golongan pelacur ini, baik pelacur perempuan mahupun pelacur lelaki, mereka bukannya 'terdesak' melakukan pekerjaan tidak bermoral ini kerana kekangan keewangan untuk meneruskan pelajaran mereka, tetapi kerana mereka 'perlukan' lebihan wang untuk melayan nafsu kemewahan yang mula sebati dalam diri mereka akibat berada di tengah-tengah kota metropolitan serta dikelilingi oleh barangan mewah yang pada perasaan mereka 'wajib' dimiliki seperti pakaian mahal, kereta berjenama, handphone mahal, aksesori mewah, menjadi ahli club berprestij, memiliki credit card serta tuntutan gaya mewah untuk sentiasa 'boleh berbelanja' tanpa teragak-agak di mana dan untuk apa sahaja.

Semuanya boleh diungkapkan dalam dua perkataan, iaitu ego dan nafsu mewah. Ini sebenarnya yang memerangkap mereka supaya terjerat dalam kancah pelacuran ini.

Kebelakangan ini terdapat pula golongan 'gay for pay' yang terdiri dari kanak-kanak lelaki yang masih di bangku sekolah rendah, yang berumur antara 11 tahun hingga 12 tahun, selain terdapat juga remaja berumur 13 tahun hingga 17 tahun di sekolah menengah. Mereka terpengaruh dengan cerita-cerita indah yang menjanjikan kemewahan oleh 'senior-senior' mereka.

Golongan kanak-kanak memang cepat terpengaruh disebabkan akal yang belum matang serta hasil dari tayangan drama TV, filem atau seumpamanya dari Barat (malah dari drama dan filem tempatan) yang tidak segan silu mempamirkan babak-babak romantis yang mendorong serta merangsang seksual kanak-kanak bawah umur dengan sewenangnya. Justeru peringkat pertama, mereka ingin mencuba. Maka berlakulah gangguan seksual terhadap adik-beradik atau kawan-kawan di kalangan kanak-kanak bawah umur yang masih di bangku sekolah rendah. Peringkat yang kedua, 'apa salahnya jika dibayar... menyeronokkan dan dibayar pula…!'.

Masyarakat kita sudah tenat sebenarnya. Umpama barah yang tidak dapat diselamatkan lagi, kecuali jika kita kembali kepada hukum Allah s.w.t., bertaubat serta berusaha memantau keselamatan generasi muda kita yang masih belum terlanjur dalam kancah pelacuran dan aktiviti-aktiviti seumpamanya.

Pengajaran dari Al-Quran:

Dalam perlakuan zina antara lelaki dan perempuan, secara terang Allah s.w.t telah melarang keras perbuatan keji tersebut. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 32:“Janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu adalah fahishah (perkara keji) dan sejahat-jahat jalan.”

Menyentuh mengenai hubungan seama jenis antara lelaki dengan lelaki (liwat) pula,firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 80: “Adakah kamu melakukan fahishah (perkara keji) yang tidak dilakukan oleh sesiapa pun sebelum kamu di dunia ini.

Kedua-dua perbuatan zina dan liwat bersifat fahishah (keji) maka kedua-dua hukumnya sama. Ia juga berasaskan kepada Sunnah yang bermaksud: “Apabila lelaki bersetubuh dengan lelaki, maka kedua-duanya melakukan zina,” dan hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah maksudnya: “Sesiapa yang mendapati antara kamu yang melakukan perbuatan kaum Luth maka bunuhlah yang melakukan dan yang kena lakukan.

Hadith ini menjelaskan tentang kesalahan jenayah liwat yang boleh dikenakan hukuman mati dibunuh dengan pedang seperti orang murtad. Mazhab Shafi’e dan Hambali juga berpendapat liwat sama dengan zina berdasarkan nas-nas al-Qur’an di atas yang membawa maksud kemasukan zakar dalam faraj sama dengan kemasukan zakar ke dalam dubur.

Al-Quran ada menyebut mengenai kisah Kaum Nabi Luth yang berbuat maksiat iaitu golongan lelaki gemar meliwat kaum sejenisnya- lelaki dan tidak berminat kepada kaum perempuan yang sepatutnya menjadi isteri-isteri mereka. Pada awalnya, kaum Luth memulakan liwat dengan perempuan mereka, kemudian beralih melakukannya pula ke atas orang lelaki. Qadi Abu Hasan daripada Mazhab Maliki berpendapat persetubuhan lelaki dengan perempuan ajnabi pada duburnya adalah hukum liwat sebagaimana hukum liwat antara lelaki dengan lelaki.

Walaupun Nabi Luth a.s telah menyampaikan ayat-ayat (perintah) Allah s.w.t yang melarang dari berbuat demikian tetapi mereka tetap engkar. Akhirnya Allah mengutuskan para malaikat untuk menurunkan azab yang perit ke atas kaum Nabi Luth, tanpa seorang pun yang terselamat kecuali Nabi Luth serta keluarganya yang beriman kepada Allah s.wt.

Antaranya firman Allah s.w.t dlm Surah Al-‘Ankabut ayat:34 menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”.

Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini.

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 35: Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.

Inilah kesudahan untung nasib yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak yang tidak mahu kembali ke jalan Allah s.w.t. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.

Sumber: Catitan Perjalanan 'Aisyah Mardiyah - penulis jemputan.






3 comments:
gravatar
MOH KEMBARA said...
January 31, 2012 at 12:56 AM  

Salam,

Sayangnya dlm masalah pelacuran, pekerja seks ni jer kena tangkap dan didakwa, pelanggan jarang yg kena.

gravatar
Sueozana said...
January 31, 2012 at 9:24 AM  

Wlkmslm,
Tu la kak..banyak perkara yg harus dipertimbangkan n saling berhubung kait. Jika kerajaan n masyarakat benar2 ikhlas utk menangani masalah ini, tindakan segera n bersepadu harus diambil.

gravatar
RH said...
July 23, 2012 at 10:00 AM  

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."