AL-FATIHAH
**************************************************
Aurat: Cara Berpakaian
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:
- Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan.
- Di hadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah di antara pusat hingga lutut.
- Aurat di hadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
- Aurat di hadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat. Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.
- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
* Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Justeru itu wanita tidak boleh melunakkan suaranya sewaktu berurusan dengan lelaki bukan mahram. 'Menjual suara' sebagai sumber pekerjaan seperti penyanyi yang menyanyi lagu-lagu yang melalaikan adalah haram (kecuali nasyid dan lagu-lagu yang menyeru ke arah keislaman, pembacaan Al-Quran dengan tujuan belajar dan mengajar) atau dalam hal-hal yang mendatangkan faedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dalil Al- Quran dan Hadis
- suami mereka atau
- bapa mereka atau
- bapa mertua mereka atau
- anak-anak mereka, atau
- anak-anak tiri mereka atau
- saudara-saudara mereka atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
- perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
- orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31).
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Cara Lelaki Islam Menutup Aurat
Cara Wanita Islam Menutup Aurat
1- Menutup tubuh (kecuali muka dan tangan)
Memakai Jilbab: Jilbāb (Arab: جلباب) merupakan perbuatan melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) untuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman.
P
enggunaan jilbab dalam kehidupan umum akan mendatangkan kebaikan bagi semua pihak. Dengan tubuh yang tertutup jilbab, kehadiran wanita jelas tidak akan membangkitkan syahwat lelaki. Sebab, naluri seksual tidak akan muncul dan menuntut pemenuhan jika tidak ada faktor yang merangsangnya. Dengan demikian, kewajipan berjilbab telah menutup salah satu faktor yang boleh membawa manusia terjerumus ke lembah perzinaan; suatu perbuatan menjijikkan yang amat dilarang oleh Islam.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)
Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).
Hadis ini, di samping, menunjukkan kewajipan wanita untuk mengenakan jilbab ketika hendak keluar rumah, juga memberikan pengertian jilbab; bahawa yang dimaksud dengan jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. Sebab, jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tidak mungkin wanita itu tidak memiliki pakaian yang biasa dipakai dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak dikategori sebagai jilbab.
Dalam konteks semasa, pakaian jilbab boleh berupa jubah yang labuh, kemeja atau blaus berlengan panjang yang dikenakan bersama sarung atau skirt labuh, seluar panjang atau sebarang pakaian yang longgar (tidak mengikut bentuk badan) dan menutupi bahagian aurat wanita.
Gambar ehsan dari Imani Collections.
2- Menutup aurat kepala (rambut dan muka)
Memakai Tudung: Tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudungnya) ke dadanya."
Walaupun agama Islam mewajibkan pemakaian tudung bagi menutup rambut wanita Islam, namun perundangan setiap negara mengenai pemakaian tudung berbeza-beza.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Jenis-jenis tudung termasuklah: Tudung labuh, mini telekung, tudung bersegi seperti tudung bawal, selendang dan skarf. Cara pemakaian bergantung kepada individu asalkan ia menutupi rambut dan leher hingga ke paras dada.
Memakai Niqab: Niqab (Arab: نقاب, niqāb) atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa golongan perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung / jilbab.
Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa dipakai di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom.Isu pemakaian niqab / purdah di kalangan wanita telah meneruskan membangkitkan perbahasan antara cendekiawan Islam dan pakar undang-undang sejak dahulu sehingga sekarang, samada ia fard (wajib) atau Mustahabb (amat dicadangkan / harus) untuk seorang wanita untuk pakai niqāb.
Cadangan pembelian pakaian Muslimah secara online:
http://imanicollections.wordpress.com/
http://butikmuslimahhana.blogspot.com/
Nota: Penulis tidak mempunyai sebarang hubungan / kepentingan dengan butik-butik di atas.
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment