AL-FATIHAH
**************************************************
Hati Seorang Anak
Sunday, October 31, 2010 | 4 Comments
Denggi Berdarah
oleh: Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah
Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.
Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.
Cara Penyebaran
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Jenis Denggi
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :
1. Demam denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakitotot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' ataubreakbone fever.
2. Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawandan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
Tanda/Gejala
Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakangmata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalamdarah menurun.
Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawahkulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).
Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:
Demam denggi klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
Demam denggi berdarah
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Membawa Maut
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :
* Mudah lebam
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Sifat Nyamuk Aedes
* Gigitan pada waktu pagi dan senja (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)
* Bertelur dalam air mati yang jernih.
* Sapu/spray mosquito repellents pada kulit dan pakaian.
* Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang dan sarung kaki, jika berada di luar rumah. Pastikan pakaian tersebut longgar untuk mengelak kepanasan.
* Menjauhi kawasan perumahan yang padat penduduk.
* Bila berada dalam rumah/pejabat (indoors), pastikan ia berhawa dingin dan bertutup. Gunakan kelambu semasa tidur jika rumah tidak bertutup sepenuhnya atau tanpa penghawa dingin.
Thursday, October 28, 2010 | 2 Comments
Terima Kasih Abang!
Sunday, October 24, 2010 | 4 Comments
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Di sepanjang sebulan bulan Ramadhan yang lalu, kita telah menjalani latihan pembangunan insaniah melalui tiga faktor penting iaitu faktor akal (mental), jiwa dan fizikal.
Melalui faktor akal, kita telah bangunkan atau tajamkan akal kita melalui ilmu pengetahuan Al Quran yang kita pelajari dan baca di sepanjang Ramadhan.
Melalui faktor jiwa, insaniah kita telah kita bangunkan dengan menanamkan iman. Untuk tujuan meningkatkan iman ini, kita telah memperbanyakkan solat sunat yang bermacam-macam jenis, antaranya solat Terawih, Tahajud, Witir, Dhuha dan lain-lain. Juga dengan membaca Al Quran sebanyak mungkin, dan memperbanyakkan zikir. Sekaligus dalam waktu yang sama, kita telah tanamkan dalam hati kita rasa cinta serta hebat kepada ALLAH melalui apa yang digambarkan oleh ALLAH s.w.t dalam firmanNya:
" (laitu) orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk, dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab seksa api Neraka." (Ali Imran: 191).
Maksud firman Allah ini, bahawa untuk mendapatkan rasa cinta dan hebat padaNya, mestilah dibuat setiap detik dan waktu. Tidak kira waktu berdiri, duduk atau berbaring, teristimewa di bulan Ramadhan yang lepas.
Mujahadatun nafsi juga telah kita lakukan melalui menahan diri dari melakukan maksiat. Yakni bersabar dari melakukan punca-punca atau sumber-sumber maksiat melalui mata, mulut, telinga, tangan, faraj, kaki dan maksiat yang paling halus iaitu maksiat hati. Mujahadatun nafsi itu telah kita lakukan semata-mata untuk tingkatkan iman atau untuk bangunkan jiwa kita.
Latihan fizikal juga telah kita lakukan yang mana walaupun dalam keadaan letih lesu dan kurang tenaga sebab lapar berpuasa di siang hari tapi kita masih tetap dapat melaksanakan tugas-tugas atau kerja-kerja seharian seperti berniaga, bertani, kerja-kerja pejabat, mengajar, berdakwah dan lain-lain. Walaupun kita kurang tenaga dari biasa tetapi masih tetap bertenaga untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut demi kemajuan Islam. Ertinya fizikal kita juga terbangun hasil latihan di bulan puasa ini.
Setelah kita bangunkan insaniah kita melalui latihan latihan fizikal, mental dan jiwa di bulan Ramadhan yang lalu, marilah kita teruskan usaha-usaha itu. Walaupun di hari-hari atau di bulan- bulan yang lain itu ada bezanya dengan bulan Ramadhan, kerana bulan Ramadhan yang mubarakah, yang mana kalau kebajikan yang dibuat akan berganda pahalanya dan sebaliknya kalau kejahatan yang dibuat pula lebih besar dosanya. Namun marilah sama-sama kita teruskan amalan dan usaha-usaha baik kita itu walau di bulan apa pun dan di manapun kita berada, kerana ALLAH s.w.t tetap menulis atau merekodkan setiap yang baik itu mengikut perkiraan biasa yang telah ALLAH tentukan seperti firmanNya:
Di samping itu ada juga amaran daripadaNya iaitu:
Sama-sama kita menunjukkan KESYUKURAN, kehebatan dan kecintaan kepada ALLAH melalui pembacaan Al Quran, solat-solat sunat (selain mendirikan solat 5 fardhu yang wajib, mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram), berzikir, bertahmid, bersedekah dan lain-lain amalan solih yang dituntut dalam Islam. Teruskan kerja-kerja kebajikan yang zahir seperti mengajar, belajar, berdakwah, ziarah, melakukan sebanyak-banyaknya khidmat masyarakat serta lain-lain bentuk kebajikan.
Pupuklah jiwa kita agar sentiasa beriman dan bersyukur, bersihkan sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat keji) seperti sombong, riyak, gila pangkat dan gila dunia, pemarah, hasad dengki dan dendam... Sekiranya jiwa dan hati kita dikotori dengan sifat-sifat keji itu, ertinya kita telah berdosa serta tidak bersyukur kepada Allah s.w.t, dan ia boleh menghapuskan kebaikan atau kebajikan yang pernah kita buat.
Sudah sepatutnya sikap dan amalan kita semakin bertambah baik dari hari ke hari. Sebab semakin kita bertambah umur, menunjukkan SEMAKIN HAMPIR KITA KE KUBUR... Maka sepatutnya semakin merimbun, dan kuat amalan kita. Dalam ertikata lain, semakin bertambahnya umur, semakin kita pertajamkan akal dengan ilmu pengetahuan, mantapkan jiwa dengan iman serta kuatkan fizikal dengan aktif dan cergas membuat kebajikan dan khidmat masyarakat. Kerana sudah sepatutnya, semakin dekat kita ke Akhirat, tempat tinggal kita yang kekal abadi, makin banyak bekalan-bekalan yang harus kita persiapkan jika tidak mahu kecundang ke lembah Neraka Jahanam.
Dalam hal ini, ALLAH s.w.t mengajar kepada kita dengan firmanNya:
Semoga amalan yang kita buat bersifat seperti madu. Sifat madu itu, makin lama makin kental dan pekat manisnya. Ertinya biarlah makin berumur kita, semakin banyak bekalan yang dibawa. Kerana penentuannya ialah di akhir umur kita itu... sepertimana hal-hal dunia, penentuannya adalah waktu final. Waktu sampai ke sempadan (Alam Barzakh- sempadan antara dunia dan Akhirat), itulah penutup atau finalnya. Kalau berjaya di situ maka baru dikira berjaya yang sebenar. Maksudnya semakin ke penghujung umur kita, semakin 'hebat' amal ibadah kita. Semakin ke penghujung semakin kuat berjuang, semakin kuat mengamalkan hukum-hakam Islam, semakin kuat mengabdikan diri pada ALLAH dan semakin banyak bertaubat dan bersyukur.
Jangan pula kita bersifat seperti tebu. Sifat tebu itu semakin ke penghujung makin tawar, hujungnya langsung sudah tidak ada rasa atau hilang terus manisnya (tawar). Ertinya solat kita sudah tidak berjiwa, tidak berjuang, tidak bertaubat, tidak berukhwah; semuanya sudah TIDAK ADA ROH. Ukhwahnya hanya sekadar fizikal sahaja, sekadar sentuhan-sentuhan tangan dan badan sahaja tapi tidak ada sentuhan hati. Tidak ada pengabdian dan kesyukuran pada Yang Maha Esa... Sepatutnya tidak begitu.
Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus sehingga pengakiran hayat kita ditutup dengan husnul khatimah. Sebab itulah Islam menyuruh kita berdoa:
" Ya ALLAH, tutuplah kami dengan sebaik-baik penutup (mati). Dan jangan Engkau (ALLAH) tutup kami dengan sejahat-jahat penutup."
Thursday, October 14, 2010 | 0 Comments
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."