feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Kelebihan Bulan Sya'aban Dan Puasanya

Labels: ,



Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda baginda: "Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)."

Sebahagian ulama' berpendapat, bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Sya'aban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban."

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya" Sabda baginda lagi: "Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat."

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb* (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni-p) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api-p), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.

Dari Abi Salmah, dari Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda berpuasa berterusan dan baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu–p). Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara tetap (konsisten-p).” Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : "(Hendaklah-p) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”. Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Hadis riwayat An-Nasaie.

Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Syaaban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban'. Adapun malam Nisfu Syaaban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab doa dimakbulkan, malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

Dari Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ?" sehingga terbit fajar”. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman.

Namun, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam.

Dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Hadis-hadis Sahih Al-Bukhari juga tidak menyebut secara khusus berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syari'i, dan merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan suatu amalan yang bid’ah.

Cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban oleh kebanyakan umat Islam adalah dengan membaca SurahYaasin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin, mereka membaca doa. Pada bacaan Surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon dipanjangkan umur untuk kebaikan dunia dan akhirat; pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan penyakit; dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon dari Allah agar dilimpahi rezeki yang halal.

Ringkasnya, terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada bulan Sya'aban yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Marilah kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Latihan amalan bersolat malam dan berpuasa sunat di bulan Sya'aban amat baik sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba selepas ini. Biasakan diri kita dan didiklah anak-anak kita agar mengisi kekosongan rohani dengan amalan-amalan solih, bermula dari perkara yang mudah seperti solat sunat dan puasa sunat. Meskipun agak 'liat' di awal amali, namun kesudahannya akan dipenuhi dengan keberkatan, kepuasan dan kesyukuran bagi jiwa yang beriman. Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.. InsyaAllah...

Didiklah diri dan keluarga kita menuju jalan Allah. Kalau bukan kita, siapa lagi... dan kalau bukan sekarang... bila lagi..???

Indahnya jiwa mereka yang beriman...

Jika iman memenuhi jiwa, di mana pun kita akan mengingati Allah..


Nota:
*Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Rujukan:
1. Ustaz Halim Abdullah
2. Kitab Sahih Al-Bukhari
3. Kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh
4. Kitab Al-Barakah
5. Kitab Zubdatul Waizzin







5 comments:
gravatar
Guru said...
July 13, 2010 at 6:20 PM  

memang fadhilat nya banyak sekali
cuma tepuk dada sendirilah kan...

Jom baca entri terbaru saya : makan pil

gravatar
MeMySeLfAniS said...
July 15, 2010 at 7:10 PM  

salam...
sy nk minta kongsi info ni dlm blog saya ya...syukran~~
-anis-

gravatar
Sueozana said...
July 16, 2010 at 1:51 PM  

>> a kl citizen,
Betol..
insyaAllah

gravatar
Sueozana said...
July 16, 2010 at 1:54 PM  

>> MeMySeLfAniS,
Wlkmslm..Boleh aje, smga dpt dmanfaatkn bsama..

gravatar
anakdenesor said...
July 12, 2011 at 7:51 PM  

saye mintak izin kongsi info nie dlm blog saye yea..=p

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."