AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
SKETSA: DOA Buat Anak-anakku
Posted by
Sueozana
Labels:
Anak-anakku,
Bicara Hati
Assalamu'alaikum abang dan adik, kekasih hati ummi,anak-anak yang sentiasa membahagiakan hidup ummi...
Anak sulung ini ummi lahirkan 18 tahun lalu, pada 17hb. Julai, anugerah Allah s.w.t. yang teramat besar untuk ummi hasil dari doa dan munajat kepadaNya memohon agar zuriat pertama ummi biarlah lelaki, dan Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mendengar memakbulkan segala rayuan hambaNya, sesungguhnya kelahiran anak ummi yang pertama ini membawa rahmat yang melimpah ruah ke dalam keluarga kami. Alhamdulillah, Allah s.w.t. Maha Pengasih lagi Maha Sempurna..
Membesarkan abang merupakan suatu episod indah dalam hidup ummi. Hari-hari yang mendatang ummi hadapi dengan hati dan perasaan yang teruja. Teruja melihat dan menanti perkembangan mental dan fizikal abang. Saban hari dan malam ummi berdoa dan bermunajat pada Penciptanya agar abang dikurniakan kesihatan yang terbaik, hati yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t, taat dan bertanggung jawab kepada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga, menjadi insan yang berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat.
Di usia 3 bulan, perkataan pertama yang keluar dari bibir abang adalah....."ALLAH!". Subhanallah, ummi benar-benar tergamam mendengarkan Asma' Allah yang terucap dari bibir munggil anak ummi, di kesunyian dinihari. Ummi terdiam sambil memerhatikan pembantu ummi menukar lampinnya yang basah. Keistimewaan pembantu ini ialah sentiasa akur pada perintah ummi dan segala sentuhan dan perbuatannya telah ummi pahatkan mesti dimulai dengan 'Bismillah....' dan disudahi dengan 'Alhamdulillah...'. Waktu sehari-hari pula dihabiskannya dengan melayani abang dengan alunan zikirullah. Sewaktu dalam kandungan, ummi sentiasa perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sambil mengusap kandungan ummi yang semakin membesar. Kebesaran Allah s.w.t. telah membuktikan bahawa ingatan anak ummi ini amat kuat dan hatinya yang zuhud telah melontarkan kalimah 'Allah' dari bibirnya... Itulah anak sulung ummi, yang ummi panggil abang...Syukur padaMu ya Allah..
Keistimewaan abang disulami dengan dugaan-dugaan dari Allah s.w.t. Namun semuanya ummi sambut dengan hati yang pasrah. Bukan sedikit wang ringgit terpaksa ummi habiskan sewaktu mendapatkan rawatan terbaik untuk abang dari Hospital Pakar Ampang Puteri Ampang, dan sudah muak Dr. Kumari dari klinik pakar kanak-kanak hospital tersebut melihat muka ummi dan abang. Sudah sembab muka ummi menangis memohon kepada Yang Maha Esa agar menyembuhkan segala penyakit anak ummi ini... Entah mengapa, kulit badan abang dipenuhi ruam yang menyakitkan, sedangkan susu yang diminumnya dari jenis terbaik yang disyorkan oleh doktor. Saban waktu ummi memastikan abang mendapat rawatan dan pemakanan yang terbaik. Biarpun mahal harga yang perlu ummi bayar, ummi redha. Abang adalah segalanya bagi ummi.
Kesusahan yang ummi tempuhi bersama abang hanya dapat ummi kongsi bersama nenek, memandangkan suami bertugas jauh di sebuah bank di utara semenanjung. Sedangkan ummi bertugas di ibu kota Kuala Lumpur. Hanya abang pengubat hati yang lara. Abang jugalah yang menjadi inspirasi ummi untuk bekerja lebih gigih. Pada nenek ummi galaskan harapan menggantikan diri ummi, menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada abang dengan dibantu oleh seorang pembantu. Ummi menjelajah ke seluruh pelusuk negara demi tugasan yang dipikul, demi mencari rezeki yang halal untuk membina kehidupan yang lebih terjamin.
Dengan izin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala penyakit abang sembuh dan tidak pernah berulang lagi. Selain dari berubat dengan doktor pakar, nenek memberi minum dan memandikan abang dengan air Yaasin dan kami mengamalkan meminum air Yaasin sehingga sekarang. Sewaktu abang berusia 1 tahun, abang baru mula pandai berjalan, tapi kepetahan abang bercakap memukau setiap orang yang mendengar. Segala kelebihan dan kesempurnaan hanya dari Allah s.w.t. dan segala kekurangan dari kita hambaNya yang lemah.
Ya Rabb, setiap hari dan malam yang berlalu telah ku bermunajat padaMu, memohon seorang teman buat abang, agar abang lagi tidak sunyi dan mempunyai rakan sepermainan, mempunyai saudara untuk saling menyayangi. Sedih hati ummi tatkala mendengar abang memanggil-manggill.... "Ayaaah...!" ketika melihat seorang lelaki yang menjinjing sebuah beg pakaian, melintasi sebatang jalan di hadapan rumah kita di Taman TAR, Ampang. Ketika itu usia abang baru menginjaki 7 bulan. Itulah titik permulaan di mana ummi mula bermohon agar Allah s.w.t. mengurniakan ummi seorang lagi anak sebagai teman anak ummi ini. Apabila Allah menjawab permohonan ummi, ummi berjanji padaNya, ingin memberikan yang terbaik kepada abang dan adik selagi kudrat ummi masih kuat, selagi akal ummi masih waras. Apa yang terbaik dapat ummi berikan kepada abang, itulah juga yang ummi berikan kepada adik yang amat ummi sayangi. Ya Allah, Kau kurniakanlah perasaan saling berkasih-sayang dan saling bertanggung jawab di antara mereka berdua. Anak-anakku adalah permata hatiku. Amanah besar dari Allah s.w.t. yang terpikul di bahuku.
Dari kecil ummi mendidik abang dan adik dengan didikan agama dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Abang mula menunjukkan ciri kepimpinan seorang abang dan melindungi adik dalam segala segi. Adik pula, meski pun seorang kanak-kanak yang lasak, namun sentiasa akur pada perintah abangnya. Tiba waktu mengaji Al-Quran kedua-duanya akan segera mengadap neneknya dengan berkopiah putih cenderahati nenek dari Mekah. Di hujung minggu, ummi mengajar abang dan adik bersolat. Sewaktu di kelas Tadika Al-Furqan, kedua-dua abang dan adik menjadi kesayangan guru-guru dan mempunyai ramai kawan. Cikgu Nor dan cikgu Saidatul Wahidah adalah antara guru yang amat menyayangi anak-anak ummi.
Sewaktu akan memasuki alam sekolah rendah, adik menghadapi masalah membaca. Dengan sifat adik yang leka bermain, ummi sedikitpun tidak hairan perkara sebegini boleh berlaku. Sedangkan pada masa yang sama, abang telahpun dapat membaca dan menulis dengan lancar, baik dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Inggeris. Ummi menghantar nenek pulang ke kampung untuk bertemu cucu-cucunya yang lain. Sedang di hati ummi tersirat satu strategi...(Seorang nenek tidak sekali-kali akan membiarkan cucu kesayangannya disakiti...!). Dengan berbekal seutas rotan di tangan, ummi mengajar adik membaca dan menulis dengan berdasarkan buku-buku fonetik. Saat tersebut bagaikan siksaan perit bagi adik! Dengan deraian airmata, dalam masa 2 minggu sahaja ummi berjaya mengajar adik menulis dan membaca dengan fasih dan lancar, mengambil alih segala tugas gurunya selama 2 tahun di tadika. Selesai misi tersebut ummi menjemput kembali nenek dari kampung dan adik pun memulakan alam persekolahannya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah...
Masih jelas dalam memori ummi, sewaktu berumur 1 1/2 tahun, sepeninggalan ummi ke pejabat, adik mengunyah dan hampir tertelan penutup 'sponch' Yoko-yoko, sejenis ubat 'bermenthol' yang menyebabkan adik termuntah-muntah. Di suatu ketika yang lain pula adik pernah terjatuh dari tangga rumah dari tingkat atas yang menyebabkan lengan dan badannya lebam-lebam. Di suatu pagi, adik memanjat pagar di belakang rumah untuk memungut kembali mainannya yang terjatuh. Hampir seluruh muka adik berdarah kerana tersungkur di atas simen. Ummi membawa adik berjumpa doktor dan membeli berbagai krim penyembuh luka dan parut. Sesungguhnya adik memang terlalu lasak..!
Kelasakan adik tidak terhenti di situ sahaja. Beberapa bulan selepas memulakan persekolahan di darjah 1, suatu petang adik dipapah pulang ke rumah oleh abang dan sepupu mereka yang sebaya umur (abang 8 tahun, adik 7 tahun dan sepupunya 6 tahun) dengan sebelah lagi tangannya mengheret basikal kecil adik. Rupa-rupanya adik terjatuh basikal dan lengan kirinya patah sewaktu bermain di taman. Ummi membawa adik ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan walaupun masih mengerang kesakitan, adik dengan selambanya meminta doktor bertugas membalut lengannya yang patah dengan 'bandage' berwarna merah..! Memang anak kedua ini dari kecil lagi amat manja dan suka bergaya. Seminggu kemudian, untuk menggembirakan hati abang dan 'meredakan' sakit adik, ummi membawa abang dan adik ke A Famosa Melaka, dan dengan lengan yang masih berbalut hingga ke atas paras siku, adik dengan berani mengharung arus 'sungai' A Famosa yang ummi kira tidak kurang dari 1 km panjangnya, dengan air separas dada adik. Abang dengan setianya memegang lengan adik demi memastikan ia tidak terkena air selama mereka mengharungi 'sungai' tersebut. Selang 2 minggu, sewaktu sesi menukarkan 'bandage' di hospital yang sama, adik meminta warnanya ditukar sekali lagi kepada warna 'cream'. Adik tetap ingin bergaya, walaupun dalam kesakitan! Hampir sebulan adik tidak ke sekolah....
Di sekolah rendah dan menengah abang dan adik melakar sejarah kegemilangan akademik dan ko-kurikulum. Berbagai piala dan hadiah yang mereka bawa pulang. Walaupun terpaksa berpindah sekolah dari Selangor (Sek Keb Kosas) ke Melaka (Sek Jln Dato' Palembang) pada saat-saat menghadapi peperiksaan, dengan kecekalan dan usaha, beserta izin Allah s.w.t, adik dan abang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
Sewaktu abang mula menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR, Ipoh), setiap hari ummi akan menerima panggilan telefon tidak kurang dari 6 atau 7 kali, bermula selepas sarapan, sewaktu rehat, selepas makan tengahari, sebelum prep petang, selepas prep petang, sebelum prep malam dan sebelum tidur malam. Abang benar-benar berusaha merayu agar ummi 'mengeluarkan' abang dari sekolah tersebut. Abang tak sanggup berpisah dan berjauhan dari ummi dan keluarga. Mengalir air mata ummi setiap kali mendengar suara abang di telepon. Pedih dan pilunya hati ummi, umpama pisau tajam menusuk-nusuk hati ummi. Apakan daya, ummi terpaksa berkorban dan mengajar abang berdikari demi mendidik abang menjadi insan yang sesempurna mungkin. Di sekolah itu ummi berharap abang akan lebih berpeluang menimba ilmu dunia dan akhirat setinggi mungkin. Pada guru-guru dan warden di sana ummi sandarkan harapan agar turut mendidik anak bangsanya ini menjadi insan cemerlang dan diredhai Allah s.w.t. Biarpun abang di sana tidur dalam dormitri tanpa keselesaan, berdikari menguruskan hal diri,namun untuk mencapai kejayaan, mesti ada pengorbanan yang harus dibayar. Kesabaran akan membuahkan hasil yang manis..!
Pernah abang demam selama 2 minggu semasa di tingkatan 1, kerana keresahan tidak mahu berpisah dari keluarga dan tidak mahu menyambung persekolahan di STAR. Ummi terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Pantai, sebuah hospital swasta di Ayer Keroh Melaka, semata-mata untuk memberikan rawatan terbaik buat abang supaya sihat dan kembali ke sekolah. Selama 2 minggu ummi dan adik berkampung di bilik rawatan abang di hospital tersebut. Alhamdulillah, walaupun adik dan ummi terpaksa bermalam bersama abang di hospital tersebut selama 2 minggu, dan adik pula terpaksa berulang alik dari hospital ke sekolah dan ke tempat tuisyen untuk persediaan menghadapi UPSR, Allah s.w.t. memberi pengakhiran yang baik kepada keluarga kita. Abang sembuh sepenuhnya dan dapat memulakan kembali persekolahan pada tahun berikutnya(ke tingkatan 2). Adik pula berjaya meneruskan pelajaran ke MRSM Mersing di Johor selama 3 tahun.
Sewaktu adik dihantar ke MRSM Mersing, wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak kesedihan untuk berpisah dengan ummi dan keluarga. Sifat adik memang begitu, lebih memendam rasa dan cuba mengawal diri. Di hati adik tetap bersedih. Ummi terpandang mata adik yang merah sewaktu memeluk ummi sebelum berpisah. Lambaiannya kelihatan sehinggalah keluar pagar. Allah s.w.t. lebih memahami apa yang tersirat di hati kita. Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahi rahmat dan kurniaNya kepada anak-anak ummi. Sebagaimana abang berjaya menggenggam 8A dalam peperiksaan PMR, begitu jugalah dengan adik. Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi ilmuNya, mudah-mudahan Kau jadikan anak-anakku sebagai hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas kurniaanMu.
Sekarang abang sedang meneruskan pengajiannya di universiti dalam jurusan kejuruteraan, dan adik sedang berjuang menghadapi SPM di Maktab Rendah Sains Mara. Pinta dan doaku pada Illahi, Kau lindungilah anak-anakku di mana saja mereka berada ya Allah.. Jangan Kau uji mereka dengan ujian yang berat yang tidak termampu oleh mereka. Jauhi mereka dari segala kesakitan dan kemelaratan ya Allah.. Andainya mereka tersilap langkah tunjukilah mereka jalan yang benar dan ampunilah mereka dari dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.. baik yang mereka sengajakan mahupun yang tidak disengajakan.

Di waktu abang berusia 1 tahun 8 bulan, adiknya, ummi lahirkan pada 21hb Disember. Sewaktu usia abang masih memerlukan sepenuh tumpuan kasih dan sayang ibu, "mengapa perlu ada insan lain di antara kita....?", agaknya inilah pertanyaan yang bermain di fikiran abang sewaktu menyambut kelahiran adiknya yang satu ini... Allah melahirkan manusia dengan sifat-sifat yang sempurna, mempunyai akal dan nafsu. Walau bagaimana cerdik pun, namun lumrah hati seorang anak yang selama ini mendapat kasih sayang dan perhatian penuh dari si ibu, sudah pasti terdetik perasaan cemburu, melihat si ibu tiba-tiba memangku bayi lain selain dirinya. Keseronokan menyambut 'orang baru' di ruang tamu rumah nenek tiba-tiba menjadi hening seketika... 'Paap...!' tiba-tiba 4 jari kecil abang singgah ke pipi adik lelakinya yang baru berusia 2 hari. Adduh... Mengapa jadi begini..? Hati ummi sedih melihat si adik kecil meraung kepedihan dan pipinya yang putih melepak menjadi merah dek tamparan si abang. Dalam waktu yang sama ummi juga hampir tergelak melihat kerenah si abang yang begitu cemburu dengan kehadiran adiknya. Maha Suci Allah, Engkau kurniakan kepadaku dua orang anak lelaki yang menjadi nadi kehidupanku.
Ya Rabb, setiap hari dan malam yang berlalu telah ku bermunajat padaMu, memohon seorang teman buat abang, agar abang lagi tidak sunyi dan mempunyai rakan sepermainan, mempunyai saudara untuk saling menyayangi. Sedih hati ummi tatkala mendengar abang memanggil-manggill.... "Ayaaah...!" ketika melihat seorang lelaki yang menjinjing sebuah beg pakaian, melintasi sebatang jalan di hadapan rumah kita di Taman TAR, Ampang. Ketika itu usia abang baru menginjaki 7 bulan. Itulah titik permulaan di mana ummi mula bermohon agar Allah s.w.t. mengurniakan ummi seorang lagi anak sebagai teman anak ummi ini. Apabila Allah menjawab permohonan ummi, ummi berjanji padaNya, ingin memberikan yang terbaik kepada abang dan adik selagi kudrat ummi masih kuat, selagi akal ummi masih waras. Apa yang terbaik dapat ummi berikan kepada abang, itulah juga yang ummi berikan kepada adik yang amat ummi sayangi. Ya Allah, Kau kurniakanlah perasaan saling berkasih-sayang dan saling bertanggung jawab di antara mereka berdua. Anak-anakku adalah permata hatiku. Amanah besar dari Allah s.w.t. yang terpikul di bahuku.
Dari kecil ummi mendidik abang dan adik dengan didikan agama dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Abang mula menunjukkan ciri kepimpinan seorang abang dan melindungi adik dalam segala segi. Adik pula, meski pun seorang kanak-kanak yang lasak, namun sentiasa akur pada perintah abangnya. Tiba waktu mengaji Al-Quran kedua-duanya akan segera mengadap neneknya dengan berkopiah putih cenderahati nenek dari Mekah. Di hujung minggu, ummi mengajar abang dan adik bersolat. Sewaktu di kelas Tadika Al-Furqan, kedua-dua abang dan adik menjadi kesayangan guru-guru dan mempunyai ramai kawan. Cikgu Nor dan cikgu Saidatul Wahidah adalah antara guru yang amat menyayangi anak-anak ummi.
Sewaktu akan memasuki alam sekolah rendah, adik menghadapi masalah membaca. Dengan sifat adik yang leka bermain, ummi sedikitpun tidak hairan perkara sebegini boleh berlaku. Sedangkan pada masa yang sama, abang telahpun dapat membaca dan menulis dengan lancar, baik dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Inggeris. Ummi menghantar nenek pulang ke kampung untuk bertemu cucu-cucunya yang lain. Sedang di hati ummi tersirat satu strategi...(Seorang nenek tidak sekali-kali akan membiarkan cucu kesayangannya disakiti...!). Dengan berbekal seutas rotan di tangan, ummi mengajar adik membaca dan menulis dengan berdasarkan buku-buku fonetik. Saat tersebut bagaikan siksaan perit bagi adik! Dengan deraian airmata, dalam masa 2 minggu sahaja ummi berjaya mengajar adik menulis dan membaca dengan fasih dan lancar, mengambil alih segala tugas gurunya selama 2 tahun di tadika. Selesai misi tersebut ummi menjemput kembali nenek dari kampung dan adik pun memulakan alam persekolahannya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah...
Masih jelas dalam memori ummi, sewaktu berumur 1 1/2 tahun, sepeninggalan ummi ke pejabat, adik mengunyah dan hampir tertelan penutup 'sponch' Yoko-yoko, sejenis ubat 'bermenthol' yang menyebabkan adik termuntah-muntah. Di suatu ketika yang lain pula adik pernah terjatuh dari tangga rumah dari tingkat atas yang menyebabkan lengan dan badannya lebam-lebam. Di suatu pagi, adik memanjat pagar di belakang rumah untuk memungut kembali mainannya yang terjatuh. Hampir seluruh muka adik berdarah kerana tersungkur di atas simen. Ummi membawa adik berjumpa doktor dan membeli berbagai krim penyembuh luka dan parut. Sesungguhnya adik memang terlalu lasak..!
Kelasakan adik tidak terhenti di situ sahaja. Beberapa bulan selepas memulakan persekolahan di darjah 1, suatu petang adik dipapah pulang ke rumah oleh abang dan sepupu mereka yang sebaya umur (abang 8 tahun, adik 7 tahun dan sepupunya 6 tahun) dengan sebelah lagi tangannya mengheret basikal kecil adik. Rupa-rupanya adik terjatuh basikal dan lengan kirinya patah sewaktu bermain di taman. Ummi membawa adik ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan walaupun masih mengerang kesakitan, adik dengan selambanya meminta doktor bertugas membalut lengannya yang patah dengan 'bandage' berwarna merah..! Memang anak kedua ini dari kecil lagi amat manja dan suka bergaya. Seminggu kemudian, untuk menggembirakan hati abang dan 'meredakan' sakit adik, ummi membawa abang dan adik ke A Famosa Melaka, dan dengan lengan yang masih berbalut hingga ke atas paras siku, adik dengan berani mengharung arus 'sungai' A Famosa yang ummi kira tidak kurang dari 1 km panjangnya, dengan air separas dada adik. Abang dengan setianya memegang lengan adik demi memastikan ia tidak terkena air selama mereka mengharungi 'sungai' tersebut. Selang 2 minggu, sewaktu sesi menukarkan 'bandage' di hospital yang sama, adik meminta warnanya ditukar sekali lagi kepada warna 'cream'. Adik tetap ingin bergaya, walaupun dalam kesakitan! Hampir sebulan adik tidak ke sekolah....
Di sekolah rendah dan menengah abang dan adik melakar sejarah kegemilangan akademik dan ko-kurikulum. Berbagai piala dan hadiah yang mereka bawa pulang. Walaupun terpaksa berpindah sekolah dari Selangor (Sek Keb Kosas) ke Melaka (Sek Jln Dato' Palembang) pada saat-saat menghadapi peperiksaan, dengan kecekalan dan usaha, beserta izin Allah s.w.t, adik dan abang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
Sewaktu abang mula menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR, Ipoh), setiap hari ummi akan menerima panggilan telefon tidak kurang dari 6 atau 7 kali, bermula selepas sarapan, sewaktu rehat, selepas makan tengahari, sebelum prep petang, selepas prep petang, sebelum prep malam dan sebelum tidur malam. Abang benar-benar berusaha merayu agar ummi 'mengeluarkan' abang dari sekolah tersebut. Abang tak sanggup berpisah dan berjauhan dari ummi dan keluarga. Mengalir air mata ummi setiap kali mendengar suara abang di telepon. Pedih dan pilunya hati ummi, umpama pisau tajam menusuk-nusuk hati ummi. Apakan daya, ummi terpaksa berkorban dan mengajar abang berdikari demi mendidik abang menjadi insan yang sesempurna mungkin. Di sekolah itu ummi berharap abang akan lebih berpeluang menimba ilmu dunia dan akhirat setinggi mungkin. Pada guru-guru dan warden di sana ummi sandarkan harapan agar turut mendidik anak bangsanya ini menjadi insan cemerlang dan diredhai Allah s.w.t. Biarpun abang di sana tidur dalam dormitri tanpa keselesaan, berdikari menguruskan hal diri,namun untuk mencapai kejayaan, mesti ada pengorbanan yang harus dibayar. Kesabaran akan membuahkan hasil yang manis..!
Pernah abang demam selama 2 minggu semasa di tingkatan 1, kerana keresahan tidak mahu berpisah dari keluarga dan tidak mahu menyambung persekolahan di STAR. Ummi terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Pantai, sebuah hospital swasta di Ayer Keroh Melaka, semata-mata untuk memberikan rawatan terbaik buat abang supaya sihat dan kembali ke sekolah. Selama 2 minggu ummi dan adik berkampung di bilik rawatan abang di hospital tersebut. Alhamdulillah, walaupun adik dan ummi terpaksa bermalam bersama abang di hospital tersebut selama 2 minggu, dan adik pula terpaksa berulang alik dari hospital ke sekolah dan ke tempat tuisyen untuk persediaan menghadapi UPSR, Allah s.w.t. memberi pengakhiran yang baik kepada keluarga kita. Abang sembuh sepenuhnya dan dapat memulakan kembali persekolahan pada tahun berikutnya(ke tingkatan 2). Adik pula berjaya meneruskan pelajaran ke MRSM Mersing di Johor selama 3 tahun.
Sewaktu adik dihantar ke MRSM Mersing, wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak kesedihan untuk berpisah dengan ummi dan keluarga. Sifat adik memang begitu, lebih memendam rasa dan cuba mengawal diri. Di hati adik tetap bersedih. Ummi terpandang mata adik yang merah sewaktu memeluk ummi sebelum berpisah. Lambaiannya kelihatan sehinggalah keluar pagar. Allah s.w.t. lebih memahami apa yang tersirat di hati kita. Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahi rahmat dan kurniaNya kepada anak-anak ummi. Sebagaimana abang berjaya menggenggam 8A dalam peperiksaan PMR, begitu jugalah dengan adik. Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi ilmuNya, mudah-mudahan Kau jadikan anak-anakku sebagai hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas kurniaanMu.
Sekarang abang sedang meneruskan pengajiannya di universiti dalam jurusan kejuruteraan, dan adik sedang berjuang menghadapi SPM di Maktab Rendah Sains Mara. Pinta dan doaku pada Illahi, Kau lindungilah anak-anakku di mana saja mereka berada ya Allah.. Jangan Kau uji mereka dengan ujian yang berat yang tidak termampu oleh mereka. Jauhi mereka dari segala kesakitan dan kemelaratan ya Allah.. Andainya mereka tersilap langkah tunjukilah mereka jalan yang benar dan ampunilah mereka dari dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.. baik yang mereka sengajakan mahupun yang tidak disengajakan.
Buat abang dan adik, ketahuilah, kasih-sayang ummi pada kalian melebihi kasih-sayang ummi pada diri sendiri. Hanya kasih-sayang ummi dan ketaatan ummi kepada Allah s.w.t. saja yang tidak dapat di atasi oleh kasih sayang terhadap anak-anak, kerana Allah telah menetapkan begitu...! Tiada siapa pun yang berhak dikasihi melebihi kasih kita sebagai hambaNya kepada Yang Maha Pencipta. Semoga abang dan adik sentiasa diberkati Allah s.w.t. serta sentiasa beriman dan mentaatiNya walau dalam keadaan apa sekalipun. Semoga anak-anak ummi berbahagia dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga anak-anak ummi menjadi anak-anak yang bertanggung jawab serta mendoakan ibu bapa di kala masih hidup mahupun setelah kami tiada nanti.
Salam kasih-sayang dan restu dari ummi buat abang dan adik.
Semoga Allah s.w.t memberkati anak-anakku.
Amiin ya Rabbul 'alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment