feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Aminulrasyid 2: Saksi Nafi Aminulrasyid Cuba Rempuh Polis

Labels:

Sampaikanlah Al-Fatihah kepadanya yang telah pergi...
Semoga rohnya dirahmati Allah swt...


Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
Laporan Aidila Razak, May 3, 2010, Malaysia Kini.

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih diacceleratoryang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.


Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.


Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.


"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sebagai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.


Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.


Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.


“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.


Updated 06/05/2010; 10:51pm

Khalid Samad dedah saksi baru -(Pemilik Kereta)

Laporan Fazy Sahir;



Thu, May 6, 2010, Free Malaysia Today.


Khalid 22

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan individu baru iaitu pemilik kereta yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam mangsa ditembak mati oleh polis, Isnin lalu.

Pemilik kereta berkenaan, dakwa tokoh PAS itu tampil mengesahkan kebenaran kenyataan saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Khalid berkata, pemilik kereta itu meminta pandangan sama ada beliau perlu membuat laporan polis atau tidak memandangkan pihak polis sedang mencarinya.

"Saya menasihatkan pemilik kereta tersebut membuat laporan polis dan beliau akhirnya membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

"Berdasarkan cerita pemilik kereta itu, mengesahkan lagi kenyataan Azamuddin yang kini memasuki kali ketiga diambil keterangan oleh pihak polis," katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Menurut Khalid, selain pemilik kereta terbabit, seorang penunggang motosikal yang mengejar mangsa (Aminulrasyid) sehingga terjatuh pada hari kejadian turut membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Dalam laporan polis tersebut, Azamuddin yang turut berada bersama mangsa dikejar oleh tiga penunggang motosikal selepas menggesel kereta terbabit di Restoran Ali Maju di Shah Alam.

Sementara itu, Khalid turut menggesa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendedahkan fakta terbabit kerana ia secara langsung mengesahkan laporan polis Azamuddin.

Malah beliau khuatir fakta tersebut disembunyikan daripada dimaklumkan daripada pengetahuan rakyat.

"Polis kenal pasti dan cam pemilik kereta yang digesel mangsa. Saya khuatir fakta disembunyikan dan tidak dimaklumkan kepada rakyat.

"Lebih-lebih lagi kini Azamuddin diheret oleh polis sehingga diambil kenyataan sehingga tiga kali," kata beliau.

Malah beliau turut menggesa polis yang melakukan tembakan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa.

"Jika sudah tersilap jangan buat kesilapan untuk tutup. Tampil ke hadapan, mengaku dan minta maaf dengan keluarga mangsa.

"Jangan bersekongkol dengan mendiamkan diri sedangkan tahu apa yang terjadi sebenarnya," katanya.

Note: Blog ini TIDAK berniat menspekulasikan isu insiden Aminulrasyid yang telahpun menjadi arwah. Tidak juga cuba menyalahkan sesiapa. Sekadar memaparkan berita terkini agar umum dapat mengikuti proses dan hasil siasatan polis ke arah membongkar dan mendapatkan keadilan bagi kedua belah pihak. Terima kasih.





0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."