feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG

Labels:

Ustaz Azhar Idrus: Hukum Lelaki Memakai Gelang...

Fenomena pemakaian gelang, subang dan rantai leher bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang, subang & rantai yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri.

Pemakai-pemakai gelang, subang & rantai tersebut tidak mengira sama ada ia daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua. Perkara pemakaian gelang, subang & rantai bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘. Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pun dah pakai gelang dan rantai silver. Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya jika pakai gelang ni. Nampak kiut dan macho tapi apakah hukumnya..

Hukum lelaki memakai gelang

Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.

Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah SAW wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah SAW melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).” Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?

Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan

Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al- Anshari Rahimahullahu Ta‘ala: “Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai). Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripadam perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.” Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram.

Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan

Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran. Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata: “Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.” Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat. Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khunsa.

Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.

Kesan kaum lelaki memakai gelang, subang & rantai.

Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang, subang & rantai adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq.

Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang, subang & rantai sekalipun bagi tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu...

Sumber: http://www.ibnushukran.com/2011/06/hukum-lelaki-memakai-gelang-ustaz-azhar.html





Si Haiwan Kecil Mengagungkan Allah s.w.t.

Labels: , ,

Anak sulung kak Su bawa balik ke rumah pet baru kesayangannya semasa cuti semester baru-baru ini. Kecik aje 'bendanya'... Hermit Crab atau si umang-umang... haiwan kecil yang hidup di tepi pantai, di atas pasir dan celah batuan pantai dan menjadikan tinggalan kulit siput sebagai perumahnya. Dinamakannya si Rio The Purple Hermit Crab...sebab warnanya purple!


Mula-mula tengok, geli dan takut jugak hati ini. Macam labah-labah besar yang berbulu atau bergerigi jejarinya tu. Kadang-kadang anak kak Su panggilnya si Tarantula sebab sesekali fizikalnya mengingatkan kami kepada Tarantula yang merbahaya tu! Ada jari bersepit yang besar seperti kebiasaan ketam yang lain... Lama-lama bila dah 3 minggu berada di rumah ni, kak Su dah jadi 'mesra' pulak dengan si Rio ni, melihatkan keletahnya yang aktif di malam hari (Hermit Crab adalah jenis Nocturnal animals - haiwan yang aktif di waktu malam), yang suka memunggah dan memanjat bebatu dalam aquarium yang menjadi sangkar baru baginya. Seronok agaknya dia mendapat sangkar yang lebih besar dari yang terdahulu yang dibeli oleh anak kak Su di Pet Shop di Mid Valley, KL.

Apa yang nak disampaikan sebenarnya bukan soal habitat dan kelangsungan hidup si Rio the Hermit crab tuu.. Tapi, sebenarnya ada sesuatu yang menarik hati dan mengalih pandangan kak Su dan suami kepada si Rio ini!

Tuan si Rio ni menjaga si Rio sepanjang di kampus dan sepanjang cuti 3 minggu sebelum beliau balik semula ke kampus dan meninggalkan Rio untuk 'menemani' dan 'menghiburkan' kak Su, sementara anak-anak berjauhan dari kak Su... Setelah 2 hari 'menjaga' makan minum dan memerhatikan si Rio, kak Su terperasan, pada setiap hari, sebaik mendengar kak Su dan suami memulakan bacaan Surah Yaasin selepas solat Maghrib, si Rio yang sebelumnya diam membatu di celah-celah batu atau berehat di bawah 'bridge' mainannya, akan segera menjengahkan 2 per tiga dari badannya dengan matanya tegak seolah memerhatikan kami sehinggalah kami selesai membaca Yaasin.

Mulanya kami mengagak secara kebetulan sahaja haiwan kecil tu nak tegakkan kepalanya pada waktu tersebut. Tapi ia berlaku 2 hari berturut-turut. Mungkinkah esok atau lusa si Rio the Hermit Crab akan melakukan perkara yang sama lagi..? Mungkin ya... dan mungkin tidak. Apa pun, dari pemerhatian 2 hari ini dapat kak Su simpulkan, haiwan sekecil itu pun TAHU menghormati dan menghayati ayat-ayat Allah s.w.t...

Allah s.w.t sahaja yang mengetahui rahsia di sebalik kejadian ini. Ia amat terkesan di hati kami berdua. Subhanallah! Sedangkan haiwan sekecil itu yang terhad akal dan pergerakannya, terbatas kemampuan dan kehendaknya, yang secara alami hidupnya hanyalah 'menumpang' dalam kulit-kulit siput yang telah mati, pun tahu meng-Esa-kan Penciptanya Allah s.w.t.

Amat kerdil dan hinanya tahap keimanan kami di sisi Allah s.w.t sebagai manusia yang berakal, beragama dan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang paling sempurna di muka bumi ini berbanding si haiwan kecil itu! Mudah-mudahan kami tidak terlalai dari bersyukur di atas kurniaan dan nikmat Allah s.w.t yang terlalu banyak kami sekeluarga nikmati. Semoga Allah s.w.t terus melimpahi rahmatNya dan keberkatanNya kepada kami sekeluarga dan anda semua. Amiinnnn.... Maha Suci Allah, dari Mu kami datang dan kepada Mu kami akan kembali. Ampuni dosa-dosa kami ya Allah...

Gambar atas: Rio dalam kulit siput cantik sewaktu dibeli dari Pet Shop
Gambar bawah: Rio dalam kulit siput buruk tetapi ringan, yang baru didiaminya.

Nota:
Kulit siput buruk ini kak Su jumpa di tepian pantai dan isikan dalam aquarium sebagai hiasan, tetapi tanpa pengetahuan kami si Rio ni telah bertukar 'baju' pada sebelah malamnya sewaktu kami sedang tidur. Agaknya dia lebih selesa dalam baju barunya meskipun ia lebih buruk dari baju asalnya...

Ia juga boleh dijadikan iktibar bahawa tidak semua yang zahir indah itu baik. Tidak semua yang zahir buruk pula jelek dan tiada guna, malah ia mungkin lebih bermanfaat dan diperlukan oleh sesetengah golongan berbanding dengan zahir yang cantik... wallahu'alam.





Mengenal Allah swt - Terima kasih Wan & Tok Wan.

Labels: ,

Sewaktu kecil, dalam lingkungan umur 6 - 9 tahun, kami sering diingatkan dan disoal oleh wan dan tok wan sebelah arwah ayah, mengenai persoalan ilmu agama seperti perukunan solat, bacaan-bacaan zikir, selawat, Asma ul Husna serta tidak ketinggalan sifat-sifat 20 Allah swt.

Sesi soal jawab antara 'tok guru / mak guru' dengan anak-anak murid (cucu-cucu) ini bermula sebaik habis mengaji al-Quran di rumah mereka. Kelas mengaji di rumah wan bermula selepas solat Maghrib - ramai budak-budak dan remaja yang datang mengaji Quran di rumah wan, tanpa apa-apa bayaran pun dikenakan (sukarela / ikhlas).

Pada sesi soal jawab ini kebanyakan anak-cucu mereka yang sebaya kak su akan menundukkan kepala merenung lantai hingga kepala hampir mencecah Al Quran (kami mengaji Quran sambil bersila atas lantai mengadap Quran di atas rehal). Ada kalanya wan atau tok wan sengaja 'membedal' rotan ke lantai di sisi sesiapa yang menjadi pilihan mereka, menandakan soalan tersebut ditujukan kepada si polan... kerana semua mata tertumpu ke lantai dan jarang yang berani bertentang mata dengan wan / tok wan, takut disoal... termasuklah kak su! (Pada waktu mengaji kak su selalu pakai selendang mak untuk menutup sebahagian muka bila tiba sesi ini...).
Selalunya kakak-kakak dan abang-abang yang yang hafal perkara-perkara tersebut akan segera menjawab dan mereka dapat pulang lebih awal. Bagaimanapun, di pertengahan jalan mereka akan bersembunyi di sebalik pokok di tepi lorong yang menuju ke rumah wan, sebagai persediaan untuk menyergah kami adik-adik yang tergagap-gagap menjawab soalan wan dan terpaksa pulang kemudian daripada mereka...

Apa pun, disebabkan rumah wan dan rumah ayah serta tok Aki hanya dalam lingungan 100 meter antara satu sama lain, anak-anak cucu wan mengambil kesempatan saat balik mengaji sebagai satu acara lumba lari - iaitu, siapa yang berjaya sampai awal ke rumah akan dapat hadiah. Hadiahnya bukan apa pun, cuma dia akan menjadi putera atau puteri yang 'dijemput' dari rumahnya oleh saudara-saudara yang lain pada keesokan malamnya sebelum beramai-ramai berjalan menuju ke rumah wan untuk mengaji lagi...

Seronok sungguh kalau dapat 'dijemput' oleh 'dayang-dayang dan hulubalang istana', terasa 'gah' meskipun bila tiba di pertengahan jalan mereka dengan sengajanya berlari mendahului si putera atau si puteri di belakang, sambil berteriak, "hantuu... hantuu...." Huh! Apa lagi, putera atau puteri pun ikut serta berlari tercungap-cungap dengan tangan memegang selipar... takut tertinggal di belakang kawan-kawan. Sampai di rumah wan, kami masing-masing akan dimarahi wan. Tok wan biasanya diam saja memerhatikan gelagat anak cucunya yang nakal.

Apakah sifat 20...?

Iaitu sifat-sifat yang wajib bagi Allah swt. Sebagai hamba Allah swt, kita wajib mempercayai sifat 20 ini melalui 2 cara - iaitu secara ijmal atau secara tafsil.

Ijmal
Ijmal bererti beriman dan mengetahui secara ringkas sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah swt, iaitu mempercayai dengan bersungguh-sungguh hati bahawa Allah swt bersifat dengan sifatul Kamal- iaitu bersifat dengan kesempurnaan seperti berkuasa dan berilmu. Allah tidak bersifat dengan sifatul Noqsan- iaitu sifat-sifat yang kekurangan dan kelemahan seperti lemah dan bodoh.

Tafsil
Tafsil bererti beriman dengan sifat-sifat 20 Allah serta mengetahui, memahami huraian dan dalil-dalil ke atas sifat-sifat 20 tersebut.
Allah bersifat wujud. Kewujudan alam ini adalah kerana ada yang menciptakannya, iaitu Allah swt, Tuhan semesta alam. Dia yang menjadikan alam ini dan seluruh makhluknya. Dia juga yang menguasai setiap sesuatu. Tiada siapa pun yang boleh melihat Allah swt selain dari tanda-tanda kewujudanNya. Allah swt mempunyai Zat yang tidak diketahui oleh siapa pun.

Zat Allah swt menjangkau jauh di luar dari gambaran yang ada dalam pemikiran manusia dan makhluk ciptaan Allah swt. Namun atas sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah swt membayangkan diriNya dalam Al-Quran melalui sifat-sifat 20 yang dimilikiNya, dan manusia serta hamba Allah termasuk golongan jin, beriman dan mempercayai sifat 20 Allah ini.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

1. Wujud ertinya ada

2. Qidam ertinya sedia

3. Baqa ertinya kekal

4. Muhalafah tu hu Lil Hawadith ertinya menyalahi bagai segala yang baharu

5. Qiyamuhu ni Nafsihi ertinya berdiri dengan sendirinya

6. Wahdaniat ertinya esa (tunggal)

7. Qudrat ertinya berkuasa

8. Iradat ertinya berkehendak

9. Ilmun ertinya mengetahui

10. Hayatun ertinya hidup

11. Samiun ertinya mendengar

12. Basarun ertinya melihat

13. Kalamun ertinya berkata-kata

14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya yang berkuasa

15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya yang berkehendak

16. Kaunuhu Taala A'liman ertinya yang mengetahui

17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya yang hidup

18. Kaunuhu Taala Samian ertinya yang mendengar

19. Kaunuhu Taala Basiran ertinya yang melihat

20. Kaunuhu Taala Mutakaliman ertinya yang berkata-kata


Adakah kita hafal dan benar-benar mendalami sifat-sifat 20 Allah swt...?



Selamat beramal di 10 hari terakhirRamadhan 1432H ^.^


Terima kasih kerana sudi membaca..






Sms dan Kemarau Kasih

Labels: , ,

Sudah lebih seminggu aku, suami dan anak berada di rumah adik ipar untuk menjaga makan pakai mak mertua yang sangat uzur dari segi ingatan dan kekemasan diri. Sebelum ini pun kami selalu datang ke sini terutama sewaktu suami sedang bercuti dari kerja dan pada hari raya. Ikatan di antara keluarga adik ipar dan keluarga kami memang akrab. Anak-anakku memanggil mak saudara mereka 'mama' dan anak-anaknya memanggilku 'umi'. Seronok bila berjumpa sekali sekala, keakraban keluarga terpancar jelas.


Suatu hari, selepas selesai solat Zuhur dan membaca surah Yaasiin, aku bangkit mengemaskan sejadah dan telekung. Tiba-tiba mataku terpandang handphone suami yang terletak berdekatan. Ada pesanan ringkas yang baru masuk berdasarkan kerlipan lampu pada handphone tersebut. Entah mengapa hatiku terdetik untuk membuka dan membaca sms tersebut.

"U, boleh mtak tlg sket tak?" Begitu tertulis sms tersebut.. ringkas. Aku tengok siapa pengirimnya, ermm.. seorang wanita, 'Noraini Kg Baru". Gaya ayatnya seolah seorang 'kawan' yang amat akrab.

Naluri kewanitaanku mendesak! Menyamar sebagai suami, sms tersebut ku balas.

"Apa?" , ringkas lagi balasanku.

"X pe la, mcm mgganggu jer..." balas orang di sana.

Bila diamati maksud tersirat, dia mungkin merajuk dengan pertanyaan balas orang di sini yang begitu ringkas... maklum, sepatah perkataan saja untuk menjawab pertanyaannya. Hatiku yang nakal dan mula cemburu berkata-kata, "Mungkin orang di sini biasa membalasnya dengan gaya yang lebih manja dan ayat-ayat yang lebih panjang???"

"It's ok, kalau boleh I tolong, kalau x, I bgtau lah" Balasku lagi...terselit keikhlasan. Mana tau pihak di sana benar-benar dalam kesusahan.

"X pe la, mganggu jer, sowiiiii....." Balas lagi orang di sebelah sana.

Aku beristighfar dan meletakkan telepon kembali ke tempatnya!

"Sowiiii..." Hmm, mengada-ngada juga si pengirim sms ini, desus hatiku! Sebagai seorang wanita yang pernah bercinta, merajuk dan dipujuk, aku menterjemahkan ayatnya sebagai cuba 'main tarik tali' dan cuba 'merajuk' dan 'minta perhatian'. Kalau dilayan lebih lama takut hatiku yang tak dapat menahan amarah dan cemburu... takut pula iman tewas dan terkeluar perkataan yang kurang sopan. Al-maklumlah, ini soal hati dan perasaan seorang isteri menghadapi sms lunak dan mengada-ngada (gedik) dari seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan suamiku sendiri, tak kiralah, samada kawan biasa atau luar biasa! Kalau kawan luar biasa lagilah lain macam desakan nafsuku untuk bertindak nanti... Astaghfirullah hal 'azim.

Si dia inikah puncanya dalam seminggu lebih ini suamiku agak 'sejuk' terhadap ku dan anak-anak? Selama ini suamiku sentiasa ceria bila bersama kami. Sentiasa murah dengan kasih-sayang dan sentiasa bergurau senda dengan kami. Maklumlah, kerjaya suamiku menuntutnya berada di lautan selama sebulan dan hanya dua atau tiga minggu sahaja di daratan untuk bersama keluarga dan menyelesaikan tugasan pejabat. Jadi, kepentingan dan perasaan keluarga kami sentiasa diutamakannya. Aku sentiasa bersyukur kerana dikurniakan Allah swt seorang suami yang bertanggungjawab kepada ibu, isteri dan anak-anak.

Tetapi! Ada tapinya...! Seperti yang dikatakan tadi, ada kelainan dalam seminggu ni. Aku sebenarnya sedang demam dan biasanya suamiku akan melayaniku dengan lebih baik tatkala aku demam. Kali ini ku perhatikan, beliau seolah tak mengambil kisah sangat pasal aku. Baik dari segi makan minum mahupun perasaanku.

Bukan aku sahaja yang merasai perubahan suami. Ia juga dirasai oleh anak sulung kami yang kebetulan sedang bercuti dan turut bersama kami. Jika selalunya suamiku akan memanggil anak kami dengan panggilan "abang..." dan kalau ingin menyuruh anaknya berbuat sesuatu, selalu dimulai dengan perkataan ''Abang, tolong babah.....". Kali ini perkataan-perkataannya lain macam, terus memanggil nama dan terus memerintah melakukan apa yang diingininya! Sehinggakan anak saya bersuara menyatakan kehairanannya dan 'terasa hati' dengan bapanya... Sedangkan beliau masih memanggil ketiga-tiga anak-anak saudara kami dengan panggilan biasa seperti 'abang, kakak, dan adik'.

Perkara kecilkan? Mengapa diperbesarkan?? Tetapi sebagai isteri yang sentiasa peka dan amat memahami sifat dan perangai suaminya, aku rasa itu adalah perubahan besar dalam diri suamiku! Selama ini baik di rumah kami, di rumah adik ipar malah di mana sahaja, suamiku memang menunjukkan kasih-sayang dan kemesraan kepada kami sekeluarga.

Sejenak berfikir dan setelah 'menurunkan suhu' amarah, ku tunjukkan sms itu kepada suami.

"Siapa perempuan ni bah?" Tanyaku dengan muka selamba menutupi perasaan cemburu.

"Ohh, kawan. dulu kerja di Petronas Carigali. Sekarang dah berhenti." Jawab suami tenang.

"Lain macam jer bunyi ayat tuu..? Macam dah mesra sangat dengan babah?" Soal siasat gaya polis pencenku mula lancar!

"Alaah... dia tu mintak tolong babah carikan kerja untuk dia. Babah tak layan sangat.. Dah nak jadi isteri orang dah pun." Balas suamiku cuba mematikan kecurigaanku.

Namun aku rasa ada sesuatu yang pelik. Kalau perempuan tu dah nak kawin, mengapa begitu mesra ayatnya dengan suami aku? Kenapa tak minta pertolongan bakal suaminya saja? Kenapa ayatnya seolah nak 'merajuk' dan minta 'dipujuk'...?

Aku dah lama hidup di dunia ni, dah macam-macam ragam orang perempuan dan lelaki yang aku jumpa. "Ya Allah, Kau selamatkan rumahtanggaku dan peliharalah ahli keluargaku dari kejahatan manusia, jin dan syaitan yang direjam..." Begitu hatiku memohonk perlindungan dari Allah Yang Maha Mengetahui.

Aku berhak mencurigai suamiku berdasarkan ayat sms yang diterima. Bukan cemburu buta rasaku! Selama ini ramai perempuan sepejabat dengan suamiku yang jauh lebih muda, lebih cantik dariku dan ada yang berpakaian menjolok mata serta bergaya seksi melalui tingkah-laku dan tutur kata! (MasyaAllah... mudah-mudahan Allah menutup hati anak-anak perempuan kita dari berpakaian sedemikian dan berperilaku sedemikian. Sesungguhnya azab Allah amat perit di akhirat nanti bagi perempuan yang tidak menutup 'aurat dan penggoda!). Tapi selama ini aku tidak curiga jauh sekali bertanya yang bukan-bukan pada suamiku. Aku tau suami aku jujur dan ikhlas mencari rezeki untuk keluarga kami. Setiap hari aku berdoa memohon perlindungan dan rahmat Allah swt ke atas suamiku, anak-anak-anaku dan diriku.

Selesai berbuka puasa sunat Rejab pada petang hari itu aku bertanya lagi kepada suami sebaik kami mengambil sejadah untuk berjemaah fardhu Maghrib,

"Betul babah tak ada apa-apa dengan Noraini?" tanyaku sambil menghiaskan bibir dengan senyuman...

"Betuuul... ish, umi ni.. jangan cari gaduhlah! Selama ni ada babah buat perangai ke? Babah tak suka rumahtangga kita kecoh-mecohlah" Begitu amaran suamiku!

Aku diam dan terus menunaikan solat Maghrib berimamkan suami. Selepas solat kami langsung membaca Yaasiin dan berdoa bersama sambil menunggu masuknya fardhu Isyak. Malam itu aku dihantui masaalah tersebut dan tidak dapat menahan gelisah. Sewaktu suami sedang tidur, aku menanyakan pendapat anak lelakiku dan seperti kuduga anakku meminta aku terus melayani bapanya dengan sebaik layanan, bersabar, berdoa dan berserah pada Allah Yang Esa.

"Tak perlu risau umi... Allah swt lebih mengetahui dan berkuasa ke atas segala sesuatu. Mohonlah perlindungan dariNya. Sesuatu tu tak akan terjadi tanpa izinNya! Selama ni pun umi selalu ajar abang buat macam tu kan, sabar..! " Kata anakku sambil tersenyum memandang wajahku.

Alhamdulillah... anakku berjaya menyejukkan hatiku yang gelisah. Aku baringkan badan di sisi suami sambil memerhatikan raut wajahnya yang sedang lena. Sejalur airmata menuruni pipiku yang tidak lagi setegang dahulu.. Jauh di sudut hati aku tetap berkeyakinan bahawa suamiku amat mengasihi aku dan anak-anak seperti selalu...

"Maha Suci Allah.. Tiada Tuhan Yang aku sembah selain Engkau.. PadaMu aku benar-benar memohon pertolongan, kurniakan kepadaku dan suamiku ikatan kemesraan dan kasih sayang suami isteri hingga ke akhirat. Kurniakan kepadaku, suamiku dan anak-anakku, hati, akal dan nafsu yang beriman...yang mendahulukan Allah dalam segala urusan kami dan sentiasa bertaqwa kepadaMu!! Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaa haillallah, wallah hu Akbar."

Malam itu aku tertidur dalam doa yang panjang...

Keesokannya sikap suami masih seperti hari-hari yang lalu.. walaupun aku terperasan dia cuba untuk memperbaiki keharmonian hubungan kami. Aku membiarkan keadaan berlalu seadanya. Tak banyak yang dapat aku lakukan kerana aku masih berada di rumah adik ipar. Takkan aku nak menempek dengan suami di hadapan mereka? Takkan aku nak mendesak suami dengan perkara yang belum sahih hujung pangkalnya?

Untuk menghilangkan resah dan gelora hati sendiri, aku layani mak mertuaku sebaik dan semampu yang aku boleh. Kasihan mak mertuaku.. seorang ibu yang baik. Suka dan dukanya hanya Allah swt yang tahu. Dalam umurnya yang menjangkau 80an, kadang-kadang terkeluar perkataan dan perbuatan yang menunjukkan dirinya sedang marah. Suatu ketika aku memerhatikan memek rupanya berubah menjadi sayu dan pilu...seakan mahu menangis! Pengalaman apakah yang mak tempuhi dan kisah apakah yang mak ingati, sehinggakan begitu rupa penderitaan yang ditanggung?? Maha Suci Allah, selamatkanlah ibu mertuaku dari azab dunia, azab barzakh dan azab api nerakaMu. Suamiku adalah antara 3 orang anak lelakinya yang cuba menjaga ibu mereka dengan baik. Semoga mak beroleh limpahan rahmat dariNya.. Amiiin..!!

Balik ke rumah kami, sikap suami berubah dan berkelakuan seperti biasa. Kasih-sayangnya menyerlah dan sentiasa bergurau-senda dengan kami. Aku bersyukur kerana kemarau kasih telah berakhir! Menunggu saat dan ketika yang baik, iaitu selepas kami selesai menunaikan solat Isyak, aku bertanya kepada suamiku;

"Babah betul ke tak ade ape-ape dengan Noraini tu?" Tanyaku sambil merenung mata suami sedalam mungkin.

"Hai umi ni.. tak abes-abes pasal tu lagi..?" Balas suamiku.

"Hati umi rasa tak selesa, tak happy la babah.. I just wanna know the truth, may it sweet or bitter. Please tell the truth, k?"

"Umi... Demi Allah babah tak pernah dan insyaAllah tak akan curang terhadap umi. Babah tak ada perempuan lain di hati kecuali umi. Babah tak akan menduakan umi, Ok?" Tangan suamiku siap diangkat seperti gaya orang mengangkat sumpah di mahkamah sewaktu melafazkan kata-kata tersebut!

Aku terkejut dan bersyukur di atas pengakuan suami tercinta, tetapi pada masa yang sama terasa seperti nak ketawa tergolek-golek!! Alhamdulillah, selesai sudah kemelut di hati dan kepercayaan hati diraih kembali. Terima kasih Ya Allah..! Kau makbulkan doaku!

"Tapi, kenapa babah macam tak kisah je dengan anak isteri masa kat rumah mama Fizah?" Soalku inginkan sedikit lagi penjelasan.

"Sebenarnya babah pun tak berapa sihat. Badan tak berapa fit. Nafas pun selalu termengah-mengah sejak balik offshore hari tu. Kat offshore pun babah demam. Babah tak nak bagi tau umi sebab umi tengah demam masa tu, takut umi terbeban pulak asyik fikirkan masalah babah. Tu pasal kadang-kadang babah diam je..." Panjang lebar penjelasan suamiku.

Rasa kasihan serta bersalah menghantui diri. Ku kucup tangan suami memohon ampun dan maaf kerana tersalah anggap terhadap sikapnya. Mungkinkah faktor umur dan kesihatan yang kurang baik menyebabkan aku menjadi terlalu sensitif? Tuhanku, Ampunilah dosaku...

Dua hari sahaja suamiku berada di rumah sendiri, kini terpaksa berangkat ke Miri, Kota Kinabalu, Labuan dan seterusnya offshore demi tugasan menyara keluarga. Hampir 2 minggu kami hanya bertanya khabar melalui talian telefon setiap hari.

Sebaik suamiku terbang ke offshore, jarang sekali mendapat panggilan telefon darinya disebabkan kesukaran sistem telekomunikasi menggunakan internet. Aku seolah seekor pungguk merindukan bulan... Sebak dan rindu rasa di hati setiap kali mendengar suara suami dari kejauhan. Aku rasa ini perasaan biasa yang dialami setiap isteri yang selalu berjauhan dari suami. Sebab itu agaknya bila suami agak kurang mesra denganku dan anak-anak, kami akan cepat terasa hati. Kami sentiasa inginkan kemesraan dalam hubungan kami anak-beranak. Masa untuk bersama terlalu pendek. Setiap detik adalah masa yang amat bermakna bagi kami sekeluarga.

Sepanjang masa babahnya outstation, anak sulungku mengambil tempat mengimamkan aku pada setiap solat fardhu. Di waktu malam abang akan mengulangkaji bacaan al-Qur'an bersamaku. Hatiku terubat dan merasa bahagia selama abang berada di rumah, sebaik menyelesaikan program asasi dan menunggu untuk mendaftarkan diri mengikuti pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan (Engineering) di sebuah IPTA dalam negara. Dari semenjak abang memasuki tingkatan satu di sekolah berasrama penuh, inilah kali pertama abang bercuti panjang. Adiknya masih mengikuti program asasi dan hanya bercuti 3 minggu pada bulan yang lalu. Arghh.... cepatlah masa berlalu. Tak sabar menunggu kepulangan suami ke sisi!

Semoga Allah swt sentiasa merahmati keluargaku di dunia hingga ke akhirat...InsyaAllah!

Semoga Allah swt merahmati pasangan-pasangan suami isteri di luar sana. Semoga segala suka-duka hidup berumah-tangga dapat diharungi dengan penuh kesabaran, kekuatan iman dan sikap bertoleransi di antara suami, isteri dan juga anak-anak yang menjadi tunggak kekuatan serta lambang kasih-sayang setiap keluarga. Mudah-mudahan setiap hari yang kita lalui dipenuhi dengan munajat dan perhambaan kepada Allah swt. Jika kita merangkak dalam mendekati Allah, pasti rahmatNya akan mendatangi kita sepantas berlari.

Perkongsian hidup dalam berumah-tangga umpama gigi dan lidah. Meski sentiasa rapat dan sentiasa bekerjasama, sesekali akan tergigit jua! Apa pun masaalah yang melanda, kita rujuklah pada Yang Esa, memohon belas ehsan dan rahmat dariNya. Kita hadapi dan berbincanglah dengan pasangan kita pada waktu yang sesuai dan butir bicara berlandaskan fakta, iman dan taqwa.

Buat anak-anak gadis serta wanita di luar sana, jagalah budi-bahasa dan tatacara berkomunikasi samada secara berdepan mahupun sekadar ber sms dengan rakan lelaki, pegawai atau ketua jabatan masing-masing. Beberapa patah perkataan yang 'berisiko' boleh mengeruhkan dan mungkin menghancurkan sebuah rumah-tangga orang lain yang sekian lama terbina. Sentiasalah bermuhasabah diri agar kita sedar tanggung-jawab sosial kita dan nilai diri kita dalam masyarakat.

Jangan diganggu suami atau isteri orang melainkan jika benar-benar memerlukan dan dalam keadaan yang terdesak. Jika perlu, gunakan saluran yang betul dengan perkataan yang betul. Apa salahnya jika kawan perempuan kepada seorang lelaki mengambil inisiatif mengenali isterinya dan apabila mempunyai suatu keperluan, mintalah izin dari isterinya untuk memohon bantuan dari suaminya. Begitu juga sebaliknya. Jangan ada yang menjadi mangsa secara sengaja atau tidak sengaja. Sebaik-baiknya setiap lelaki atau wanita yang sudah berumah-tangga perlu mengenalkan pasangan masing-masing kepada para rakan dan sahabatnya, supaya tidak timbul fitnah dan syak wasangka. Takutlah kepada Allah swt kerana Dia Maha Mengetahui setiap hasrat yang tersirat dan setiap sesuatu pasti mendapat balasannya, meskipun dosa atau pahala yang kita lakukan sebesar zarah!

Tidak ada manusia yang sempurna sifatnya di dunia ini. Namun kita cubalah sedaya upaya mendidik hati, akal dan nafsu diri kita, suami dan anak-anak kita agar beriman kepada Allah swt. Setiap kali selesai solat, berdoalah, kerana doa adalah senjata yang ampuh bagi muslimin dan muslimat! Amalkanlah Qunut Nazilah selepas solat kerana Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa dengannya setiap kali baginda dan umat Islam dalam kesusahan.

Mudah-mudahan sketsa di atas memberi sedikit iktibar buat diri dan rakan-rakan serta anak-anak di luar sana. Siapalah diri ini untuk memberi pengajaran dan teladan. Namun apa yang baik kita kongsikan bersama dan yang buruk kita ambil sebagai sempadan.


~ Pada Liku Kehidupan ~

Melihatlah dengan hati yang bertasbih
Bersuaralah dengan lidah yang berzikir
Bergeraklah dengan jiwa yang beriman

Ya Rabb...

Engkaulah Yang Satu
Setiap alir darahku ada roh Mu
Setiap gerak sendi tulangku ada ehsan Mu
Dalam setiap sesuatu ada sifat Mu...


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.







Dengarlah...

Labels: , ,

Dia seorang Paderi, anak kepada Ketua Paderi yang ada 15 buah Gereja di bawah jagaannya...... Dengarlah bicara hatinya bagaimana dia memeluk Islam malah mengislamkan beribu orang2 Kristian lain dan seterusnya mengislamkan ke dua ibu bapanya yang tercinta....

Kasih sayang dan kekuatan hatinya mencari agama yang benar dan kemudiannya berjihad demi Allah swt menjadikan Father Johanis seorang Muallaf yang lebih baik dari orang2 biasa yang secara alaminya dilahirkan dalam keluarga Islam. Dengarlah pengakuannya, semoga kita mendapat iktibar dan menambahkan kekuatan iman dan jihad kita kepada Allah..... Semoga dia dirahmati Allah swt.













"Aku terima nikahnya...." Bahagiakah anda???

Labels: ,

Pernikahan adalah sunnah yang dituntut dalam Islam demi mengelakkan perbuatan zina dan memastikan kesinambungan zuriat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini tidak pupus.

Al Quran telah memberikan gambaran yang cukup jelas mengapa diciptakan kaum lelaki dan wanita. Surah Al Baqarah ayat 187 bermaksud;

".....isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..."

'Pakaian' dalam ayat ini membawa maksud 'keperluan' di antara suami dan isteri di antara satu sama lain, baik dari segi keperluan atau pakaian zahir mahupun batin.

Pakaian pada diri seorang suami bermaksud kemampuan melindungi isteri dan anak-anaknya, kejujuran dan keikhlasan, kasih sayang, amanah memikul tanggung jawab, pendidik, pemaaf, penyabar dan pembimbing. Ke semua sifat suami ini amat diperlukan oleh isteri dan zuriat yang bakal dilahirkan dari perkongsian hidup mereka berdua.

Pakaian bagi seorang isteri pula adalah ketaatan kepada suami, keupayaan menyintai suami dengan ikhlas, naluri keibuan untuk menjaga, mendidik dan mencurah sepenuh kasih sayang kepada anak-anaknya, dan yang terpenting dalam sifat atau pakaian wanita adalah kesabaran.

Hanya kekuatan iman dan taqwa sahaja yang dapat melahirkan akhlak yang mulia di atas untuk menghiasi diri setiap lelaki dan wanita. Kerana itu, Islam menegaskan, kekuatan pegangan agama adalah tunggak atau syarat utama yang perlu dalam memilih pasangan untuk dinikahi sebagai isteri atau suami. Jangan sekali-kali kita berlandaskan nafsu, kecantikan dan harta semata-mata, dalam dorongan untuk memilih pasangan. Pra syarat ini amat penting dalam membina rumah tangga yang 'sakinah' iaitu rumah tangga bahagia dan menjana kelahiran ummah yang soleh dan solehah, insyaAllah.

Kebahagiaan dalam berumah tangga akan berkekalan apabila pasangan saling memerlukan, saling menghormati dan saling menjaga serta melindungi maruah diri dan pasangan masing-masing. Aspek pengurusan dan pembangunan sesebuah keluarga akan pincang jika sesebuah rumah tangga itu dibina tanpa berasaskan keimanan, tanggung jawab, kesabaran serta toleransi di antara suami isteri dan seterusnya anak-anak. Ia akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi goyah dan musnah.

Resepi rumah tangga bahagia:

1- Kepercayaan
Setiap pasangan perlu saling mempercayai antara satu sama lain dan hapuskan perasaan curiga yang boleh menimbulkan perasaan cemburu yang melampau dan perselisihan faham.

2- Kasih sayang dan persefahaman
Pernikahan adalah penyatuan hidup di antara dua manusia yang mungkin berbeza sifat di samping mempunyai kesamaan-kesamaan tertentu. Fahami dan terimalah perbezaan pasangan kita dan cari titik kesamaan dan kesesuaian yang boleh dikongsi bersama. Elakkan dari bersifat egois dan tidak boleh mengalah terhadap pasangan dan anak-anak, kerana itu akan mendorong kepada konflik dalam perhubungan suami isteri serta menjarakkan perhubungan dengan anak-anak.

3- Toleransi dan pengorbanan
Sekiranya timbul perselisihan pendapat di antara suami isteri atau dengan anak-anak, segeralah mencari jalan penyelesaian dengan kembali kepada ajaran Islam. Toleransi dan pengorbanan demi kebahagiaan seisi keluarga amat dituntut dalam Islam. Isteri mesti taat dan menghormati suami. Suami mesti membimbing isteri seandainya tersalah langkah atau pendirian. Anak mesti mentaati dan menghormati ke dua ibu bapanya. Namun, jika suami, bapa atau ibu yang tersalah langkah atau pendirian, Islam tidak pernah melarang mereka dari menerima dan mendengar nasihat isteri atau anak. Islam sentiasa menegakkan yang benar meskipun pahit untuk diterima. Islam juga menggalakkan musyawwarah atau perbincangan dan kata sepakat. Untuk membina keluarga yang bahagia, kita tidak boleh bersifat mementingkan diri sendiri.

4- Mendidik
Sifat mendidik berlandaskan hukum Islam dan berilmu pengetahuan perlu ada pada setiap pasangan dan ibu bapa. Tugas setiap pasangan dan ibu bapa adalah mendidik pasangannya dan anak-anaknya dengan cara berhemah agar menjadi insan yang digariskan oleh Islam. Serlahkan kasih sayang dan kejujuran dalam mendidik ahli keluarga.

5- Masa berkualiti
Dalam kesibukan mencari rezeki untuk keperluan keluarga, kita perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama pasangan dan anak-anak. Kesibukan masa dan jarak yang terpisah di antara pasangan dan anak-anak akan mewujudkan jurang perhubungan di antara keluarga dan ia menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar ditelan waktu. Jangan biarkan pasangan dan anak-anak merasa terpinggir. Kasih sayang dan perhatian sama pentingnya berbanding keperluan wang dan harta dalam melengkapi rumah tangga yang bahagia dan sempurna.

Percutian bersama pasangan akan menyemarakkan kembali ikatan dan perasaan kasih sayang di antara suami isteri. Selama mana pun usia perkahwinan, setiap pasangan perlu memperbaharui perasaan kasih sayang dan semarak cinta di antara mereka, agar mewujudkan hubungan yang saling memerlukan. Sementara percutian keluarga bersama anak-anak pula akan menjadikan anak-anak merasai kehadiran mereka dalam keluarga dihargai dan bermakna. Sedewasa manapun anak-anak, mereka tetap ingin merasa dikasihi dan dihargai.

Kehidupan, dalam aspek apa sekalipun, adalah proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti. Setiap hari setiap pasangan dan ahli keluarga perlu berusaha mempelajari dan mengubah diri menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Mudah-mudahan kita dapat memiliki rumah tangga yang bahagia, 'baiti jannati' iaitu 'rumahku syurgaku..!'

Wassalam.

Gambar pernikahan Elyana ehsan dari budiey.com, ekahwin.com





Aurat: Cara Berpakaian

Labels: ,


Aurat (Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Definisi Aurat Lelaki
Dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah di antara pusat dengan lutut, ini termasuk ketika berada di kalangan lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud, mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian di antara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Definisi Aurat Perempuan

Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:

  • Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan.
  • Di hadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah di antara pusat hingga lutut.
  • Aurat di hadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
  • Aurat di hadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat. Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.
  • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

* Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Justeru itu wanita tidak boleh melunakkan suaranya sewaktu berurusan dengan lelaki bukan mahram. 'Menjual suara' sebagai sumber pekerjaan seperti penyanyi yang menyanyi lagu-lagu yang melalaikan adalah haram (kecuali nasyid dan lagu-lagu yang menyeru ke arah keislaman, pembacaan Al-Quran dengan tujuan belajar dan mengajar) atau dalam hal-hal yang mendatangkan faedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Dalil Al- Quran dan Hadis

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)". (Surah Al-A’raaf : Ayat 26).
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31).

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis riwayat Abu Daud).


Cara Lelaki Islam Menutup Aurat
Kaum lelaki tidak mempunyai masaalah yang besar untuk mencari pakaian yang menutupi aurat mereka memandangkan kategori aurat mereka hanya dari paras pusat hingga ke lutut sahaja. Allah s.w.t tidak memberati kaum lelaki dengan penutupan aurat memandangkan mereka mempunyai tugasan yang besar sebagai ketua keluarga yang harus keluar bekerja untuk menyara kehidupan, di samping mereka juga tidak memiliki bentuk tubuh badan yang boleh menimbulkan syahwat berbanding dengan kaum wanita. Dengan berbaju kemeja samada berlengan panjang atau pendek dan berseluar panjang atau separas lutut, sudah lebih dari memadai bagi seorang lelaki untuk memenuhi syarat menutup aurat dalam Islam.

Cara Wanita Islam Menutup Aurat

1- Menutup tubuh (kecuali muka dan tangan)

Memakai Jilbab: Jilbāb (Arab: جلباب‎) merupakan perbuatan melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) untuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman.


P

enggunaan jilbab dalam kehidupan umum akan mendatangkan kebaikan bagi semua pihak. Dengan tubuh yang tertutup jilbab, kehadiran wanita jelas tidak akan membangkitkan syahwat lelaki. Sebab, naluri seksual tidak akan muncul dan menuntut pemenuhan jika tidak ada faktor yang merangsangnya. Dengan demikian, kewajipan berjilbab telah menutup salah satu faktor yang boleh membawa manusia terjerumus ke lembah perzinaan; suatu perbuatan menjijikkan yang amat dilarang oleh Islam.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis ini, di samping, menunjukkan kewajipan wanita untuk mengenakan jilbab ketika hendak keluar rumah, juga memberikan pengertian jilbab; bahawa yang dimaksud dengan jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. Sebab, jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tidak mungkin wanita itu tidak memiliki pakaian yang biasa dipakai dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak dikategori sebagai jilbab.

Dalam konteks semasa, pakaian jilbab boleh berupa jubah yang labuh, kemeja atau blaus berlengan panjang yang dikenakan bersama sarung atau skirt labuh, seluar panjang atau sebarang pakaian yang longgar (tidak mengikut bentuk badan) dan menutupi bahagian aurat wanita.

Gambar ehsan dari Imani Collections.

2- Menutup aurat kepala (rambut dan muka)

Memakai Tudung: Tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudungnya) ke dadanya."

Walaupun agama Islam mewajibkan pemakaian tudung bagi menutup rambut wanita Islam, namun perundangan setiap negara mengenai pemakaian tudung berbeza-beza.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Jenis-jenis tudung termasuklah: Tudung labuh, mini telekung, tudung bersegi seperti tudung bawal, selendang dan skarf. Cara pemakaian bergantung kepada individu asalkan ia menutupi rambut dan leher hingga ke paras dada.
Gambar ehsan dari Imani Collections.

Memakai Niqab: Niqab (Arab: نقاب‎, niqāb) atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa golongan perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung / jilbab.

Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa dipakai di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom.

Isu pemakaian niqab / purdah di kalangan wanita telah meneruskan membangkitkan perbahasan antara cendekiawan Islam dan pakar undang-undang sejak dahulu sehingga sekarang, samada ia fard (wajib) atau Mustahabb (amat dicadangkan / harus) untuk seorang wanita untuk pakai niqāb.

Cadangan pembelian pakaian Muslimah secara online:

http://imanicollections.wordpress.com/

http://www.najjah.com/shop/

http://www.butikdqaseh.com/

http://butikmuslimahhana.blogspot.com/

Nota: Penulis tidak mempunyai sebarang hubungan / kepentingan dengan butik-butik di atas.





Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."