AL-FATIHAH
*************************

Fadhilat Hari Wukuf Di Arafah

Kerajaan Arab Saudi telah menetap bahawa wukuf di padang Arafah pada 5 Nov 2011 iaitu hari Sabtu , manakala umat Islam di malaysia dan negara islam lain akan beraya pada hari Ahad 6 Nov.
Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H adalah hari berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam.
Fadhilat Hari Wukuf atau Hari Arafah
Pada hari Wukuf yang dikenali juga sebagai Hari Arafah, ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan TIADA HIJAB di antara Allah swt dengan hambaNya. Ia adalah hari paling afdhal untuk beramal soleh, seperti bersolat sunat, membaca Al-Quran serta berdoa memohon ehsan dan rahmat dari Allah swt ke atas diri, keluarga dan sebagainya.
Allah swt memuliakan hari Wukuf (pada setiap 9 Zulhijjah) dan akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah daripada api neraka. Justeru, sebagai kesyukuran di atas kemuliaan Allah ke atas hambaNya pada hari Wukuf, umat Islam menyambut hari keesokannya iaitu 10 Zulhijjah sebagai hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha.
Kelebihan Hari Wukuf di Arafah, tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. Hadis Muslim.
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.
Pada masa yang sama, Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan sahih yang meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t ". Hadis Muslim.
Pada hari raya Aidiladha umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban dan memberi makan fakir miskin serta merupakan hari untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt.
Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka digalak mengerjakan korban”. Hadis Ibnu Abbas.
Hikmah ibadah korban :
Para sahabat Rasulullah saw bertanya,’wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?’ Rasulullah saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud :
“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”. Hadis Ibnu Majah.
Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan menteladani kesabaran Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah swt.
Salam Aidiladha buat semua..
Saturday, November 05, 2011 | 0 Comments
Jom makan Pisang...!
Jangan meremehkan khasiat pisang. Selain menjadi kegemaran sebagian besar atlet kebangsaan dan antarabangsa, kerana ia mengenyangkan tanpa menggemukkan, pisang juga amat berkhasiat bagi kesihatan serta kecantikan.
Pisang tidak hanya mudah dicerna, tetapi juga mengandung 9 kandungan nutrisi dan memulihkan tenaga. Berbanding buah yang lain, pisang lebih mudah dinikmati begitu sahaja tanpa melibatkan proses yang merumitkan.
Sebiji pisang yang matang akan mengandung 99 gram (gr) kalori, 1,2 gr protein, 0,2 gr lemak, 25,8 miligram (mg) karbohidrat, 0,7 gr serat, 8 mg kalsium, 28 mg fosfor, 0,5 mg besi, 44 RE vitamin A, 0,08 mg vitamin B, 3 mg vitamin C dan 72 gr air.
Namun untuk mendapatkan manfaatnya, kita perlu pandai memilih kerana hanya pisang yang matang sahaja dapat mengubah gula darah menjadi glukosa semulajadi, serta cepat diserap ke dalam molekul darah.
Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuningan, kuning bersih atau kuning yang bertompokan warna coklat, bergantung kepada jenisnya. Semua kandungan dalam pisang yang matang dapat memberi beberapa manfaat kesihatan seperti:
1. Sumber Tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat di dalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, menguatkan otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.
2. Ibu Hamil
Wanita hamil dianjurkan untuk banyak memakan pisang atau makanan berasaskan pisang, kerana mengandungi asid folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru justeru mencegah terjadinya kecacatan bayi dalam kandungan.
Sebiji pisang matang mengandungi sekitar 85-100 kalori. Dengan memakan dua biji pisang segar, keperluan sekitar 58 mikrogram asid folat dapat dipenuhi. Di samping itu pisang juga dapat membantu menjaga keseimbangan kandungan glukos dalam darah yang dapat mengurangi 'morning sickness' bagi ibu hamil.
3. Penderita Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua buah pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.
4. Penderita Sakit Ulser
Sebagai buah yang dapat dimakan secara langsung, pisang tidak menyebabkan iritasi atau kerosakan usus bagi penderita ulser usus. Buah ini sering digunakan untuk merawat penyakit usus, disebabkan teksturnya yang lembut, iaitu dengan mencampurkan pisang pada segelas susu cair.
5. Penyakit Lever
Bagi penderita lever, dua biji pisang sehari dengan tambahan satu senduk madu, akan menambah selera makan dan tenaga.
6. Kelecuran / Parut
Khusus untuk mereka yang kulit melecur akibat terbakar, daun pisang amat baik untuk rawatan. Caranya, kulit yang terbakar disapu dengan campuran abu daun pisang (daun dibakar lebih dahulu) dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar. Bagi yang mempunyai parut ringan akibat luka yang baru sembuh pula, boleh menggosokkan bahagian dalam kulit pisang ke atas parut tersebut seterusnya akan menipiskan dan menghilangkan kesan parut.
7. Mengurangkan Stress
Pisang mengandung Potasium, yaitu mineral utama yang membantu menormalkan denyutan jantung, membantu peredaran oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastis sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan memakan pisang, kadar Potasium dalam tubuh akan seimbang.
8. Penyakit Stroke
Berdasarkan The New England Journal of Medicine, memakan pisang setiap hari akan menurunkan risiko kematian akibat stroke sehingga 40%.
9. Mengawal Suhu
Di beberapa negara, pisang dianggap sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan suhu fizikal dan emosi ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil memakan pisang untuk memastikan bayi lahir dengan suhu optima.
10. Meningkatkan Kekuatan Otak
Di sebuah sekolah di Britain, 200 orang pelajar mampu lulus cemerlang dalam ujian akhir hanya dengan bersarapan pisang. Mereka juga kerap memakan pisang ketika waktu rehat di sekolah serta makan tengahari, keranab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.
Pelajar-pelajar dari sekolah tersebut yang dijadikan responden dalam sebuah kajian, telah membuktikan bahwa kandungan potasium pada pisang membuatkan mereka lebih aktif dalam pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
Selain itu, pisang juga bermanfaat kepada dunia kecantikan. Seperti juga pada buah-buahan lain, seperti avokado, bengkuang dan mentimun, pisang juga kerap dijadikan sebagai masker wajah, atau untuk merawat rambut rosak dan melembutkan kulit tangan.
Pisang juga berperanan dalam menurunkan atau menaikkan berat badan. Sebuah kajian telah membuktikan bahwa seseorang mampu menurunkan berat badannya dengan berdiet pisang.
Bila ingin menurunkan berat badan, secara mudahnya makanlah empat biji pisang dan empat gelas susu 'non fat' atau susu cair dalam sehari. Lakukan selama tiga hari dalam seminggu.
Dari pisang dan susu tersebut, kita mendapat 1,250 kalori. Menu ini cukup sihat bagi keperluan tubuh kita. Selain menurunkan berat badan, diet pisang juga membantu kulit wajah menjadi lebih bersih dan tidak berminyak.
Bagi yang ingin menambah berat badan, makanlah segelas 'Banana shake' yang dicampur madu, kacang dan mangga, sesudah makan. Menu ini bila diamalkan setiap hari, akan membantu menaikkan berat badan.
Pisang juga mampu membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin. Kandungan vitamin B6 dan B12 yang terdapat di pisang, dapat meneutral pengaruh nikotin dalam tubuh. Manakala enzim bromelain yang terkandung di pisang pun, terbukti dapat meningkatkan kekuatan tenaga batin kaum lelaki.
Jenis-jenis Pisang

Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang jenis ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang ini ialah kira-kira 5 meter.

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.
Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan.





Perubatan & Kesihatan
Selain itu, bunga pisang boleh direbus dan airnya diminum bagi mengubati penyakit kencing manis. Kulit pisang boleh digunakan untuk merawat kudis. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada kudis, dua atau tiga kali sehari sehingga kudis sembuh.
Buah pisang pula boleh menjadi penyembuh kepada masalah sembelit. Caranya ialah dengan mengisar halus dua biji pisang bersama dua gelas air. Kemudian sejukkan jus tersebut di dalam peti ais selama setengah jam dan amalkan meminumnya sebanyak dua kali sehari. Jus pisang ini boleh melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Di samping itu juga, menurut perubatan Cina, pisang Kaki dipercayai amat berkesan untuk meredakan demam. Serbuk putih yang terdapat di permukaan buahnya baik untuk paru-paru dan jantung. Pisang jenis ini juga dipercayai berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
Kecantikan
Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut, caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala.
Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk wajah yang halus dan licin.
Monday, December 06, 2010 | 5 Comments
Masaalah Buah Pinggang
PENYAKIT BUAH PINGGANG
Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro dan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit kepada buah pinggang, lalu menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.
Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Kita memerlukan pemeriksaan doktor jika menghadapi masalah ini. Kita juga patut membuat pemeriksaan doktor jika pengeluaran air kencing kita berkurangan. Selain disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit), ini juga mungkin menjadi petanda kerosakan buah pinggang atau tersumbat.
Batu karang
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini boleh juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Meningkat tua
Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.
Dialisis buah pinggang
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisisdiperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.
Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.
Pemindahan buah pinggang
Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukanuntuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.
Buah pinggang gagal berfungsi
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).
Antara punca kerosakan buah pinggang:
1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat, dadah, atau sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.
Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.
Tanda-tanda kronik
Pesakit biasanya lemah, sering demam, bengkak pada buku lali, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garis-garis warna coklat dilihat di kuku tangan.
Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.
Kos kewangan bagi setiap kali rawatan dialisis adalah antara RM200 – RM300. Berdasarkan kos RM200 sekali rawatan, kos rawatan 3 kali seminggu memerlukan kos sebanyak RM600 seminggu dan membawa kepada RM2400 seminggu. Ini merupakan bebanan besar bagi pesakit yang tidak berkemampuan. Terdapat beberapa pusat rawatan dialisis yang di kelolakan oleh badan NGO dan kerajaan yang memberikanrawatan secara percuma. Bagaimanapun bilangan pusat ini relatifnya teramat kecil berbanding bilangan pesakit yang memerlukannya.
Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam, tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.
Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.
Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikutipemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya,terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES
1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik
Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan:
| · | Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda. |
| · | Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik: |
Ujian Darah Tahap yang disyorkan
| Glukosa darah | 3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa) |
| HbA1c | Kurang dari 6.5% |
| Kolesterol LDL | Kurang dari 2.6 mmol/L |
| Trigliserida | Kurang dari 1.7 mmol/L |
| Kolesterol HDL | Lebih dari 1.02 mmol/L |
| Tekanan darah | 130/80 mmHg atau kurang |
2. Pemakanan Yang Betul
Mengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).
Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.
Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:
| · | Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan. |
| · | Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda. |
| · | Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian. |
| · | Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang. |
3. Mengawal pengambilan cecair
Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.
4. Makan ubat-ubatan anda
Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.
Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk.
1-Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher Pakar Runding Kanan Nefrologi; 2-Majalah Wanita Julai 1977- m/s 110-112.
Sunday, December 05, 2010 | 1 Comments
Komen Tentang Blog Ini:

*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."

