feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

22 Dis 2011...dan Nadiah Nasaruddin..

Labels: , ,

Bingit!

Bingit sungguh bunyi alarm kat handphone tu! Malas betul aku nak keluar dari selimut. Kat luar hujan mencurah2. Confirm dah pukul 6:00 pagi nih... Perlahan2 aku celikkan mata dan mengatur tapak2 malas ke bilik air....

Bukak je pili (selak kamus: paip air daa...), aku sentuh air. Arrgghhh! Sejuuuukkkk.... Kang tak pasal2 aku amik wudu' dgn air suam kang..? Terkial2 aku menahan sejuk... Jangan buat hal! Sapa yang melengah atau meninggalkan solat sangat berat siksaanNya.

Dah solat Subuh dan Dhuha, dah habis baca Yaasiin. Tengok jam dah hampir 8:00 pagi. Cuaca kat luar sangat redup. Hari ni hari Khamis, so tak payah aku nak susah2kan diri selongkar dapur untuk sediakan breakfast. Babah out station dan anak2 belum cuti.

Aku?
Dah namanya pun hari Khamis, baik puasa sunat. Hmm...sambung balik projek tidur yang terbengkalai. Tak ade sapa pun nak kacau. Syurgaku, duniaku....lalalalaaaa.

Terjaga. Handphone berbunyi...
Adehh... sapa pulak yang tepon nihh..? Malas nak tengok!

Dah 2 kali mati, handphone berbunyi lagi...
Alamak, emergency case ke? Cepat2 amik tepon dan tengok.

Ohh! Babah yang teponnn.... Siaaann babah.

"Assalamu'alaikum Yang....." Aku bagi salam selembut2nya dengan suara yang semerdu2nya... (takut kena marah sebab lambat jawab telepon, ahahaa!)

"Wa'alaikummussalam." Aikk, pendek je jawabnya, dia marah ke?

"Ummi kat mana? Babah call lambat pulak jawab. Ummi tak sihat ke? Ke... dalam bilik air ke..?" Sambung suara di sana, lembuuut je. (Dalam hatiku 'legaaaa...'. Confirm, boss tak marah, ehehee... )

"Tak, lepas Subuh ummi tidur balik, hujan kat sini. Tak ada apa nak buat. Ari ni Khamis, so ummi puasa. Babah?" Kena pandai menjawab dan alihkan topik perbualan, baru suami sejuk hati bila dengar cerita si isterinya 'tidur balik' lepas Subuh!

Tapi betul lah, memang aku puasa sunat pun. InsyaAllah, almost every Monday and Thursday masa tak 'uzur'. . BUKAN nak RIAK pasal ibadah, tapi nak menampal kekurangan amalan aku, di samping mendidik anak2 bujang aku yang 2 orang tu supaya 'MELEKAT' amalan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Mana yang aku dan suami mampu dan rasa mereka juga mampu amalkan, kami cuba terapkanlah. Mulanya memang 'liat', macam air jatuh ke batu lah... lama2 batu berlekuk jugak! Terutama si abang, rajin jugak dia berpuasa sunat. Si adik tu buat jugak, tapi sekali sekala... Haihh..!!! Mudah2an Allah swt menyirami jiwa raga anak2 aku dengan keimanan dan taqwa. Itu doaku, setiap kali habis solat. Fullstop.

"Ohh...ok2. Sori, babah kacau ummi tidur...! Alhamdulillah, babah pun puasa." Eh, suami aku siap mintak maaf pulak? Seronoknya...'umpanku dimakan ikan'.

"Tak ape la, ummi pun dah nak bangun dah! Dah dekat pukul 12:30 tengahari..." Kataku sambil menjeling jam di meja sisi (selak kamus: meja kecik tepi katil lah tuu...). Lama jugak aku tidur rupanya (!).

"Yang, babah nak bagitau ni, Alhamdulillah kakak dapat 8A PMR" Terdengar suara suami bernada riang.

"Ehh... result PMR dah keluar ye? Alamak, ummi lupa laa..! Alhamdulillah! Ok2 nanti ummi call kakak, ucap tahniah..." Wah, aku terlupa rupanya hari ni keluar result PMR. Itulah padahnya asyik 'membuta' aje selepas Subuh tadi!

"Ok Yang, bye...assalamu'alaikum." Tuuuutt... Dah tak ada suara babah lagi dah.

"Wa'alaikummussalam...." Jawab aku dalam hati.

Kakak.
Nama penuhnya Nur Nadiah Natasya Bt Nasaruddin. Maknya cikgu Nur Hafizah Bt Hamri, adik suami aku. Jadi, cikgu ni adik ipar aku. Bermakna 'kakak' tu anak sedara aku lah! Hihihiii....

Aku check balik telepon... ada sms berbunyi: "Assalamu'alaikum. Alhamdulillah. Kkak ucapkn rbuan trima ksh krna doa yg sntiasa mengiringi kkak. Kkak dh brjaya mndpt 8A. Trima ksih skli lgi krna sntiasa * some text missing* "

Aku nak aje call kakak, nak ucapkan tahniah. Tapi mood aku masih mood tidur! Sifat buruk aku bila baru bangun tidur, aku MALAS nak tepon orang atau menjawab telepon, kecuali suami! Lagi pun, kalau kakak dengar suara aku, sah2 dia tau aku baru bangun. Kantoi! Dengan anak buah ni kena tunjuk contoh yang bagus2 je... (Walaupun lepas ni dia mungkin tau 'rahsia' aku selepas dia baca coretan aku nih, aku dah tak kesah lah...). Mood tidur aku dah lama terbang, hehe...

Cepat2 aku sms kakak.... lambat2 kang kecik hati pulak anak dara manis aku tuh...

"Alhamdulillah. Congratulation kkak. Smga terus bjaya dlm SPM nti. Jgn lupa wat solat syukur kpd Allah. Tk care."

"Tq umi. Tcare jgak tau. I Lebiu umi... " Jawab kakak. Sms jugak.

Apa pun, kejayaan kakak memang dalam jangkaan aku dan keluarga kami. Kak Nadia ni memang cemerlang dari sekolah rendah lagi. Sebut apa saja aktiviti yang dia sertai, insyaAllah kakak akan dapat juara. Paling teruk pun 2nd place... contohnya untuk pertandingan Pidato Sekolah Menengah peringkat Negeri 2011. Walhal dia naik stage tanpa latihan sebenarnya. Dengar cerita kelakarnya, dia dapat text pun sehari sebelum pertandingan. Apa masalah cikgu yang bertugas tu pun tak tau lah, macam tak ada responsibility langsung! Tapi nak menang.... Aku marah sangat dengan cikgu yang berperangai macam ni.... Mentang2 anak murid bagus, cikgu jadi over confident pulak, apa laa..?

Allah swt Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Saksama. Kakak dari kecik lagi mempunyai sifat2 terpuji yang agak extra. Mamanya kerap membiarkan dia tidur di rumah neneknya (nenek sebelah babahnya) untuk menemani nenek yang selalu keuzuran. Sejak dari darjah 2 atau 3, kalau tak silap aku. Dia jugalah yang selalu terpaksa ponteng sekolah kerana menjaga neneknya tu...

Dia juga satu2nya cucu Nenek Ma'ah (Mak kepada En Nasaruddin Bin Lihem, hehe...), yang berani mencucuk insulin dengan jarum ke dalam salur darah nenek Ma'ah tanpa perasaaan ngeri... sedangkan dia baru berusia 11 tahun lebih ketika tu.

Pada masa yang sama kakak sangat2 perihatin dan sentiasa menjaga dan menyelia makan minum Tok Yah (Mak cikgu Nur Hafizah Bt Hamri, merangkap mak mertua aku lah tu...). Walau pun ada pembantu rumah yang menguruskan penyediaan makan pakai mak (kakak dan cucu2 memanggilnya 'Tok Yah'), kakak selalu akan menyuap sendiri nasi ke mulut Tok Yah semasa kakak berada di rumah.

Usia yang lanjut (hampir 80 tahun) dan ujian dari Allah swt menjadikan mak 'lupa' pada realiti dan persekitaran. Kakak jugak lah yang secara IKHLAS tanpa disuruh, TANPA mengira masa (siang, malam, malah dinihari...) 'membersihkan' Tok Yah, serta memandikan Tok Yah. Sedangkan anak2 dan menantu2 mak (termasuk aku!) pun, kadang2 melayani mak dengan perasaan 'terpaksa' terutama jika terpaksa menguruskan mak di tengah2 malam... (korang jangan terasa hati, aku cakap yang betul, dari instinct dan pemerhatian aku...).

Add Image
Itulah kakak. Memang Allah swt Yang Maha Berkuasa telah menciptanya dengan sifat2 yang terpuji. Setakat hari ini. Harap2 sifat2 terpuji tu berkekalan hingga ke akhir hayat kakak. Seorang anak serta cucu yang AMAT baik budi pekertinya. So, that's why aku tak heran sangat bila kakak dapat 8A PMR.

Reward dari Allah swt kepada kakak mungkin!

I love U kakak.
Bukan sebab kakak dapat UPSR 5A, PMR 8A, tapi kerana diri kakak. Kakak anak yang baik. Anugerah Allah swt yang dipinjamkan buat mama dan babah kakak. Semoga kakak bahagia di dunia dan akhirat!

Ummi.










Mencipta Kejayaan Pelajar (1).

Labels: , ,

Seorang jiran saya baru saja berangkat ke Tanah Suci Makkah pad hari Khamis yang lepas. Untuk menunggu giliran menunaikan haji terlalu lama mereka rasakan, sementara tiba giliran haji, mereka sekeluarga terlebih dahulu berangkat menunaikan umrah. Mungkin itu sebagai sebahagian dari cara mereka mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi setelah perniagaan mereka berkembang maju dan anak sulung mereka mencapai semua A dalam 11 matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM 2010 yang baru lalu. Alhamdulillah... Mudah-mudahan umrah mereka mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt.


Apa yang saya perhatikan dari keluarga jiran saya sepanjang 7 tahun mengenali mereka, dapat saya simpulkan seperti berikut;

Mereka adalah keluarga yang bersederhana dalam segala perkara, tetapi menitik beratkan aspek agama dalam amalan harian, termasuk cara mendidik anak-anak. Sentiasa bersyukur dengan takdir yang diterima tetapi tidak pernah menyerah kalah dengan nasib, justeru mereka sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan keluarga dalam segala aspek.

Saya perhatikan Sufiah adalah seorang isteri dan ibu mithali... dalam kehidupan dunia hari ini yang serba mencabar dan penuh materialistik, Sufiah begitu setia dalam menemani suaminya menghadapi jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan. Dia tidak cepat melatah. Kesabarannya diiringi doa-doa, solat sunat dan solat hajat memohon kasihan belas dan bantuan dari Yang Maha Esa agar keluarganya sentiasa diberkati Allah.

Sebagai seorang ibu saya dapat menyelami hati dan perasaan Sufiah yang mungkin bersedih kerana pencapaian anak sulungnya belum di tahap maksima dalam ujian UPSR dan peperiksaan PMR. Namun berkat usaha, didikan dan doa darinya sebagai seorang ibu, Sufiah kemudiannya berjaya menuai hasil yang diharapkan dari anaknya yang ke dua, yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008. Jelas tergambar keceriaan dan kesyukuran di wajah Sufiah sewaktu menyampaikan berita gembira tersebut kepada saya. Alhamdulillah...

Kejayaan adiknya Fadhli rupanya telah membakar semangat si abang sulung, Hanif. Dari seorang yang digambarkan oleh ibunya sebagai seorang yang agak leka dalam pelajaran, kini Hanif berubah menjadi pelajar yang begitu fokus dalam pelajaran. Bermula dari tingkatan 4 lagi, Hanif mula mengubah corak kehidupan hariannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di rumah dan di waktu terluang di sekolah, manakala masa selang di antaranya dihabiskan dengan bersolat sunat (selain menunaikan solat fardhu 5 waktu), membaca Al-Quran serta membaca Yasiin setiap kali selesai solat Maghrib.

Perubahan pada anak remaja ini begitu ketara. Wajahnya saya lihat begitu berseri dan ceria. Perilakunya nampak begitu tertib dan matang, berbanding setahun yang lalu. Jika remaja lain sibuk menonton televisyen selepas berbuka puasa di bulan Ramadhan, namun Hanif mengikut ibu dan bapanya mengerjakan solat Terawih dan sekembalinya dari masjid dia akan menyambung pembacaan Al-Quran sehingga menurut ibunya dia sempat khatam Al-Quran 3 kali sepanjang bulan Ramadhan 2010.

Saya cuba membayangkan andainya anak-anak saya sehebat perilaku Hanif, tentunya saya juga akan menjadi ibu yang amat bersyukur kepada Allah swt. Tidak dinafikan anak-anak saya juga mengamalkan sedikit sebanyak amalan yang baik serta selalu mengimami keluarga sewaktu bersolat di rumah, namun mereka belum lagi dapat mengkhatami Al-Quran sehingga 3 kali pada satu bulan, terutamanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah. Walaupun begitu, saya tetap mendoakan suatu hari nanti anak-anak saya juga akan dijangkiti kehebatan remaja bernama Hanif ini. Sesungguhnya kata-kata dan doa seorang ibu adalah senjata yang paling tajam dan tinggi nilainya di sisi Allah swt. InsyaAllah..!

Kecemerlangan yang dicapai oleh Hanif dalam SPM 2010 sudah saya jangkakan dari awal lagi. Namun remaja ini sungguh mengkagumkan. Di samping tidak pernah riak dengan kejayaan yang dicapai, dengan penuh hormat dia bertanyakan ibunya apakah jurusan yang disukai oleh ibunya dan dia akan mengikuti jurusan tersebut. Minatnya akan dipupuk berdasarkan keinginan ibunya! Subhanallah... sewaktu menulis rencana ini airmata saya hampir menitis lagi... membayangkan wajah Hanif, seorang remaja yang tinggi keimanannya, bijak, tampan, berbudi pekerti mulia, serta begitu menghormati dan patuh kepada ibunya. Hanif menerima tajaan MARA dan memilih jurusan kedoktoran seperti yang diingini oleh ibunya. Berbahagialah Sufiah mendapat anak yang begitu cemerlang dari segi rohani dan jasmaninya. Semoga Hanif berjaya mencapai cita-citanya, insyaAllah...

Sebenarnya kejayaan Hanif bermula dari kesedaran dalam diri remaja ini sendiri. Usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Setengah orang memang dilahirkan alaminya sebagai seorang yang bijak. Namun lebih ramai pula orang biasa yang berjaya kerana benar-benar berusaha untuk mencapai apa-yang mereka impikan. Tidak kurang pula orang yang dilahirkan bijak kecundang dalam hidup mereka disebabkan sifat lalai dan ego dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan kepada mereka. Mereka sebenarnya telah mensia-siakan kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri.

Bagi anak-anak di luar sana yang bergelar pelajar, baik di bangku sekolah mahupun telah berjaya memasuki kolej dan universiti, sedarlah bahawa kehidupan ini amat singkat! Masa berlalu begitu pantas. Selagi berupaya dari segi mental, fizikal dan kewangan, sentiasalah berusaha dan kejarlah kejayaan dalam bidang yang kalian minati. Niatkan pencarian ilmu dan usaha yang dibuat itu sebagai suatu ibadah kepada Allah swt. InsyaAllah usaha kalian akan diberkati. Andainya ada yang kecewa, berusahalah lagi kerana kekecewaan adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup. Kejayaan TIDAK datang BERGOLEK, ia harus diusahakan dan selagi belum berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, kita harus meningkatkan usaha dan mencuba berbagai kaedah yang lebih proaktif agar membuahkan hasil yang optimum.

Jika sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selamanya, manakala jika sekali kita cemerlang tidak bermakna kita akan terus cemerlang... Kesinambungan kejayaan hanya terjamin hasil dari usaha yang BERTERUSAN. Jangan kita lalai dalam sejarah kejayaan semalam... Kehidupan adalah perjuangan yang tidak berpenghujung. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan dunia ini yang penuh persaingan.

Renungan:
Dalam satu eksperimen, seekor monyet yang lapar diletakkan dalam sebuah sangkar bersama sebiji pisang yang digantung tinggi. Pada suatu sudut di dalam sangkar itu juga diletakkan beberapa buah kotak. Pada mulanya monyet itu melompat-lompat untuk mencapai pisang tersebut namun tidak berjaya. Akhirnya dia duduk terdiam dan memerhati keadaan sekitar sangkar itu. Tiba2 dia menarik kotak2 lalu menyusunnya bertindih2 menjadi tangga. Monyet itu kemudiannya memanjat kotak2 tersebut dan berjaya mendapatkan pisang yang tergantung tinggi itu!

Kesimpulannya, monyet sebagai haiwan boleh berfikir dengan mengaitkan kegunaan kotak2 dalam usahanya mendapatkan pisang yang tergantung jauh darinya. Kita adalah manusia yang dilahirkan dengan sifat dan otak yang jauh beribu kali lebih bijak dan sempurna berbanding dengan monyet....jangan kita persiakan kelebihan yang dianugerahkan Allah swt kepada kita dalam mencipta kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Salam untuk anak-anak pelajar. Semoga diberkati Allah swt..

>> Akan menyusul: Mencipta Kejayaan Pelajar (2) - Menyingkap teknik dan masa belajar, serta cara pemakanan pelajar cemerlang, bersumberkan kajian dan saranan beberapa pakar motivasi.





Kelmarin Yang Hilang...

Labels: ,

23hb Mac 2011, seperti tahun-tahun yang lalu.. ada yang menangis, ada yang tersenyum dan ketawa riang! Pelajar, ibu-bapa dan guru-guru saling memberi ucap selamat, tahniah dan tidak kurang yang memujuk dengan kata-kata perangsang agar terus berusaha.. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang. Tahniah kepada yang cemerlang dan tingkatkan usaha kepada yang kurang berjaya! Ada cerita yang ingin kak su kongsikan bersama pengunjung laman ini....

Gambar atas: Anis Ajeerah bersama Ummi di hari pernikahan saudara baru-baru ini.

Anis... anak gadis yang serba sederhana. Tingkah-lakunya baik, pandai mengambil hati orang dan mudah tersenyum. Memandang wajah Anis membuatkan hatiku bahagia dan sayu. Bahagia kerana Anis telah mengisi kekosongan 'hati ibu' yang selama ini merindui kehadiran seorang anak gadis, kerana kedua-dua anakku adalah lelaki. Jadi, keinginan merasai pengalaman mempunyai anak gadis terlaksana sudah dengan kehadiran gadis manis bernama Anis. Sayu.. kerana meskipun bahagia, namun seketika cuma..

Di siang hari Anis banyak meringankan bebanan kerja rumah ku. Anak gadis yang ringan tulang ini jelas ikhlas membantuku, baik mengemas rumah mahupun memasak di dapur. Meskipun jarang ke dapur kerana selama ini Anis tinggal di sekolah berasrama, namun di rumahku dia sentiasa bersifat ingin membantu dan ingin menguasai kepakaran memasak. Kehadiran Anis aku manfaatkan dengan didikan bersolat jemaah dan membaca Yaasin pada setiap hari selepas subuh dan Maghrib, serta berzikir bersama. Di lewat malam kami akan bersama menunaikan solat Tahajjud dan hajat.

Diharapkan sedikit sebanyak Anis dapat memanfaatkan pengalamannya sepanjang tinggal bersamaku di rumah ini dalam kehidupan hariannya, di mana sahaja dia berada. Kebahagiaan yang hakiki adalah apabila kehidupan seseorang insan itu diberkati oleh Yang Maha Pencipta. Justeru apabila hidup diberkati, hati akan dikurniakan ketenangan dan sifat bersyukur kepada Allah s.w.t. Apa sahaja rintangan kehidupan akan dapat diatasi dengan sabar dan mendapat bantuan dariNya.

Beberapa hari kebelakangan ini Anis Ajeerah seperti tidak senang duduk.. Mungkin hatinya berdebar-debar menanti hari keputusan SPM diumumkan. Malah dia tidak berani ke sekolah untuk menghadapi kemungkinan yang bakal diterima. Dipujuk ayahnya supaya mewakili diri mengambil keputusan SPM-nya. Sebaik mengetahui keputusannya, jelas ternampak riak wajahnya berbaur. Tergamam, sedih dan gembira..! Sebaik gagang telefon diletaknya aku menghampiri gadis yang mesra disapa sebagai kakak itu dan bertanya, " Kakak dapat berapa A..?"
Dia tergamam lagi dan akhirnya menjawab, " 7A ummi..."

"Alhamdulillah.! Ok lah tu kakak.." Kataku.

"Ye, alhamdulillah.. Cuma, kalau dapat 8A lagi bagus, kan ummi..?" sambung Anis sambil mengeluh.

"Kakak dapat apa yang kakak telah usahakan. Kalau ingin lebih berjaya, berusahalah dengan lebih gigih semasa di universiti nanti.."

"Boleh masuk universiti ke ni ummi?" Tanya Anis lagi.

"InsyaAllah.. Subjek Sains dan Math semuanya A, so.. ada harapan lah tu.. Pergi naik atas dan buatlah solat syukur kepada Allah. Mohonlah keberkatan dari Allah, ok..?" Aku memujuk hati Anis yang kerisauan.

Anis akur dengan kata-kata berbau perintah itu. Jelas sekali dia anak yang baik. Bertuah ibu yang melahirkannya ke dunia... Pada malam itu aku memberi beberapa panduan asas kepada Anis dalam pemilihan kursus yang bakal dipilihnya dan peluang serta saingan kerjaya yang berkaitan dengan kursus-kursus pilihannya. Anis memilih untuk samada mengambil kursus perakaunan, perbankan atau analisa pelaburan.

Anak gadis ini sebenarnya mempunyai minat yang mendalam di bidang keusahawanan, bersesuaian dengan pendidikan di bidang perakaunan yang diterimanya di Sekolah Teknik yang dihadirinya selama 2 tahun, dari tingkatan empat ke tingkatan lima. Pencapaiannya yang kurang memberangsangkan semasa PMR menjadikan Anis menjadi lebih optimis dan berusaha lebih keras untuk memperbaiki kejayaan diri dan keluarga! Bapa Anis adalah pesara tentera yang kini menyara kehidupan keluarga seramai 6 orang dengan memandu teksi. Ibu Anis pula bekerja sebagai kerani di Lembaga Hasil Dalam Negeri di bahagian Sumber Manusia. Kehidupan mereka penuh kesederhanaan.

Sebaik mendapat keputusan SPM, Anis berhasrat untuk bekerja sambil belajar demi membantu menyara keluarganya. Kakaknya masih meneruskan pelajaran di sebuah Politeknik dan 2 orang lagi adik-adiknya sedang berada di bangku sekolah menengah. Namun aku menasihati Anis supaya memberi tumpuan kepada pelajaran berdasarkan keputusan yang dicapainya. Biarlah dia membantu ibu-bapa dan keluarganya sebaik selesai ijazah pertamanya nanti. Dengan sijil SPM yang digenggamnya, berapa sangatlah gaji yang bakal diterima Anis sedangkan pada masa yang sama dia juga perlu bertarung dengan masa dan tenaga untuk fokus kepada pelajarannya. Takut nanti "yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.."

"Sementara ibu dan abah masih mampu menyara, kakak belajarlah dulu, supaya usaha yang kakak lakukan selama ini berbaloi dan kejayaan yang dikejar dapat menjadi kenyataan! Sesudah itu barulah boleh menumpukan pula kepada usaha menyara diri dan keluarga." Kataku kepada Anis.

"Ok ummi.." Balas Anis sambil tersenyum.

Sewaktu mengemas bilik setor di rumahku, Anis terjumpa peralatan memasak dan berbagai barang keperluan lain yang pernah aku gunakan sewaktu menjalankan perniagaan suatu ketika dahulu. Matanya bulat bercahaya dan terus bersuara.. "Ummi, kak Anis nak berniagalah! Barang-barang yang ada ni cukup untuk kakak mulakan perniagaan, sementara dapat sambung belajar di mana-mana U... Kak Anis nak mula secara kecil-kecilan dulu, boleh...?"

"Kakak nak berniaga apa dan di mana?"

"Air minuman boleh, Nasi lemak boleh. Yong taufu boleh, otak-0tak boleh...., pisang goreng pun boleh, ummi!" Balas Anis penuh bersemangat!

"Haihh budak ni.. ikutkan barang yang ada memang kakak boleh berniaga macam-macam... tapi, mampu ke? Ada kepakaran, pengangkutan dan pekerja?" Tingkah kak su, bukan mematahkan semangat tetapi supaya Anis lebih realistik dan berperancangan.

"Kalau modal kewangan dan peralatan ada pun, tak lengkap jika tak ada kepakaran dan pekerja, kakak...! Kakak kena ada kedai atau gerai, pengangkutan dan pekerja, barulah perniagaan tu boleh berjalan lancar. Kalau nak mulakan secara kecilan pun kakak perlu ada tempat atau lokasi untuk berniaga dan pastikan ada ramai atau pelanggan yang cukup yang memerlukan kepada perkhidmatan dari perniagaan kakak tu! Di kawasan perumahan ummi ni tidak dibenarkan berniaga kerana di sini kawasan perumahan yang tertutup dan berpengawal. Kakak perlukan kereta sekurang-kurangnya untuk mobilisasi diri dan keperluan perniagaan, betul...?"

Panjang pula kuliah keusahawanan kali ini... (Dalam hati, terasa nak tergelak memandang muka Anis yang begitu serius mendengar kuliahku! Tetapi aku juga terasa sedih kerana tidak dapat membantu merealisasikan impian dan semangat Anis untuk memulakan perniagaannya dalam jangka masa terdekat).

"O00oo, betu, betul, betul..." sahut Anis panjang bak dialog 'Upin dan Ipin' pula bunyinya...

"Nantilah, bagi ummi sedikit masa untuk persiapan perniagaan kakak. InsyaAllah ummi dan akan bincang dengan babah bila babah balik nanti. Sabar ya..?"

"Ok ummi..!" Balas Anis dengan penuh keceriaan.

Keesokan harinya aku mendapat panggilan telefon dari ibu Anis di KualaLumpur, memaklumkan nenek Anis di kampung tidak begitu sihat, menghidapi penyakit paru-paru berair dan sedang keuzuran. Nenek Anis sebenarnya sudah berumur pertengahan 70an, meskipun begitu, beliau adalah seorang guru mengajar Al-Quran yang dedikasi. Anak-anaknya yang tinggal berjauhan kerana tuntutan pekerjaan dan mengikut suami masing-masing, sudah seringkali mengajak ibu mereka tinggal bersama mereka agar senang menguruskan makan minum dan kebajikan ibu mereka. Namun, kerana ingin terus menabur bakti mengajar Al-Quran kepada anak-anak kampung yang dahagakan ilmu, nenek Anis tidak berganjak dari rumah peninggalan suaminya itu. Hidupnya dipenuhi amalan kebajikan untuk anak-anak tersebut. Justeru mendengar berita keuzuran nenek Anis ini, aku menjadi serba salah serta merasakan perlu melakukan sesuatu.

"Kak Anis... kakak nak berbakti pada nenek tak?" Aku bertanya memulakan perbincangan.

"Nak, tapi macamana ummi?" Sahut Anis.

"Kak Anis sedang bercuti panjang kan? Keputusan untuk kelayakan memasuki universiti pun masih lambat lagi.. Jadi, ummi rasa ada baiknya kakak balik kampung menghabiskan baki cuti 6 bulan ni, supaya kakak boleh jaga kebajikan makan minum nenek. Kesian nenek... sorang-sorang di kampung, sakit peningnya tak ada siapa tempat dia bergantung harap, kak...." Aku cuba memancing perhitungan Anis.

"Ummi tau kakak teringin nak berniaga atau bekerja sementara untuk mengumpul duit, tetapi pada fikiran ummi, kalau kakak berbakti pada nenek, fadhilatnya amat besar..", sambungku lagi.

Anis termenung lama.

"So, what's your decision..?" Gesaku.

"Anis ok aje ummi, sementelah neneklah yang jaga Anis semasa Anis kecik-kecik dulu.." Jawab Anis.

"Sebenarnya abang Aqbar pernah menghadapi keadaan sebegini, kakak. Sewaktu neneknya sakit, abang Aqbar tangguhkan niatnya untuk bekerja sewaktu menunggu keputusan SPMnya tahun lepas. Dia balik kampung dan menjaga neneknya siang dan malam, selama 2 minggu di hospital dan satu bulan setengah di rumah nenek di kampung. Sebaik kesihatan nenek agak mengizinkan untuk perjalanan jauh, barulah ummi dan babah membawa nenek ke sini..." Aku bercerita mengenai anakku kepada Anis supaya dapat menyemarakkan semangat Anis untuk berbakti kepada neneknya. Ku rasakan selain keperluan material, keperluan didikan sahsiah dan keagamaan amat perlu diterapkan kepada anak gadis yang berhati mulia ini. Mudah-mudahan dia kembang mewangi di celah-celah debu kehidupan semasa yang penuh pancaroba dan materialistik.

Anis tersenyum sambil bertanya, "Abang Shafiq pun jaga nenek ke ummi?"

"Oh, abang sedang menghadapi peperiksaan pada masa tu. Sebaik abang selesai paper akhir, babah menjemput abang pulang ke rumah nenek! 2 hari kemudian abang terpaksa kembali ke Uia untuk menyiapkan beberapa assigments yang belum selesai. Tapi, 2 minggu kemudian abang Shafiq dapat memberi sepenuh perhatian dan menjaga neneknya selama 3 minggu sewaktu cuti semester. Pagi-pagi abang volunteer untuk bangun memasak dan menyediakan breakfast, serta menyuapkan ubat dan supplement kepada nenek. Sementara tengahari dan malamnya kami bersama-sama menjaga nenek. " Jelasku kepada Anis.

"Ooo.. kakak rasa kakak pun boleh masak dan jaga nenek di kampung! Mesti nenek seronok kalau kakak balik kampung dan dapat berbakti pada nenek, kan ummi?" Ada getaran di hujung suara Anis.. Aku dapat rasakan perasaan Anis berbaur seronok dan sedih. Seronok kerana didorong perasaan ingin berbakti pada neneknya, tetapi sedih kerana terselit perasaan takut, bimbang dengan keuzuran neneknya yang ternyata begitu ketara di akhir-akhir ini..

"Kakak, janganlah bersedih.. kita bagi yang terbaik ok? Selebihnya kita berserah kepada Allah. Ajal maut semuanya di tangan Illahi... Kita sama-sama doakan supaya nenek cepat sembuh, ok?" Aku mengusap bahu Anis untuk mententeramkan perasaannya.

"Ummi... sebenarnya Anis bermimpi gigi Anis tercabut, takutlah...!" desus Anis resah.

"Ummi dan ibu pun ada bermimpi perkara yang sama kak.. Memang kadang-kadang mimpi bertindak sebagai pedoman dari Allah s.w.t untuk memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku terhadap diri dan orang-orang yang kita sayangi... Tapi ia juga boleh datang dari mainan jahat syaitan yang ingin memesongkan 'aqidah kita kepada kurafat. Kita harus percaya kepada qada' dan qadar... Ambil ia sebagai pedoman untuk lebih berjaga-jaga dan bersedia, tetapi jangan pula kakak percaya sepenuhnya, ok? " Aku cuba mententeramkan perasaan Anis, namun jauh di sudut hati aku juga berkongsi ketakutan dan kesedihannya.

Aku tahu Anis takut memikirkan kemungkinan melalui peristiwa yang sama dengan aku dan anak-anakku... Kami telah kehilangan nenek anak-anakku.. iaitu ibuku, setelah 6 bulan kami menjaganya dengan penuh kasih sayang... Belum puas kami menabur bakti, Allah s.w.t telah menjemput ibu dengan kasihNya yang melimpah-ruah.. (Semoga ibu damai di sana..). Harapanku semoga nenek Anis sembuh dan dilimpahi kasih sayang Allah s.w.t. Aku juga amat sayang pada nenek Anis! Anak-anak buahnya yang lain memanggilnya 'mak su' tapi aku dan adik beradikku memanggilnya 'mak'...! Hubungan kami amat erat sedari kami adik-beradik masih kecil. Kasihku padanya umpama ibuku yang ke dua...

Setelah mendapat restu dari ibunya, Anis akan pulang ke kampung. Aku mendoakan Anis sentiasa diberkati Allah s.w.t dalam menempuh liku-liku kehidupannya. Sifat-sifat terpuji Anis tersemat di ingatan, manakala sikapnya yang terbuka serta mudah ditegur dan diajar menjadikan gadis manis ini amat istimewa dan unik. Bawalah Anis ke mana sahaja, insyaAllah dia akan dapat menyesuaikan dirinya dengan mudah. Kelmarin Anis masih berada dirumah ini, tersenyum serta bergurau mesra. Hari ini rumah ini terasa begitu sunyi dan kosong! Aku seakan mencari wajah Anis di segenap ruang, namun Anis telah membawa pergi secebis hatiku bersama kelmarin yang hilang...

Ummi rindu pada Anis!


p.s: Anis adalah anak sepupuku...





Terima Kasih Abang!

Labels: ,

Bangun saja pagi ini, ummi rasa sunyi je rumah, hati pun terasa kosong tak bermaya.. Pagi semalam bila ummi bangun, abang dan adik masih ada bersama. Selepas solat subuh berjemaah (pagi semalam turn abang jadi imam kat rumah), kami breakfast bersama. Simple saje menunya; sekadar roti dengan scramble eggs dan Horlicks panas) tetapi hati kami seronok dan bahagia... cuma.... rasa tak lengkap sebab babah tak ada bersama.

Semalam, pagi-pagi lagi (6:50 pagi) abang naik teksi (uncle Roslin) bersama adik dari Melaka ke Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.. tanpa ummi ikut bersama. Mulanya memang babah merancang nak drive dari Melaka ke PJ dan ummi pun nak ikut, tapi tiba-tiba pulak babah on emergency call for offshore duty dan ummi pulak tak berapa sihat, so abang volunteer diri untuk uruskan adik di UIA PJ, sementelah abang pun tinggal 2 hari saja lagi nak habiskan semester break dan nak balik ke UIA juga (sepatutnya petang ni lah).

Dari A-Z abang telah sempurnakan pendaftaran adik semalam (siap bagi tambahan pocket money pada adik lagi!). Ummi sentiasa mendapat 'update' dari abang. Allah s.w.t Maha Pengasih! Adik dapat tinggal di Kolej Kediaman yang sama dengan abang, pada aras yang sama dan bilik adik di depan pintu bilik abang! Walaupun abang akan berada di situ hanya beberapa bulan saja lagi (insyaAllah selepas ini abang akan ke kampus induk UIA di Gombak), namun sempatlah abang menjaga kebajikan dan memberi tunjuk ajar kepada adik pada peringat awal ini... Syukur Alhamdulillah! Semoga Allah s.w.t sentiasa menyemarakkan kasih sayang dua beradik ini dengan penuh keberkatan di jalan Allah..

Adik sebenarnya sudah 5 bulan belajar di Matrikuasi Negeri Sembilan (Kuala Pilah) dalam jurusan Biological Science. Dalam masa yang sama adik juga apply untuk masuk foundation di UIA dalam bidang yang sama. Bila dapat masuk UIA seperti yang dicita-citakannya, apalagi di Universiti yang sama dengan abangnya, memang seronok sangatlah adik... Senyumnya sampai ke telinga...! Jangan lupa solat syukur ya adik..?

FAMA (singkatan untuk Father n Mother!) sebenarnya dah terasa 'fenin-fenin' lalat, terutama bila memandangkan baru lima bulan sudah, banyak juga perbelanjaan dikeluarkan untuk mendaftarkan adik di KMNS. Bayaran yuran, pembelian 'uniforms', kasut, kelengkapan diri, dan buku-bukunya... Lain tempat belajar lain pula buku-buku yang perlu digunakan... Erm... duit poket abang dan adik pun mesti bagi jugak ni.. Haih..! asyik bocor aje poket FAMA ni, dari tahun lepas... Hehe! Apa pun, tak kisahlah, asal adik seronok belajar dan demi kebaikan masa depan adik (dan abanglah!).

Abang dan adik memang tak berminat untuk ke luar negara untuk ijazah pertama. Tapi, bila dah graduate nanti ummi harap mereka sambunglah belajar sekurang-kurangnya sampai ijazah ke dua (Master) di luar negara. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dah matang pun anak-anak ummi masa tu.. Ke mana pergipun hati ummi kuranglah tahap kerisauannya... Dengan harapan iman pun sudah kukuhlah di jiwa pada waktu tu... Walau di manapun abang dan adik berada, dahulukanlah perintah Allah s.w.t. Dia Yang Maha Pencipta yang menjadikan kita dari unsur yang hina (awalnya dari tanah, kemudian dari setitik air mani), lalu dimuliakanNya kita sebagai hambaNya yang bertaraf Khalifah, mengetuai segala makhluk di bumiNya. Namun ingatlah, pengakhirannya bergantung kepada sebanyak mana amal kita yang dibawa...

Semoga abang dan adik TIDAK LALAI dari tanggungjawab sebagai HAMBA ALLAH yang PATUH kepadaNya. Dalam mengejar ilmu dan kemewahan dunia, kita selaraskan juga dengan mengejar ilmu dan kemewahan akhirat. Ummi dan babah sentiasa doakan abang dan adik cemerlang dalam pelajaran dan berjaya di dunia dan akhirat. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.


Ummi terhutang budi sangat pada abang! Tersentuh sangat hati ummi melihat keikhlasan dan kesanggupan abang bersusah payah untuk adiknya semalam... Malah abang menghulurkan duit biasiswa pengajiannya untuk semester lepas (RM 1200) kepada ummi untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan keluarga... (Ummi ambil duit tu... tapi ummi masukkan dalam akaun ASB abang!). Apa pun, keikhlasan dan kasih sayang abang pada ummi dan keluarga tetap ummi sanjungi ke akhir hayat ummi... Semoga abang diberkati Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Terima kasih abang!






First Day: On Job Training n Matriculation

Labels: ,

"Selamat menempuh alam pekerjaan!!!"

Haa.......inilah ucapan yang sesuai untuk si adik hari ini...

Punyalah lama adik menunggu untuk bekerja, setelah habis exam SPM tempuh hari...tak sabar-sabar nak cari kerja. Mulanya adik dah nak ikut kawannya pergi interview kerja, tapi kebetulan pulak bulan Disember hari tu neneknya di kampung sakit, jadi terbatal la niat hatinya tuu... Dengan rela hati adik ikut ummi balik kampung untuk menjaga neneknya, almaklumlah, dia pun faham umminya memang nampak zahirnya cam sihat, tapi sebenor-benornya...jap-jap sakit, jap-jap sakit... Ish, macam product made in China la plak...! Tapi itu sume kerja Allah s.w.t kan? Dia memberi kita menerima.. Setiap dugaan ada hikmahnya!

Jadi sebab itulah adik temankan ummi balik kampung, takut ummi tak terdaya melayan nenek sorang diri, selain bantuan adik beradik ummi yang kat kampung... Masa ummi ikut babah balik rumah 1 minggu pun, adik masih kat kampung jaga neneknya... Thank You so much adik, for being an obedient son! We love you so much. (Abang??? Abang masa tu tengah exam kat universiti, after one week adik kat kampung, abang ambil cuti 'emergency leave' balik untuk jenguk neneknya. 2 days later abang kena balik kampus sebab ada paper lagi, exam belum habis...).

Sooo......hari ni, pada 2hb April 2010 adik pun mulalah dia nyer first day 'on job training' di Johnny's Cafe, di Jusco ! Gaji...? Rahsia...haha....ok jugak, RM 1100.00! Sapa nak bagi kalo tak kerja kan? At least ada jugak lah menambah-nambah untuk beli kelengkapan dia masuk universiti nanti...Hmmm...tu pun kalo dia bermurah hati nak beli sendiri, kalo tak, babah jugaklah yang tanggung semuanya! Apa pun ummi dan babah tak pernah mengharap apa-apa dari anak-anak...

Sebaiknya simpan jer lah duit gaji adik nanti untuk kegunaan di kala terdesak atau sebagai latihan menabung yang ummi dan babah selalu ingatkan semenjak abang dan adik kecik-kecik lagi....Tambah-tambahlah tabungan tu yer dik...? Duit gaji jangan dibelanjakan pada yang tak perlu. Jauhi sifat membazir, ingat pesanan ummi dan babah, langit tak selalu cerah, kita mesti sentiasa bersedia supaya senang menghadapi segala kemungkinan dalam hidup.

Wokeyh..! Sempena meraikan hari pertama adik bekerja (walaupun kerja sementara, tak kisahlah! Kita raikan juga...), ummi secretly masak kek kegemaran adik sewaktu dia pergi kerja tengahari tadi (Waktu kerja adik dari pukul 1:00 tengahari hingga 10:00 malam). Kebetulan dalam peti ais ada pulak cream cheese, choklat dan lain-lain bahan yang perlu untuk buat kek ni; Strawberry cheesecake bersalut choklat dengan topping buah strawberry segar..(tang strawberry tu ummi pesan kat adik kata ummi terasa nak makan strawberry ngan choklat, jadi mintak tolong adik belikan 2 packs dari Jusco! Konon tak nak bagitau adik ummi nak buat kek la... ok la, adik belikan..).

Tadaaaaaaaaa............!! Ni la hasilnya kek yang ummi buat untuk adik...!








Ni dia rupa paras asal kek yang ummi buat sebelum dihias oleh CHEF amatur........... Does it look yummy to your eyes??? Agak-agak laa... boleh lawan the peculiar cake, Dulche De Leche yang sedap dan popular dari Argentina tu takk..??? Kuang, kuang, kuang..! Jangan main-main, tu pun dalam 'list to do' ummi gak tuu... Nak buat for birthday abang nanti laa...


Taapii..... abang dah siap carikan ummi recepi Triple Chocolate Indulgence... "abang suka sangat kek tuu.." kata abang.. Okay, okay... ummi faham sangat maksud yang tersirat...

And.......... ni, kek yang ummi buat tadi, setelah diberi face lift oleh adik dengan artistic 'touch up' menggunakan whipped cream kesukaannya!


yummyy..........!!!

Ummi, babah dan abang mendoakan " Semoga adik diberkati Allah

dan berjaya dalam kerjaya sebelum dan selepas graduation nanti... keyh.......?"

May U undergo flying coloursssss......

Align LeftAmin...

******************************************************


Update: WED 12/05/2010 ~ Abang.

Ermmm...

On Monday (2 days ago) He has came back for 3rd sem holiday...

travelled on his own to help adik (his brother la....) on his first day registration at Matriculation...


Well, good job abang! And thank you for taking care of your little brother...

About 4:00 pm we went to adik's residential college and leave him to proceed with the orientation week. Good luck to adik and get yourself well-prepared for a solid year of struggling to achieve at least 3.8-4.oo!!


REMEMBER: To be a doctor means U really need to sacrifice your time n leisure.. Throw your sorrows behind as well! Do not surrender your future to the hand of fate... Nothing comes easy in life. So..? Now it depends on your effort!!! Pray hard n study smart!!! We pray all the BEST for you... Take care !!!


AND....... Today, 12 May 2010;

I baked a Blueberry Cheese cake for my eldest son, abang....

This is one of his favourite cakes, besides Chocolate Moist, Brownies, Chocolate Indulgence... so on n so forth...hehehe....


And, Taraaaaaaaaaa.......

Ni rupa asal cheese cake tu sebelum di curah topping

Ini selepas dicurah topping Blueberry n hiasi Strawberry

Ermm.. abang khusyuk depan lappy bertemankan Cheese cakenyer!





Selamat Hari Jadi Adik..!

Labels: ,



Happy Birthday To Adik...!!!
(Dec 21)



I love U
Babah Loves U
Abang Loves U


WE Love U So Much!






The Most Meaningful Poem I Ever Read,...And I LOVE U BOTH with all my heart...

Labels: ,

red rose

There She Is

I'm not exaggerating
Only admiring
I'm not writing
Only sharing
As pure as it can be
I'll deliver to you
The tale of a wonderful lady

Even the thought of her
Shove my fears away
She'd given me the world
And all the stars
She'd traded her life
If it could shield me
No matter how hard it was
There she is
The strongest person
I've ever known

Even with the world on her shoulder
She'll do with a smile
A smile that melts mountains into oceans
Changes clouds into rainbows
Her words are the sweetest love song
Her voice soothes the angriest king
Every step of her is another graceful dance

Her beauty is foreverly preserved
Not even with the worst nightmare as her reality did her beauty fades
How could such creation ever existed?
An angel in a human form
Thank Allah The Almighty

How could I ever let her shed her tears?
I'd do death
If it will put her smile back
Shining as it used to be
And yes
There she is
My night in shining armor
My beauty queen
My Father
My Mother
My bestfriend
A truly wonderful woman

With love,
Your Sons...


Sons..
Thank You..
You Have Completed My Life...
I LOVE U BOTH...

Thank You Allah..
for Your Precious Gifts..!!!







Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."