feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Dengarlah...

Labels: , ,

Dia seorang Paderi, anak kepada Ketua Paderi yang ada 15 buah Gereja di bawah jagaannya...... Dengarlah bicara hatinya bagaimana dia memeluk Islam malah mengislamkan beribu orang2 Kristian lain dan seterusnya mengislamkan ke dua ibu bapanya yang tercinta....

Kasih sayang dan kekuatan hatinya mencari agama yang benar dan kemudiannya berjihad demi Allah swt menjadikan Father Johanis seorang Muallaf yang lebih baik dari orang2 biasa yang secara alaminya dilahirkan dalam keluarga Islam. Dengarlah pengakuannya, semoga kita mendapat iktibar dan menambahkan kekuatan iman dan jihad kita kepada Allah..... Semoga dia dirahmati Allah swt.













Mencipta Kejayaan Pelajar (1).

Labels: , ,

Seorang jiran saya baru saja berangkat ke Tanah Suci Makkah pad hari Khamis yang lepas. Untuk menunggu giliran menunaikan haji terlalu lama mereka rasakan, sementara tiba giliran haji, mereka sekeluarga terlebih dahulu berangkat menunaikan umrah. Mungkin itu sebagai sebahagian dari cara mereka mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi setelah perniagaan mereka berkembang maju dan anak sulung mereka mencapai semua A dalam 11 matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM 2010 yang baru lalu. Alhamdulillah... Mudah-mudahan umrah mereka mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt.


Apa yang saya perhatikan dari keluarga jiran saya sepanjang 7 tahun mengenali mereka, dapat saya simpulkan seperti berikut;

Mereka adalah keluarga yang bersederhana dalam segala perkara, tetapi menitik beratkan aspek agama dalam amalan harian, termasuk cara mendidik anak-anak. Sentiasa bersyukur dengan takdir yang diterima tetapi tidak pernah menyerah kalah dengan nasib, justeru mereka sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan keluarga dalam segala aspek.

Saya perhatikan Sufiah adalah seorang isteri dan ibu mithali... dalam kehidupan dunia hari ini yang serba mencabar dan penuh materialistik, Sufiah begitu setia dalam menemani suaminya menghadapi jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan. Dia tidak cepat melatah. Kesabarannya diiringi doa-doa, solat sunat dan solat hajat memohon kasihan belas dan bantuan dari Yang Maha Esa agar keluarganya sentiasa diberkati Allah.

Sebagai seorang ibu saya dapat menyelami hati dan perasaan Sufiah yang mungkin bersedih kerana pencapaian anak sulungnya belum di tahap maksima dalam ujian UPSR dan peperiksaan PMR. Namun berkat usaha, didikan dan doa darinya sebagai seorang ibu, Sufiah kemudiannya berjaya menuai hasil yang diharapkan dari anaknya yang ke dua, yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008. Jelas tergambar keceriaan dan kesyukuran di wajah Sufiah sewaktu menyampaikan berita gembira tersebut kepada saya. Alhamdulillah...

Kejayaan adiknya Fadhli rupanya telah membakar semangat si abang sulung, Hanif. Dari seorang yang digambarkan oleh ibunya sebagai seorang yang agak leka dalam pelajaran, kini Hanif berubah menjadi pelajar yang begitu fokus dalam pelajaran. Bermula dari tingkatan 4 lagi, Hanif mula mengubah corak kehidupan hariannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di rumah dan di waktu terluang di sekolah, manakala masa selang di antaranya dihabiskan dengan bersolat sunat (selain menunaikan solat fardhu 5 waktu), membaca Al-Quran serta membaca Yasiin setiap kali selesai solat Maghrib.

Perubahan pada anak remaja ini begitu ketara. Wajahnya saya lihat begitu berseri dan ceria. Perilakunya nampak begitu tertib dan matang, berbanding setahun yang lalu. Jika remaja lain sibuk menonton televisyen selepas berbuka puasa di bulan Ramadhan, namun Hanif mengikut ibu dan bapanya mengerjakan solat Terawih dan sekembalinya dari masjid dia akan menyambung pembacaan Al-Quran sehingga menurut ibunya dia sempat khatam Al-Quran 3 kali sepanjang bulan Ramadhan 2010.

Saya cuba membayangkan andainya anak-anak saya sehebat perilaku Hanif, tentunya saya juga akan menjadi ibu yang amat bersyukur kepada Allah swt. Tidak dinafikan anak-anak saya juga mengamalkan sedikit sebanyak amalan yang baik serta selalu mengimami keluarga sewaktu bersolat di rumah, namun mereka belum lagi dapat mengkhatami Al-Quran sehingga 3 kali pada satu bulan, terutamanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah. Walaupun begitu, saya tetap mendoakan suatu hari nanti anak-anak saya juga akan dijangkiti kehebatan remaja bernama Hanif ini. Sesungguhnya kata-kata dan doa seorang ibu adalah senjata yang paling tajam dan tinggi nilainya di sisi Allah swt. InsyaAllah..!

Kecemerlangan yang dicapai oleh Hanif dalam SPM 2010 sudah saya jangkakan dari awal lagi. Namun remaja ini sungguh mengkagumkan. Di samping tidak pernah riak dengan kejayaan yang dicapai, dengan penuh hormat dia bertanyakan ibunya apakah jurusan yang disukai oleh ibunya dan dia akan mengikuti jurusan tersebut. Minatnya akan dipupuk berdasarkan keinginan ibunya! Subhanallah... sewaktu menulis rencana ini airmata saya hampir menitis lagi... membayangkan wajah Hanif, seorang remaja yang tinggi keimanannya, bijak, tampan, berbudi pekerti mulia, serta begitu menghormati dan patuh kepada ibunya. Hanif menerima tajaan MARA dan memilih jurusan kedoktoran seperti yang diingini oleh ibunya. Berbahagialah Sufiah mendapat anak yang begitu cemerlang dari segi rohani dan jasmaninya. Semoga Hanif berjaya mencapai cita-citanya, insyaAllah...

Sebenarnya kejayaan Hanif bermula dari kesedaran dalam diri remaja ini sendiri. Usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Setengah orang memang dilahirkan alaminya sebagai seorang yang bijak. Namun lebih ramai pula orang biasa yang berjaya kerana benar-benar berusaha untuk mencapai apa-yang mereka impikan. Tidak kurang pula orang yang dilahirkan bijak kecundang dalam hidup mereka disebabkan sifat lalai dan ego dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan kepada mereka. Mereka sebenarnya telah mensia-siakan kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri.

Bagi anak-anak di luar sana yang bergelar pelajar, baik di bangku sekolah mahupun telah berjaya memasuki kolej dan universiti, sedarlah bahawa kehidupan ini amat singkat! Masa berlalu begitu pantas. Selagi berupaya dari segi mental, fizikal dan kewangan, sentiasalah berusaha dan kejarlah kejayaan dalam bidang yang kalian minati. Niatkan pencarian ilmu dan usaha yang dibuat itu sebagai suatu ibadah kepada Allah swt. InsyaAllah usaha kalian akan diberkati. Andainya ada yang kecewa, berusahalah lagi kerana kekecewaan adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup. Kejayaan TIDAK datang BERGOLEK, ia harus diusahakan dan selagi belum berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, kita harus meningkatkan usaha dan mencuba berbagai kaedah yang lebih proaktif agar membuahkan hasil yang optimum.

Jika sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selamanya, manakala jika sekali kita cemerlang tidak bermakna kita akan terus cemerlang... Kesinambungan kejayaan hanya terjamin hasil dari usaha yang BERTERUSAN. Jangan kita lalai dalam sejarah kejayaan semalam... Kehidupan adalah perjuangan yang tidak berpenghujung. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan dunia ini yang penuh persaingan.

Renungan:
Dalam satu eksperimen, seekor monyet yang lapar diletakkan dalam sebuah sangkar bersama sebiji pisang yang digantung tinggi. Pada suatu sudut di dalam sangkar itu juga diletakkan beberapa buah kotak. Pada mulanya monyet itu melompat-lompat untuk mencapai pisang tersebut namun tidak berjaya. Akhirnya dia duduk terdiam dan memerhati keadaan sekitar sangkar itu. Tiba2 dia menarik kotak2 lalu menyusunnya bertindih2 menjadi tangga. Monyet itu kemudiannya memanjat kotak2 tersebut dan berjaya mendapatkan pisang yang tergantung tinggi itu!

Kesimpulannya, monyet sebagai haiwan boleh berfikir dengan mengaitkan kegunaan kotak2 dalam usahanya mendapatkan pisang yang tergantung jauh darinya. Kita adalah manusia yang dilahirkan dengan sifat dan otak yang jauh beribu kali lebih bijak dan sempurna berbanding dengan monyet....jangan kita persiakan kelebihan yang dianugerahkan Allah swt kepada kita dalam mencipta kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Salam untuk anak-anak pelajar. Semoga diberkati Allah swt..

>> Akan menyusul: Mencipta Kejayaan Pelajar (2) - Menyingkap teknik dan masa belajar, serta cara pemakanan pelajar cemerlang, bersumberkan kajian dan saranan beberapa pakar motivasi.





"Aku terima nikahnya...." Bahagiakah anda???

Labels: ,

Pernikahan adalah sunnah yang dituntut dalam Islam demi mengelakkan perbuatan zina dan memastikan kesinambungan zuriat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini tidak pupus.

Al Quran telah memberikan gambaran yang cukup jelas mengapa diciptakan kaum lelaki dan wanita. Surah Al Baqarah ayat 187 bermaksud;

".....isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..."

'Pakaian' dalam ayat ini membawa maksud 'keperluan' di antara suami dan isteri di antara satu sama lain, baik dari segi keperluan atau pakaian zahir mahupun batin.

Pakaian pada diri seorang suami bermaksud kemampuan melindungi isteri dan anak-anaknya, kejujuran dan keikhlasan, kasih sayang, amanah memikul tanggung jawab, pendidik, pemaaf, penyabar dan pembimbing. Ke semua sifat suami ini amat diperlukan oleh isteri dan zuriat yang bakal dilahirkan dari perkongsian hidup mereka berdua.

Pakaian bagi seorang isteri pula adalah ketaatan kepada suami, keupayaan menyintai suami dengan ikhlas, naluri keibuan untuk menjaga, mendidik dan mencurah sepenuh kasih sayang kepada anak-anaknya, dan yang terpenting dalam sifat atau pakaian wanita adalah kesabaran.

Hanya kekuatan iman dan taqwa sahaja yang dapat melahirkan akhlak yang mulia di atas untuk menghiasi diri setiap lelaki dan wanita. Kerana itu, Islam menegaskan, kekuatan pegangan agama adalah tunggak atau syarat utama yang perlu dalam memilih pasangan untuk dinikahi sebagai isteri atau suami. Jangan sekali-kali kita berlandaskan nafsu, kecantikan dan harta semata-mata, dalam dorongan untuk memilih pasangan. Pra syarat ini amat penting dalam membina rumah tangga yang 'sakinah' iaitu rumah tangga bahagia dan menjana kelahiran ummah yang soleh dan solehah, insyaAllah.

Kebahagiaan dalam berumah tangga akan berkekalan apabila pasangan saling memerlukan, saling menghormati dan saling menjaga serta melindungi maruah diri dan pasangan masing-masing. Aspek pengurusan dan pembangunan sesebuah keluarga akan pincang jika sesebuah rumah tangga itu dibina tanpa berasaskan keimanan, tanggung jawab, kesabaran serta toleransi di antara suami isteri dan seterusnya anak-anak. Ia akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi goyah dan musnah.

Resepi rumah tangga bahagia:

1- Kepercayaan
Setiap pasangan perlu saling mempercayai antara satu sama lain dan hapuskan perasaan curiga yang boleh menimbulkan perasaan cemburu yang melampau dan perselisihan faham.

2- Kasih sayang dan persefahaman
Pernikahan adalah penyatuan hidup di antara dua manusia yang mungkin berbeza sifat di samping mempunyai kesamaan-kesamaan tertentu. Fahami dan terimalah perbezaan pasangan kita dan cari titik kesamaan dan kesesuaian yang boleh dikongsi bersama. Elakkan dari bersifat egois dan tidak boleh mengalah terhadap pasangan dan anak-anak, kerana itu akan mendorong kepada konflik dalam perhubungan suami isteri serta menjarakkan perhubungan dengan anak-anak.

3- Toleransi dan pengorbanan
Sekiranya timbul perselisihan pendapat di antara suami isteri atau dengan anak-anak, segeralah mencari jalan penyelesaian dengan kembali kepada ajaran Islam. Toleransi dan pengorbanan demi kebahagiaan seisi keluarga amat dituntut dalam Islam. Isteri mesti taat dan menghormati suami. Suami mesti membimbing isteri seandainya tersalah langkah atau pendirian. Anak mesti mentaati dan menghormati ke dua ibu bapanya. Namun, jika suami, bapa atau ibu yang tersalah langkah atau pendirian, Islam tidak pernah melarang mereka dari menerima dan mendengar nasihat isteri atau anak. Islam sentiasa menegakkan yang benar meskipun pahit untuk diterima. Islam juga menggalakkan musyawwarah atau perbincangan dan kata sepakat. Untuk membina keluarga yang bahagia, kita tidak boleh bersifat mementingkan diri sendiri.

4- Mendidik
Sifat mendidik berlandaskan hukum Islam dan berilmu pengetahuan perlu ada pada setiap pasangan dan ibu bapa. Tugas setiap pasangan dan ibu bapa adalah mendidik pasangannya dan anak-anaknya dengan cara berhemah agar menjadi insan yang digariskan oleh Islam. Serlahkan kasih sayang dan kejujuran dalam mendidik ahli keluarga.

5- Masa berkualiti
Dalam kesibukan mencari rezeki untuk keperluan keluarga, kita perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama pasangan dan anak-anak. Kesibukan masa dan jarak yang terpisah di antara pasangan dan anak-anak akan mewujudkan jurang perhubungan di antara keluarga dan ia menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar ditelan waktu. Jangan biarkan pasangan dan anak-anak merasa terpinggir. Kasih sayang dan perhatian sama pentingnya berbanding keperluan wang dan harta dalam melengkapi rumah tangga yang bahagia dan sempurna.

Percutian bersama pasangan akan menyemarakkan kembali ikatan dan perasaan kasih sayang di antara suami isteri. Selama mana pun usia perkahwinan, setiap pasangan perlu memperbaharui perasaan kasih sayang dan semarak cinta di antara mereka, agar mewujudkan hubungan yang saling memerlukan. Sementara percutian keluarga bersama anak-anak pula akan menjadikan anak-anak merasai kehadiran mereka dalam keluarga dihargai dan bermakna. Sedewasa manapun anak-anak, mereka tetap ingin merasa dikasihi dan dihargai.

Kehidupan, dalam aspek apa sekalipun, adalah proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti. Setiap hari setiap pasangan dan ahli keluarga perlu berusaha mempelajari dan mengubah diri menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Mudah-mudahan kita dapat memiliki rumah tangga yang bahagia, 'baiti jannati' iaitu 'rumahku syurgaku..!'

Wassalam.

Gambar pernikahan Elyana ehsan dari budiey.com, ekahwin.com





Buah Berangan aka Chesnut.. Ada Umppph!

Labels: ,

Asal Usul Buah Berangan

Buah berangan ditanam di kebanyakan tempat di seluruh China, antaranya yang paling banyak termasuklah kawasan di provinsi Hebei dan Shandong. Buah berangan yang dihasilkan di Tai'an, Shandong amat terkenal kerana rasanya manis dan sedap. Buah berangan di Shandong dijadikan "makanan khusus untuk maharaja" sejak dulu kala lagi, iaitu sejak zaman Dinasti Jin dan Dinasti Yuan dalam sejarah China. Sekarang, jumlah eksportnya mencapai lebih seratus juta kilogram pada setiap tahun.


Jenis Tanah
Picture
Buah berangan membesar dengan elok di tanah yang bersaliran bagus serta kelembapan yang mencukupi. Cenderung pada tebing yang curam ke tanah dalam; bukan pada tanah yang cetek atau tanah yang padat, bertanah liat. Pokok Buah Berangan Cina biasanya subur pada tanah bersaliran bagus tapi ianya tumbuh lebih baik pada tanah yang kering, berbatu.

Walaupun Buah Berangan boleh tumbuh dan bertoleransi pada tanah yang sangat berasid (diantara pH5.5 - 6.0), ia tidak boleh tumbuh dengan bagus pada tanah yang beralkali seperti tanah kapur...Namun ia membesar pada tanah yang terhasil daripada granit, batu pasir atau mineral syis. Pada tanah yang beralkali, pokok buah Berangan boleh tumbuh dengan mencantumkan ia pada akar stok pokok Oak.

Penyimpanan atau Pengawetan
Picture
Oleh kerana kandungan airnya yang tinggi, kadar transpirasi menyebabkan kehilangan berat; buah berangan bertindak seperti buah segar (tidak seperti jenisan kacang). Ia perlu disimpan sejuk sepanjang masa termasuklah ketika di kedai sebagai pameran untuk dijual. Untuk mengekalkan kesegarannya selama beberapa bulan tanpa penyejukan buatan, buah berangan perlu segera direndam di dalam air sejuk selama 20 jam selepas dituai dan barulah ia dikeringkan ditempat teduh, serta dilapisi dengan pasir kering. Dengan kata lain, buah Berangan bertindak seperti biji benih; menghasilkan 'ethylene' (sejenis gas hidrokarbon) dan kadar respirasinya sangat rendah iaitu diantara 5 ke 20 mg/ (kg.h) bergantung kepada suhu.

Khasiat Pemakanan
Picture
Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan..yang mana lebih rendah dari kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering ( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.
Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.

Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan. Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.


Buah Berangan ( mentah,berkupas )
Nilai nutrisi setiap 100g (3.5oz)

Tenaga = 820kJ (200kcal)
Karbohidrat = 44g
Gula = 11g
Lemak = 1.3g
Protein = 1.6g
Vitamin C = 40mg (67%)
Zat Besi = 0.94mg (8%)
Potassium = 484mg (10%)

Peratusan adalah berdasarkan nilai pemakanan USDA bagi orang dewasa.

Kaedah Memasak
Picture
Buah Berangan boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas.Buah berangan bolah dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, penkek atau untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar.

http://1.bp.blogspot.com/_7kgTj0iIO8w/StxG0Tfpy5I/AAAAAAAABak/7NnbFy3Vt10/s1600/buah+berangan+3.JPG

4 kaedah asas memasak:-

Membakar
Panaskan ketuhar / oven pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.

Bakar / panggang / barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.

Gelombang mikro / Mikrowave
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.

Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.




Mengklasifikasikan Buah Berangan Untuk Jualan

Picture

Saiz buah Berangan mengikut diameter :-
Kecil = 0 - 25mm
Sederhana = 26 - 29mm
Biasa = 30 - 32mm
Besar = 33 - 38mm
Spesial = > 38mm






Sumber: Google.




Doa supaya anak menjadi insan soleh dan solehah.

Labels: ,

picture of Kids Launch At The Park Image

Doa untuk Anak-anak Moga mereka menjadi anak yang soleh dan bertaqwa..

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

(Al-furqan : 74)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

[
And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."]



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُالرَّحِيم (Al-baqarah : 128)


Terjemahan Ayat:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


["Our Lord! make of us Muslims, bowing to Thy (Will), and of our progeny a people Muslim, bowing to Thy (will) and show us our place for the celebration of (due) rites and turn unto us (in Mercy) for Thou art the Oft Returning, Most Merciful.]


Kak Sue: Semoga dapat memberi manfaat dalam mendidik anak-anak kita...wassalam.





Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."